Sembang Sembang Bowling

Saturday, March 13, 2010

#24 Extended review on Storm Shift

Saya secara rasmi menggunakan bola Storm Shift bermula dari semalam dan secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan prestasi bola (abaikan ketidakkonsistenan balingan saya). Pada permulaan amat sukar untuk saya menyesuaikan diri kerana beban bola yang tinggi (13 lbs) sedangkan Ebonite Tornado hanya lah 12 lbs sahaja. Beberapa balingan permulaan sangat mengecewakan kerana bola terlepas sebelum saya sempat melakukan jungkitan (lift) dengan hujung jari (finger knuckle). namun selepas beberapa kali mencuba dengan tunjuk ajar dari Opah dan Abg Nal.... balingan semakin baik. Dengan menggunakan kaedah stroker saya dapati back end reaction sangat kuat di mana angle masukan sangat tinggi berbanding Tornado. Namun begitu, saya beranggapan Hammer Poison En. Said masih menunjukkan back end reaction yang lebih solid.

Untuk menampung bebanan bola yang berat, saya terpaksa menggunakan wrist support/bowling glove bagi mengelakkan bola terlepas/terjatuh sebelum fault line. Curvature juga lebih konsisten kerana wrist position telah dikunci jadi saya boleh menumpukan perhatian kepada gerakan lift.

Saya baru pulang bermain boling tadi dan ini merupakan kali kedua saya menggunakan Storm Shift. 3 games yang pertama saya dapat mengekalkan purata sebanyak 150 namun sebaik sahaja masuk game ke-4 dan ke-5, balingan saya serba tidak menjadi. Apa yang nyata, hampir 90% strikes yang diperolehi malam td adalah brooklyn strikes (pin 1-2), bermakna banyak balingan saya tidak memasuki pocket (pin 1-3). Curvature back end sangat dalam. Saya cuba membuat adjustment pada release arrow/point tetapi hasilnya masih sama. Saya tidak pasti adakah ini disebabkan keadaan lorong yang kurang berminyak ataupun kesilapan release yang saya tidak sedari. Conversion spares sangat baik pada permulaan 3 games, mostly menggunakan Tornado namun selepas itu saya mula hilang tumpuan. Memandangkan curvature Tornado sangat baik malam ini, saya merasakan mungkin keadaan lorong yang short oil menjadi penyebab. Satu masalah yang belum saya dapat atasi ialah release stand yang sangat lemah/tidak stabil. Saya terpaksa 'decok' selepas melakukan balingan bagi mengekalkan kestabilan badan... Ada tips untuk solve this issue? Share it here.

decok (loghat kelate) - melompat sedikit 

4 comments:

pyanz said...

Salam PJH,
Bila nak main lagi? kalau nak main boleh saya join sekali.. boleh call saya kita aturkan masa..
Saya ni suka cari kawan untuk membowling.. ni no saya 012 208 3698..
ttg masalah tak stabil selepas release ni kena tgk boleh komen..
bagi saya tangan dan kaki memainkan peranan penting untuk seimbangkan badan..
kalau saudara main tgn kanan, tangan kiri mesti diangkat kekiri.. kaki kanan pula hendaklah dihulurkan kekiri.. keadaan tangan dan kaki tersebut akan menyeimbangkan badan yang menampung berat bola di sebelah kanan.. harap kita dapat membowling bersama nanti..
\supian

PJH said...

Mr. Supian,
Come to join us tonite, 15 March 2010... 9pm at Megalanes. Not much USM PDBL2010 members will join the training due to School break.

Thanks for the tips.

I will try to upload some video soon to show my throw defects.

pyanz said...

Terimakasih atas jemputan tersebut tetapi malangnya saya terlewat membuka blog ini.
Mungkin di lain masa..saya tinggal di Prai aja..
next time calling-calling lah untuk membowling lagi..

/Supian

PJH said...

En. Supian,
Tour 17 Mac nanti join ler kalu ade kelapangan.... saya men suker2 jer! belum sampai tahap mencabar lg...