Sembang Sembang Bowling

Tuesday, March 16, 2010

#27 Hook Ball - Stroker Technique Video

Salam pelawat semua... seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan memuatnaik rakaman video berkenaan dengan teknik balingan yang saya pratikkan sewaktu bermain bowling. Saya akan menggunakan platform youtube untuk menyimpan semua video berkenaan dan seterusnya ditempek (harap-harap betul penggunaan perkataan ini) di blog ini menggunakan embedded code yang dijana di youtube.





Terdapat kelemahan ketara yang ditunjukkan oleh saya walaupun bola memasuki pocket 1-2, namun selepas melaksanakan balingan perhatikan gerak kaki saya yang tidak stabil. Saya terpaksa neting untuk imbangan badan. Kadang-kadang gerakan ini menganggu tempo lepasan bola saya yang menyebabkan curvature bola yang buruk... menghala ke pin 4-7-8. Saya menggunakan bola storm shift untuk balingan pertama. Sila komen.


Video berikut ialah balingan susulan untuk menyempurnakan conversion spare pin 7. Saya menggunakan bola ebonite tornado yang lebih ringan untuk spare throw. Gerakan balingan yang sama seperti 1st throw. Seolah-olah sudah menjadi trademark saya untuk neting. Saya berusaha untuk menghilangkan trademark buruk ini since saya hanya baru 2 bulan berkecimpung dalam balingan hook - stroker style. kalu lama-lama takut sebati nanti. Sila komen.



Nota kaki: neting (sebutannya ne-ting: sila gunakan sabdu untuk memberi penekanan sewaktu transisi sebutan di antara 'ne' dan 'ting') tu ialah loghat kelate yang bermaksud melompat anak atau melompat kecil.

Sori for the video misorientation... akan diperbaiki untuk posting-posting yang akan datang! Senaman leher la ckit yer...

8 comments:

pyanz said...

Salam PJH,
dari apa yang saya tengok, nampaknya seperti saudara tidak melakukan slide pada step yg terakhir dan yang nyata saudara menggunakan 4 step. kebiasaannya untuk 4 step kaki kanan yg digerakkan dahulu. kanan - kiri - kanan- kiri (slide).Dipertengahan step tu nampak seperti saudara berhenti buat seketika seperti untuk memperbetulkan langkah..
saudara terpaksa meloncat sedikit untuk mengimbangi badan selepas lontaran..
tetapi tak semua teknik sesuai utk semua orang..

Tun Zainal said...

PJH,
Seperti yang dikomen oleh nai9us untuk "4-step approach", langkah 1 ialah "push stage" di mana kaki kanan perlu sama-sama "in-synch" dengan huluran tangan kanan. Langkah kedua tangan dan bola adalah mengunjur ke tanah (kaki kiri adalah "heel position"), langkah 3 adalah kaki kanan ("heel") dengan bola pada posisi paling tinggi di belakang badan, dan langkah terakhir adalah kaki kiri di "slide" dan "follow-through". Lagi satu yang saya tahu secara teori, pastikan kita berdiri tegak untuk kesemua langkah dan "sit-tall" pada langkah terakhir supaya kita dapat "rolling" dan "power" yang maksimum.

Tun Zainal said...

nai9us,

4-step adalah step yang paling diadaptasikan oleh recreational bowlers atau professional bowlers disebabkan "consistency" yang boleh diberi...sila rujuk video you tube dari Dick Weber untuk informasi ... juga boleh dapat juga dari Earl Anthony....

PJH said...

Horey.... sukernya sy dpt banyak cikgu2 online nie... nanti saya cuba perbetulkan dalam sesi latihan. Not much changes can be done tonite sebab tour. Friday insyaallah!

1. Badan tegak
2. Kanan-kiri-kanan-kiri


Slide saya x leh wat sebab gayat! Rasa geli jer tapak kaki nanti. Lagipun shoes saya tak leh slide... beginner shoes. Tapak x sesuai!

Tun Zainal said...

PJH,
bila saya review semula nampak ada dua "baby step" semasa "pause" dalam delivery ... jadi for a start kaki kanan dan tangan kanan akan eliminate the "correction step" .... saya teori tahu bila implementasi ... hancur!

PJH said...

Dr. Tun/En. Supian,
jom malam ni 19 Mac, Jumaat pukul 9pm kat Megalanes!

x sempat borak panjang ngan supian waktu tour hetu...

Tun Zainal said...

PJH,

Ok saya datang malam ini.

ceklala said...

adooyaiii!!
senget benget leher mak ni nokk!!