Sembang Sembang Bowling

Monday, March 15, 2010

#26 Kejohanan Bowling - Ukhwah Tanpa Sempadan

Salam bahagia adik kakak abang-abang sekalian,
Buat kesekian kalinya, Megalanes akan dimeriahkan dengan kejohanan bowling anjuran USM. Kalau nak diikutkan sepanjang Mac 2010 ini, setiap minggu ada saja pertandingan yang berlangsung. Untuk menyegarkan, kita imbas kembali...

10 Mac 2010 - Kejohanan Bowling Beginner (Average < 160) anjuran Dr. Tun PPK EE
17 Mac 2010 - Kejohanan Bowling Beginner (Unrestricted Average) anjuran En. Aziz PPK Kimia
24 Mac 2010 - PDBL2010 Season I - Meet 2
31 Mac 2010 - Kejohanan Bowling Ukhwah tanpa Sempadan anjuran Pusat Islam USM KKj

Alhamdulillah... meriah sungguh weh! tapi satu pun x menang lagi nie.. guana?... huhuhu. Apa-apa pun saya begitu gembira melihat sambutan yang begitu tinggi di kalangan warga USM KKj terhadap sukan bowling. Bermula daripada PDBL2010, a lot of tournaments available nowadays like mushrooms grow after raining (penangan lagu merapu mat saleh).   Seolah-olah warga di sini mendapat semangat baru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menyihatkan di samping merapatkan silatulrahim sesama staf dan juga orang luar. Sebenarnya ramai pemain-pemain berbakat yang terdapat di sekitar kampus kita ni, ambil contoh Ustaz Borhan tue... diam-diam tup tup dapat tempat ke-4 pada 10 Mac yang lepas... tahniah2! Puji ikhlas nie... tapi kalu boleh tolong selitkan doa-doa yang baik-baik lepas solat tu pun ok gak... amin!

So tunggu apa lagi.. jom beramai-ramai kita memeriahkan Megalanes pada 31 Mac ini. Terbuka hanya untuk warga USM sahaja.. al-maklum!


Nota kaki: Iol suker moto pertandingan bowling anjuran pusat islam nie... ukhwah tanpa sempadan! buatlah kawan di mana-mana sahaja di seceruk alam yang fana ini. Tapi kene ade ayat pelengkap dia lak... ukhwah dengan batasan.... kalu ukhwah tanpa batasan nan ado.... hehehe! I like........... bai bai uols! iol nak pi lunch... 

3 comments:

Tun Zainal said...

PJH, Jgn lupa 14 April Siri 2 untuk avg < 160. Sila lawat http://www.rmicusm.org/ untuk borang penyertaan.

PJH said...

Insyaallah Dr. Tun... nak sapu kejuaraan nie! Kemarau title.. hehehe

Tun Zainal said...

PJH, sempat lagi nak betul step dan spare ball baling lurus Insyaallah mesti meletup 14 April...silap-silap next week dah meletup. Saya ini teori ok tapi bila praktikal tak boleh nampak...itu yang malam tadi 105 135 138 145. Itu pun nasib abg technician Megalane suruh saya letak bola di line ... jgn campak itupun 145 sahaja .... tapi lepas ini kena fokus. Game semalam sampai game 3 terlupa spot bowling (kena tgk arrow), lepas itu campak, dan spare lari... Ini yang kena lebih fokus untuk 24 Mac ini ... kalau tidak corot lagilah gamaknya macam malam tadi (kedudukan 42 dari 48 itupun kalau masuk Faiza...)....hahaha