Sembang Sembang Bowling

Thursday, October 27, 2011

#95 Pembukaan Tirai PDBL2011 Musim 4

Assalamualaikum semua peserta PDBL2011 Musim ke-4,

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera Untuk makluman anda, pada malam ini, Jumaat 28 Okt 2011 akan dilangsungkan perlawanan pembuka tirai bertempat di Ole-Ole Kulim. Perlawanan akan bermula pada jam 8.00 malam dengan format 4 permainan. Syarat-syarat permainan adalah seperti musim-musim yang lepas namun begitu selaras dengan perkembangan semasa terdapat sedikit perubahan yang dilakukan bagi memastikan kemeriahan PDBL dapat diteruskan. Di antaranya termasuk:-

1. BONUS KEHADIRAN: Sukacita dimaklumkan hanya peserta yang berjaya menghadiri KESEMUA pertemuan yang telah ditetapkan akan mendapat sehelai baju PDBL2011 yang akan diberikan sebelum pertemuan terakhir PDBL2011 Musim ke-4 berlangsung (jangkaan sekitar Januari 2012).

2. PENALTI 10 PIN BAGI KEHADIRAN LEWAT: Berikutan rungutan berterusan daripada beberapa peserta berkenaan dengan disiplin para pemain, Jawatankuasa Penganjur PDBL2011 telah membuat ketetapan untuk mengenakan penalti 10 pin bagi mana-mana pemain yang lewat lebih 15 minit selepas permainan dimulakan.

Sebagai contoh; sekiranya pemain A berjaya melakukan jumlah jatuhan pin bagi 4 permainan sebanyak 700 pin, ditambah handicap sekiranya ada, dijumlahkan akan ditolak 10 pin bagi menentukan jumlah jatuhan pin bersih untuk pertemuan tersebut.

[jumlah keseluruhan jatuhan pin + handicap] - Penalti 10 pin = Jumlah jatuhan pin bersih bagi 4 permainan. 

Bagi pemain yang lewat melebihi 30 minit, Anda boleh meneruskan permainan setelah selesai pembayaran dibuat kepada bendahari PDBL2011 namun kiraan mata mahupun jatuhan pin anda TIDAK akan dikira.

Semoga pengenalan dua peraturan baru ini akan lebih menyemarakkan semangat semua peserta PDBL2011 untuk melakukan yang terbaik bagi memburu kedudukan terbaik pada musim ini. Insyaallah.

Selamat maju jaya! Jumpa anda di sana...

Wednesday, July 27, 2011

#94 ACARA PENUTUP

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Setelah sebulan menyepikan diri, sibuk dengan urusan masing-masing. Kini PDBL kembali menyerikan suasana.

Bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan, pihak pengurusan Liga Boling Payday dengan berbesar hati ingin menganjurkan satu pertandingan boling terbuka utk semua warga kampus Kejuruteraan.

Ini bertujuan sebagai penutup acara bersukan sebelum kita bersama-sama menjalani ibadah berpuasa dengan penuh barakah.

Berikut adalah maklumat pertandingan:

                   TARIKH     :        31 JULAI 2011 (AHAD)

                   MASA      :        10:00 PAGI

                  TEMPAT  :         MEGALANE BOWLING CENTRE, MEGAMALL SEBERANG PERAI.


                   YURAN PERTANDINGAN     :        RM40 (4 Games)

                  
                                     Hadiah berupa WANG TUNAI!!!!!


*Handicap (kepada yang layak) akan diberi selepas permainan tamat 4 permainan. 
*Jumlah handicap akan dikira daripada purata selepas 4 game mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Liga Boling Payday (PBDL).

*Bagi pemain yang pernah memenangi PBDL bagi musim pertama hingga musim ke tiga, utk tempat pertama hingga tempat ke 3, tidak akan diberikan mata HANDICAP.

Kepada yang berminat untuk menyertai, sila beri nama kepada Jawatankuasa penganjur. (En. Faiza, En. Said Saidin atau En. Aziz Ismail).

Sunday, July 3, 2011

#93 GAMBAR-GAMBAR SEKITAR FINAL

Well uols... nie abg mewakili mek bowling mem'publish' gambar-gamabr fanasss sewaktu majlis penyampaian hadiah... macam2 ragam weiiii! Ngeri nengok eh.... :p

Ini dia Cik Rosni tersenyum lebar sewaktu menerima sampul hadiah berisi wang tunai... duitnyer xde setara mana... senyum macam menang sribu eh! hehehe. (Aed hang x pnat ke bg hadiah kat orang? asyik2 bagi kat orang... yg Aed nyer bila nak terima?.. huhuhu)

Abg masih terpikir-pikir macam mana si rosman ni bleh masuk list pemenang! Oh tuhan... ahaksss! Tahniah yer man...


Ini plak shot wakil negeri Perak... Prof. Madya Dr. Tun Zainal Azni. Awat terkengkang tu doc? Senyum macam menang anugerah sanggar sanjung tu! lima ribu ke tu doc? hehe... pun abg ucapkan tahniah! Diharap doc dapat memberi saingan yang lebih kuat pada musim hadapan... napa gambar pengacara tu separuh jer... konspirasi sungguh! jeles la tewww...

Abang Aziz terpaksa ditenangkan oleh abg... kerana berlaku kesilapan sewaktu penyampaian sampul hadiah! Katanya sampul hadiah kosong kekeke... apa x kosongnyer... men xde setara mana! mengendap je lebih! oppps... ooo inilah rupa abg! cak aaa hehehe.

Abg x berpuas hati melihat saudara Azrul memotong ranking abang! tapi sebab profesional punya pasal... abg umumkan jua! xpa2... rezeki masing2! dok gitu mek? tapikan kalu nampak gaya tu kan... mcm abg aziz plak yang dapat sampul hadiah... berangan ke abg aziz ooi?

Kes Zabri dapat tempat ke-3 ni abg x mo komen panjang2... abg masih terkezut! why? why? why 1000x? hahaha

Eh jangan la cokek abang... nanti tersebut barang tu hah! Tahniah en. amzar meraih naib juara keseluruhan PDBL2011 musim ke-3! Kami amat berbangga dengan peningkatan permainan yang ditunjukkan oleh anda!

dan juaranya... selepas 4 pertemuan berentap akhirnya PDBL2011 musim ke-3 melabuhkan tirai dengan meraikan juara baru... Dr. Mohd Salman Abu Mansor! Tahniah diucapkan... abg aziz kelihatan tidak ikhlas sewaktu menyerahkan sampul hadiah berisi wang tunai RM300.00. sama banyak je rasa nak bagi ngan x nak bagi...

Inilah shot yang mengumpulkan kesemua peserta PDBL2011 grand finale pada malam tersebut di ole-ole bowl, kulim. anak-anak cilik pun ado... kire pelapis la tu! amboi abg tengok kak niza tu hah macam sakit leher... awat terteleng tu? hihihi... Baju-baju biru meditranean tu merupakan orang-oang kuat yang menguruskan PBL2011 manakala yang oren2 tu... semua para peserta dan kaum kerabat PDBL2011.


Another shot... lihat kedudukan abg yang telah berubah! secara tiba-tiba abg terlihat tangan-tangan ghaib yang cuba men'enterframe' gambar abg... eh kak niza x sakit lehiaq daa... ;p Serius la muka johan ngan naib johan... kerek2 mcm ni abg nk cakap... x tahan lama! tunggu musim ke-4 taula langit tinggi rendah... hihi 



MUKA ORANG PALING TAK PUAS HATI!!

inilah rupa paras mekbowling yang cbuk nak caras2 abg! ekceli mekbowling berada pada kedudukan terbaik unuk mengungguli carta pujaan top10 PDBL2011 sebelum grand finale berlangsung... namun apakan daya, mek gagal melakukan lorongan-lorongan yang baik pada malam tersebut! abg hanya tersenyum sinis di penjuru gelanggang sambil yes!yes!yes! dalam hati wahahaha.... sudah nasibmu begitu mek! pasrah hokeyyy!

 muncung tu dicalit dengan lipgloss untuk menaikkan lagi seri wajah mekbowling! hatta setebal mana calitan muncung tu... mek tetap x strike2... motifff? 

Nota kaki: Kepada semua peserta PBL2011, musim ke-4 akan bermula tidak lama lagi... hadiah2 yang lumayan dan menarik menanti anda! pastikan anda meneruskan latihan rutin bowling seperti biasa untuk memastikan prestasi yang terbaik sewaktu kejohanan berlangsung! Jumpa lagi....  

Tuesday, June 28, 2011

#94 Grand Finale Musim ke-3, 2011 (Updated on 4/7/2011)

Salam pim pim pom pom...

Akhirnya abg ke udara lagi setelah mengalami kekalahan berterusan di Pusat Bowling Ole-Ole, Kulim. Abg x pasti napa asyik x bermaya bila men ka kulim! adakah kerana ittew? atau ittew? atau... apa?

Alhamdulillah grand finale berlangsung meriah dengan kehadiran para peserta yang menggalakkkan. Para peserta tampil sedondon dengan busana indah berwarna biru laut dan owennnn ( errkkk.... ni musti set2 astana vision). Perlawanan bermula tepat jam 9.15 malam selepas diskaun menunggu beberapa peserta yang lewat tapi tetap kunjung tiba! Beberapa peserta dilihat begitu agresif melakukan balingan mantap (sesetengah tu gemalai semacam jer... motip???) demi mendapatkan jatuhan pi tertinggi seterusnya berpeluang mencabar kejuaraan musim ke-3.

Seperti yang diduga, Dr. Salman yang bawa mercedes benz tu (napa nampak kete tu sokmo senget belah driver?... adakah kerana beliau tidak oppps!!! ku menunggu nyanyian rossa gedik ittew!)... yang kaler gold tu kan muncul juara walaupun tidak diletak harapan tinggi pada permulaan musim. Konsistensi beliau telah membuahkan hasil dengan mengutip 35 mata (rekod baru kutipan mata) untuk menungguli carta pujaan 10 Payday Bowling League Musim ke-3, 2011. Tahniah diucapkan kepada Dr. Salman kerana berjaya meraih rm300.00 selaku juara (apa yang penting... dr. salman belanja abg McD malam tu... merasa GCB! tenkiu2).


Mercedes Logo
Naib johan pula diraih oleh en. amzar aka along... beliau merupakan kroni abg aziz strait boll pengerusi PDBL2011. Walaupun cubaan menimbulkan isu kronisme dan nepotisme berlaku sewaktu penyampaian hadiah yang mana ahli keluarga pengerusi boleh menyertai PDBL tapi x bleh menang hehe.... beliau tetap ampuh meraih gelaran naib johan seterusnya membawa pulang wang sebanyak rm150.00 (jew...) ;p dan yang paling tidak tahan ialah pemenang tempat ke-3 juga merupakan pendatang baru dengan izin, En. Zabri. Kefokusan beliau pada malam itu jelas terpancar dengan melakukan balingan strike demi strike walaupun pernah pada suatu ketika beliau terbaring di depan lane akibat gagal menyempurnakan balingan kedua untuk spare. Keiltizaman beliau harusss dijadikan contoh oleh semua terutamanya kepada pemain2 bertaraf universiti yang rata-rata tersungkur terkulai layu di tasik madu... opppss! Tahniah kepada semua pemenang!

x layu-layu pun....

Keputusan penuh akan dimuat naik mekbowling nanti... (mek ni tengah berkabung kerana kegagalan menempatkan diri di kalangan top 3 bowlers PDBL)! apapun yang penting apam comel yang abg tempah tu kena siap 6 Julai nanti tau! sapa-sapa nak tempah apam untuk kenduri ke makan-makan saje ke boleh berhubung dengan abg... eh opppss ngan mekbowling tau, abg x buat apam! diskaun istimewa untuk ahli PDBL... (suka suki abg jew nk bagi diskaun.. walhal yang meniaga org len... volleyyyy?)

Keputusan bulanan PDBL2011 Musim ke-3 (Grand Finale)


Kedudukan Keseleruhan Peserta PDBL2011 Musim ke-3

Nota kaki: abg dapat no-10 lagi.... maintain jew! ye ye ye... season depan siap hang amzar.... oh lupa... pemenang no 1-5 x layak dapat handicapped for the coming season... amacam? hehe! Sebarang bantahan sila buat surat rasmi untuk dimasukkan sebagai agenda di dalam mesyuarat pengurusan PDBL! best2... ;)

Wednesday, June 22, 2011

#91 FINAL MUSIM KE 3

 
TOK TAK! TOK TEK!
TOK TAK! TOK TEK!
PI SANA... P SINI....
UBAH SANA... UBAH SINI....

TUP TUP...
DAAAAAAH SAMPAI FINAL YERRR!!

MEK SUKAAAAAAAAA!!!
ORGASMA BERGANDA!!! :))

JOHAN RM300!!!
bakal menjadi milik siapa????
?????

Adakah...

 Hook Bowlers yang kejap ok, kejap meletop-letop, kejap melelong tu??
Tapi yang pasti... SOKMO HOOK LONGKANG! ahaks!

Atau pun....
Bakal milik....

Pemain straight yang baling straight pon boleh stike!
Tapi yang pasti, pemain straight pasti akan SPLIT!!!!
Huh!!

Ade sesape spinner bowler???
 Yang konon-konon bola pusing mcm gasing tu????
Boleh mengidam ke RM300 tu????
Ahaksss!
Tapi kalau dapat RM300, nak suruh beli bola mcm ni...
Baru betul SPINNER BOWLERS!!

Yang pasti, sabtu malam ni, MEK BOWLING nak pakai mcm ni...
KELLASSSSSS KAK MARIA!!!
Dah la skang pon baru duduk carta
U ols dah kecut perut....
Tambah-tambah kalau pakai lagu tu kannn....
SENANG MAK NAK CARAS U OLS!!!

Hahahahhaha!!!

Ape-ape pon....
Mek Bowling nak ucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua pemain....

Jangan SERIK utk join lagi liga payday ni....
Maklumlah.. kami juga manusia biasa.. Punya kesilapan dan salah silap sana sini....

Akhir kata,
agak-agak u ols lah kan... Sapa lah yang empunya diri gaya acting mcm dlm gambar ni??


Kalau sape teka dengan tepat, Mek akan bagi hadiah misteri hari Sabtu tu nanti!!!!

Chekedoutttt!!!!



*gurau-gurauan membawa bahagia....*

Thursday, June 2, 2011

#90 KEPUTUSAN PENUH PERTEMUAN KE 3

ASSALAMUALAIKUM......

Wahhhhhhh!! Lama Mek tak interframe kat sini khennn....
Al-maklumlah... 
Mek skang dlm cita-cita nak jadi Chef... dok kalut buat kek karemel sampai tak tido!
Hari ni, udah rasa mcm jadi zombaaa... Mata ni beratttttttt jer nak bukak....

Ape-ape pon, jangan lupa tempah Kek Karemel Mek yerrr...
Wahahhahahahahha!!

Ok lahh...
Ramai pasti tak sabar2 nak tunggu the result the malam tadi khennn...
Abg. Fink tu pon sebok calling2 nak tanya result dia.. Sebok jer tau!
Macam lah dia dok dlm ranking... tetttttttttttttttttttt!!
Sabar laaa.. Mek dok tgh olah ayat2 yang terbaik utk u ols tau!!

U olsss....
Setelah sekian lama Payday kita senyap sepi... 
Sampai blog pon dah dah ade hantu kum kum lah, hantu kak limah lah... kan...
Nampak sangat blog ni bersawang-sawang kaedah nyer...

Semalam, seramai 22 peserta liga yang dapat hadit utk memeriahkan suasana...
Terima kasih sangat2 pada u ols semua yang memang sporting gilerr!!!
Mek rasa mcm nak shuffle....

Liga Payday 2011 yang berlansung di Ole-Ole Superbowl, Kulim...
Ini keputusannya....

Macam biasa lah.. Klik gambar utk BESAR PUNYAAA!!!

Malam tadi, Mek pon tatau ape aura yang dah Abg Fink bagi kat Mek...
Sampai Mek boleh dapat avg 170 tuu... Selalu nyer takat avg 160 jer lah muka Mek ni...
Tapi kesian kat Abg Fink yang nan hadooooo game nyer semalam...
Bersimpang siur bola nyer... sampai sanggup nak amik spare pakai house ball... hehhehe.. Lepas tu, pasrah lahhhhh....

Ini pulak Ranking utk setakat 3 kali permainan...
Ade harapan ke Mek nak merangkul skali lagi tahta Top 5??

HEhehhehehehee... Macam ade jerrr....

Grand Final nanti harap2 boleh lah main mcm ni.. huuhuhuu!!!

Ok U ols...
Enjoy your meal... *eh! tetibe*

Byeeeeeeeeee!!!

Sunday, May 29, 2011

#89 Chipsmore

Salam bowlaholics sekalian,
Nampak gaya pentadbir blog ni da jadi macam chipsmore... jap ada jap xda! hihi... bukan apa abg fink n mekbowling ittew sebenarnya bz dengan hal-hal duniawi... (ukhrawi nyer mano?...)

Semoga semua peserta PDBL sihat-sihat sajo hendaknyer yer... apa-apa pun saya berharap anda bersedia untuk bertarung pada 2 Jun 2011 di Ole-Ole Bowling Centre, Kulim Mall jam 8.30 malam tepat.

Mohon kerjasama anda semua supaya menepati waktu.

Perubahan tempat dilakukan kerana isu teknikal di Megalanes Prai. Walau apa pun.. saya pasti para peserta sudah tidak sabar-sabar lagi melakukan hayunan yang terbaik bagi memastikan kutipan mata yang tertinggi, bekalan untuk grand final pada akhir Jun nanti!

Penutup kata... selamat maju jaya untuk semua!

Nota kaki: Mekbowling ni bila nak update keputusan terkini kutipan mata... duk kelip-kelip mata 2-3 minggu da tunggu! musykil2... maybe sebab point mekbowling ckit kot.... u yang x semangat tu! oppssss! Teksiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....