GARIS PANDUAN & PERATURAN
I. Penyertaan
- Secara amnya, penyertaan hanya dibuka kepada staf Kampus Kejuruteraan USM.
- Namun begitu, Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menjemput peserta-peserta yang terdiri daripada orang luar yang difikirkan sesuai dan layak demi meningkatkan kualiti pertandingan dan memeriahkan penyertaan.
- Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menolak penyertaan tanpa memberi apa-apa sebab.
II. Yuran
- Setiap pemain berdaftar akan dikenakan caj sebanyak RM30.00/pertemuan sepanjang musim berlangsung.
- Yuran sewa kasut hendaklah ditanggung oleh para peserta, sekiranya berkenaan.
- Kutipan kali pertama bagi setiap permulaan musim akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan kutipan seterusnya adalah sebanyak RM30.00. Bayaran bagi kutipan untuk pertemuan terakhir bagi setiap musim ialah RM10.00.
- Bayaran yuran hendaklah dilakukan terus kepada Bendahari Jawatankuasa Penganjur. Sila minta resit sebagai bukti pembayaran.
III. Kehadiran
- Setiap pemain diwajibkan menyertai setiap pertemuan yang dijadualkan sepanjang musim berlangsung.
- Sekiranya tidak hadir, tiada penggantian pemain dibenarkan.
- Penjadualan semula bagi menggantikan pertemuan yang tidak dapat dihadiri tidak dibenarkan sama sekali.
- Kutipan yuran sebanyak RM30.00/pertemuan akan tetap dikenakan walaupun pemain tidak dapat menghadiri mana-mana pertemuan yang telah dijadualkan sepanjang musim tersebut.
|
No comments:
Post a Comment