Sembang Sembang Bowling

Wednesday, February 24, 2010

#19 Keputusan Rasmi PDBL 2010 Season I Februari Meeting

Salam adik kakak abang yang dirahmati Allah s.w.t. tuhan sekalian alam,
Berikut ialah keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Teknikal PDBL2010, Puan Norzalilah Ahmad. Sila lihat kedudukan tuan-puan yang telah disusun mengikut kedudukan total jatuhan pin. Mata hanya diberi kepada peserta yang menduduki 10 tangga teratas. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, ayuh buktikan kemampuan anda pada pertemuan kedua pada Mac 2010 nanti.

lub...

dup...

lub...

dup...

lub...

dup...

(lub... dup... itu merupakan bunyi debaran jantung Pengerusi Bersekutu... suspen la konon-kononnya)


Nie saja wat kecil-kecil bagi melindungi perasaan para peserta. Sila klik gambar di atas untuk imej yang lebih besar.

Ulasan keputusan perlawanan:
Prestasi yang ditunjukkan oleh para pemain semalam boleh dikatakan baik walaupun terdapat beberapa pemain bermain di bawah prestasi sebenar. Purata jatuhan pin bagi setiap permainan amat menggalakkan dengan lebih 50% pemain melakukan jatuhan pin purata 150. Ini telah menetapkan standard yang agak tinggi bagi liga ini terutamanya bagi pemain yang bertaraf beginner. Terdapat juga para pemain yang berjaya melakukan jatuhan pin melebihi 200 pin dalam satu permainan, satu perkembangan yang sihat. Dari segi kedudukan carta Top 10 PDBL2010, jelas menunjukkan liga masih diungguli oleh golongan straiters dan spinners dengan 6 pemain mengisi carta 10 teratas. Namun terdapat beberapa hookers berjaya memecah dominasi tersebut. Tanpa tercabar, kedudukan 1-3 dan mengisi slot terakhir kedudukan 10, sememangnya diungguli oleh hookers. Tahniah Prof. Madya Dr. Tun Zainal kerana menjadi juara sulung pertemuan pertama PDBL2010 Musim I. Tahniah juga kepada pasangan suami isteri Puan Rohana Din dan Abang Zainal yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Turut menarik untuk diulas ialah persembahan terpuji yang ditunjukkan oleh Pengerusi Utama (PU) Aziz Ismail. Faktor usia tidak mematahkan semangat beliau untuk merampas kedudukan 6 jauh meninggalkan peserta-peserta yang lebih muda usianya. Syabas diucapkan.

Perebutan kedudukan 8-10 turut berlangsung sengit dengan pisahan mata yang agak dekat di antara ketiga-tiga pemain. Akhirnya Pengerusi Bersekutu (PB) Azam terpaksa berpuas hati dengan satu mata manakala konspirasi pasangan suami isteri (MekBowling + Abang Azrul) berjaya meraih kedudukan 8-9. Konspirasi apa.... PB pun tak tau... :p

Peserta-peserta yang dijangka menyerlah umpama sang harimau yang baru sembuh dari lukanya pada bulan Mac nanti ialah En. Faizal (Sekuriti)Ketua Publisiti En. Faiza dan juga Ketua Penajaan En. Said yang gigih menaja dan mencari penaja tapi tidak tertaja diri sendiri sewaktu bertanding... hahaha oppsss... statement lagi! Giatkan latihan anda.... Turut berada di dalam senarai harimau terluka ialah En. Fazly (REDAC). Sekiranya diikutkan ranking SUKJAB 2009 yang lepas beliau merupakan pemenang tempat ke-3 kategori individu... namun sayang seribu sayang, balingan beliau semalam banyak yang tersasar. Apa-apapun teruskan usaha mencabar kejuaraan! Selamat maju jaya!

Semoga standard permainan terus dapat ditingkatkan dalam pertemuan-pertemuan yang mendatang.

Iklan:
Satu kejohanan bowling akan dianjurkan pada 10 Mac 2010 oleh Prof. Madya Dr. Tun Zainal (PPK Elektrik & Elektronik) bertempat di Megalanes Prai. Anda dijemput beramai-ramai untuk menyertai kejohanan tersebut. Sila berhubung terus dengan Dr. Tun untuk pendaftaran. (Maklumat lanjut akan diberi pada post yang seterusnya kerana PB Azam lupa bawa keratan pendaftaran kejohanan tersebut, tertinggal dalam beg bowling... al-maklum)
  

3 comments:

Anonymous said...

Dr. Tun.. nak join bowling 10 mac nih bole tak??camne nak join erk?? kena bayar berapa?? - faka s.fizik

PJH said...

Salam En. Faka,
Untuk maklumat lanjut berkaitan kejohanan tersebut sila klik

http://www.rmicusm.org/v2/

TQ

Tun Zainal said...

Salam En. Faka,

Baru baca komen ... average untuk masuk 160 dan tidak termasuk pemain universiti ... itu yang Kak Ana dan Azrul kecewa itu ... hari itu pun ada terselit seorang yang average 189 ... tersalah pandang