Salam bahagia kepada adik kakak bowlaholics sekalian,
Baiklah sebelum bermula jom kita santaikan tubuh badan kita dahulu... jauhkan diri anda dari PC, bangun dari kerusi anda dan sama-sama mengikut saya menyanyi dan menari... Lagu berjudul Menuju Puncak (diubah sedikit untuk disesuaikan dengan kejohanan)... Ingat depakan tangan anda angkat kaki anda tinggi-tinggi dan mulakan gerakan..
Bukan mudah
Meniti langkah ke angkasa
Bukan Mudah
Mengejar mimpi jadi realiti
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti
Chorus :
Menuju puncak, Gemilang cahaya
Mengukir cita seindah rasa
Menuju puncak, impian di hati
Bersama janji kawan sejati
Pasti berjaya di Pay-Day Bowling League ...o ...yeaaah
Bukan mudah
Menggapai bintang yang berkilauan .. O..yeaaah
Bukan mudah
Jalanan ini untuk diharungi
Apapun jua bisa terbukti
Andai langkahmu tidak terhenti
Bagus! Cantik gerakan anda itu... ulang lagi 3x k... hehehe. Buat pelan2... tapi kalu nak ikut move ni pun hokey!
uols leh wat x lagu ni?
Terapi muzik ini sesuai untuk mereka yang gagal untuk menunjukkan prestasi sebenar sewaktu pertemuan pertama semalam. Jangan tensen2 sebab 24 Mac 2010 nie ada lagi pertemuan kedua! Bersama-samalah berusaha.
Sementara itu, di satu sudut yang lain....
Saya masih menunggu keputusan rasmi semalam untuk di-hupdate oleh mekbowling kiter... harap tuan-puan semua dapat bersabar. Ini adalah kerana mekbowling ada tugasan hakiki hari ini di Makmal Unit Operasi PPK Kimia sehingga petang... Bukankah orang tua-tua (bukan orang tua tau!) ada berkata, penantian adalah suatu penyiksaan... nah rasakan.... Hahahaha (Gelak macam kartun Mambra zaman-zaman 80-an dulu).
Semalam seramai 22 peserta menyahut cabaran PDBL2010. Terima kasih diucapkan kepada semua yang juga merupakan kenalan-kenalan rapat Jawatankuasa Penganjur PDBL2010. Semoga ini akan lebih mengukuhkan ikatan persahabatan kita semua. Insyaallah... Kejohanan dirasmikan oleh penaung PDBL2010, Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Abu Bakar (Semalam Pak Z men gak... melakukan kebangkitan pada game kedua dengan catatan pin 170 namun tidak ampuh bertahan untuk baki 3 games seterusnya... Pak Z terkulai layu di tasik madu.... huhuhu). Beliau juga telah mengumumkan insentif RM50.00 Jackpot kepada mana-mana pemain yang pertama sahaja mendapat 5 strikes berturut-turut. Terima kasih Pak Z kerana menambah elemen tarikan dan kejutan kepada PDBL2010. Pemenang Jackpot yang pertama ialah Saudara Fakarudin Spinner dari PP Sains Fizik (Menang nasib... boley? x kontroversi ker statement ni?.. hehehe). Tahniah diucapkan.... Next meeting hadiah jackpot-nya mungkin akan mendapat pengunci stereng Harrier... x dapat kereta dapat pengunci stereng pun jadilah labu.... sama-sama kita tunggu.
Jawatankuasa Penganjur juga ingin memohon maaf di atas kelewatan yang timbul ekoran miscommunication dengan pengendali gelanggang bowling. Apa-apa pun semuanya telah diselesaikan dengan cara baik. Insyaallah, penganjuran di masa hadapan akan bertambah baik. Amin!
Nota kaki: Walaupun unofficial results belum kuar.. iol nak congratulate Prinsipal Kita, Abang Aziz di atas persembahan yang menakjubkan semalam... walaupun dah masuk kategori veteran (nak kutuk gak...) tapi persembahan beliau begitu memukau dengan menempatkan diri beliau di dalam carta top-10 PDBL2010. Apa rahsia ek???? Men strait bol boley la menang.... siap nanti hahahaha (dengan nada x puas hati :p). Apa-apa pun itulah kesejagatan sukan bowling yang boleh dimainkan oleh semua peringkat umur. Ini selaras dengan tema kelestarian yang dijuarai oleh Universiti Sains Malaysia yang mana tema kelestarian merupakan Tiang 3 dari Tiang Bertujuh (sapa-sapa x tau Tiang Bertujuh hati-hati na.. nie soalan untuk PTK tau... Habaq awai2 teruih...) yang mendukung aspirasi Universiti Apex pertama di Malaysia... hah adik kakak amik ayat tu.... merasa educated gitu hahaha!
Tata titu titi... :)
No comments:
Post a Comment