Sembang Sembang Bowling

Wednesday, March 3, 2010

#20 Bowling Tour 10 Mac 2010 - Dr. Tun PPKEE

Salam bahagia adik kakak abang-abang sekalian,
Sayurgia diingatkan bahawasanya sebelum 24 Mac 2010 menjelang, terdapat 2 siri kejohanan bowling pemanas badan akan berlangsung. Pada 10 Mac 2010, Dr. Tun PPKEE dan Research Group beliau akan menganjurkan pertandingan bagi beginner bowlers dan disusuli oleh pertandingan anjuran En. Aziz Ismail PPK Kimia pada 17 Mac 2010. Hadiah lumayan berupa wang tunai bernilai ratusan ringgit akan menjadi habuan kepada bowlers yang berjaya. Kedua-dua pertandingan terbuka kepada semua orang awam, samada warga USM mahupun tidak.

Bagi kejohahan pada 10 Mac 2010 nanti sila klik di sini.

Update bagi kejohanan pada 17 Mac 2010 akan dibuat sedikit masa lagi.


Bersama-samalah kita memeriahkan pertandingan-pertandingan tersebut. Yang mungkin menerima hadiah nanti tahniah diucapkan, manakala yang kurang berjaya anggaplah pertandingan tersebut sebagai gelanggang latihan untuk memnatapkan diri bagi merebut kejuaran PDBL2010 Pusingan 2 pada 24 Mac 2010 nanti.

Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 ingin mengingatkan rakyat jelata sekalian bahawasanya kedua-dua pertandingan tersebut merupakan anjuran peribadi pihak-pihak berkenaan. Jawatankuasa PDBL2010 sama sekali tidak terlibat dengan apa jua urusan penganjuran kejohanan tersebut, justeru sebarang masalah berkaitan dengan pertandingan haruslah dirujuk secara terus kepada penganjur-penganjur yang berkenaan.



Majulah Sukan untuk Negara (intonasi macam penyampai sukan Hasbullah Awang yer... sebut betul2)

No comments: