Sembang Sembang Bowling

Thursday, March 25, 2010

#36 Keputusan PDBL2010 Meet 2 (24 Mac 2010)

Arakian dimaklumkan berikut ialah keputusan rasmi bagi PDBL2010 meet 2 yang berlangsung semalam... Seperti yang diduga terdapat beberapa perubahan ketara dalam kedudukan carta (matila tiru mekbowling... ngeh ngeh ngeh) Pujaan 10 semasa dan juga keseluruhan! Tahniah diucapkan kepada para pemenang manakala bagi yang terkeluar dari senarai... Cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... dan.....




Carta Pujaan 10 terkumpul pula adalah seperti berikut....




Jackpot bernilai RM50 terus dimiliki oleh En. Fakar yang telah melakukan strike pada frame ke 3, 6 dan 9 serta jatuhan pin tertinggi. Opah terpaksa berputih mata walaupun hampir-hampir memiliki jackpot tersebut. Apa-apa pun tahniah kepada kedua-dua mereka yang telah menunjukkan persembahan permainan yang terpuji! Iol nak krunch-krunch jack n jill sat... ngeh ngeh ngeh

Ulasan perlawanan: Pada malam ini perlawanan di antara pemain-pemain bertaraf universiti berlangsung sengit dengan pintas-memintas berlaku di antara En. Fakar dan Pn. Rohana dan En. Azrol. Cuba menyelit di celah-celah ialah En. Rosman yang pada sebelah paginya telah melancarkan beberapa perang saraf di kafe staf yang jelas telah memerangkap PB. Cik Rosni seperti biasa melakukan balingan tepat untuk berada di kelompok 5 teratas. Jika dilihat trend pada malam ini, terdapat beberapa keputusan upset yang akhirnya telah menolak PB keluar dr carta, Dr. Tun juga hampir-hampir tersungkur... Abang Zainal pula hanya mampu menduduki tempat ke-8. PU masih menunjukkan prestasi yang konsisten dengan meraih 5 mata. Begitu juga dengan Ketua Teknikal. Keadaan lorong yang sangat berminyak jelas menyukarkan beberapa pemain untuk melakukan balingan hook. Begitulah cabaran kepada setiap pemain boling yang harus peka dan pantas berubah mengikut lane conditions. PB sehingga game ke-5 dilihat masih terkial-kial mencari arrow dan sering melakukan kesilapan release yang mudah. Oppps hampir terlupa... Ketua Publisiti berjaya meraih 3 mata pada malam ini seterusnya menolak keluar PB dari carta. Ketua Penajaan lak... tenggelam timbul hingga ke akhir saingan... ngeh ngeh ngeh! Walau apa-apapun tahniah diucapkan kepada semua pemenang!  

Nota kaki: Mekacih Opah di atas teguran.. terdapat sedikit ralat di dalam posting terdahulu. Carta telah dikemaskini... Ralat tidak melibatkan sebarang perubahan dalam kiraan jatuhan pin. Cuma perubahan kedudukan carta Pujaan 10 melibatkan 2 jagoan, Dr. Tun dan Cik Rosni. Harap maklum!

No comments: