Sembang Sembang Bowling

Thursday, March 11, 2010

#22 Hebahan keputusan bowling anjuran Dr. Tun PPKEE

Salam adik kakak abang-abang sekalian,
Berikut ialah keputusan rasmi kejohanan yang berlangsung pada 10 Mac yang lepas. Seramai 39 peserta menyertai kejohanan ini termasuk warga USM dan juga warga awam yang lain. Menarik untuk diulas ialah mengenai peningkatan mendadak beberapa bowlaholics yang gagal menyerlah sewaktu 1st meeting PDBL pada 24 Feb yang lalu. Saudara Najib dengan bola yang baru di-polish melakukan kejutan dengan menduduki tempat ke-3. Begitu juga dengan Ketua Penajaan PDBL2010 yang melakukan kebangkitan pada saat-saat terakhir permainan untuk merampas spot ke 8. Harimau terluka yang nampaknya semakin sembuh ialah En. Fazly REDAC.... Miaoooooooooo juga unggul berkongsi kedudukan ke-4 dengan Ustaz Borhan dari Pusat Islam Kampus Kejuruteraan.

Yang mendukacitakan pula ialah kegagalan yang ditunjukkan oleh PU dan PB untuk mendapat sebarang hadiah walaupun pada awalnya kelihatan begitu kerek sebelum perlawanan bermula. Di lorong bersebelahan, Ketua Publisiti masih menggunakan alasan sakit tangan untuk tidak mengungguli kejohanan kali ini. Apa-apa pun sama-sama kita saksikan pada sesi pertandingan yang akan datang bagaimana pula keputusannya!

Keputusan penuh seperti berikut (dikecilkan untuk mengelakkan tekanan perasaan)



As always, The best man win!

Nota kaki: Bowling is not all about the techniques and mental focus only (especially for the hookers). Bowling needs some scientific approach on how to create the best effect when the ball hit the pins and to ensure the curvature is consistent in every single throw. To some extent, it is very confusing and utilize advance science application particularly on the balls; the manufacturing of the balls by the manufacturer and the selection of the balls by the players to suit different oil conditions of the lane (light/short, medium, heavy/long), not to mention other equipment related to bowling sport.  Alas, bowling with knowledge (refer to Equation 1) versus bowling with passion! who cares at all? Broaden your knowledge by googling around the net or books for sure!

Equation (1)

Theoriticalism + Practicalism = Pragmatism

Assumption: Idealism has no place here!

2 comments:

nai9us said...

Assalamualaikum..

Saya berminat untuk menyertai kejohanan yg terbuka kepada orang awam. Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar?

Saya tidaklah begitu hebat hanya sekadar bowler biasa biasa sahaja..

Sekiranya diizinkan saya ingin menyertainya pada 17hb nanti..

/Supian

PJH said...

En. Supian,
Sila berhubung dengan En. Aziz menerusi chaziz@eng.usm.my ataupun 016-4617207

Selamat Maju jaya!