Sembang Sembang Bowling

Thursday, October 27, 2011

#95 Pembukaan Tirai PDBL2011 Musim 4

Assalamualaikum semua peserta PDBL2011 Musim ke-4,

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera Untuk makluman anda, pada malam ini, Jumaat 28 Okt 2011 akan dilangsungkan perlawanan pembuka tirai bertempat di Ole-Ole Kulim. Perlawanan akan bermula pada jam 8.00 malam dengan format 4 permainan. Syarat-syarat permainan adalah seperti musim-musim yang lepas namun begitu selaras dengan perkembangan semasa terdapat sedikit perubahan yang dilakukan bagi memastikan kemeriahan PDBL dapat diteruskan. Di antaranya termasuk:-

1. BONUS KEHADIRAN: Sukacita dimaklumkan hanya peserta yang berjaya menghadiri KESEMUA pertemuan yang telah ditetapkan akan mendapat sehelai baju PDBL2011 yang akan diberikan sebelum pertemuan terakhir PDBL2011 Musim ke-4 berlangsung (jangkaan sekitar Januari 2012).

2. PENALTI 10 PIN BAGI KEHADIRAN LEWAT: Berikutan rungutan berterusan daripada beberapa peserta berkenaan dengan disiplin para pemain, Jawatankuasa Penganjur PDBL2011 telah membuat ketetapan untuk mengenakan penalti 10 pin bagi mana-mana pemain yang lewat lebih 15 minit selepas permainan dimulakan.

Sebagai contoh; sekiranya pemain A berjaya melakukan jumlah jatuhan pin bagi 4 permainan sebanyak 700 pin, ditambah handicap sekiranya ada, dijumlahkan akan ditolak 10 pin bagi menentukan jumlah jatuhan pin bersih untuk pertemuan tersebut.

[jumlah keseluruhan jatuhan pin + handicap] - Penalti 10 pin = Jumlah jatuhan pin bersih bagi 4 permainan. 

Bagi pemain yang lewat melebihi 30 minit, Anda boleh meneruskan permainan setelah selesai pembayaran dibuat kepada bendahari PDBL2011 namun kiraan mata mahupun jatuhan pin anda TIDAK akan dikira.

Semoga pengenalan dua peraturan baru ini akan lebih menyemarakkan semangat semua peserta PDBL2011 untuk melakukan yang terbaik bagi memburu kedudukan terbaik pada musim ini. Insyaallah.

Selamat maju jaya! Jumpa anda di sana...