Sembang Sembang Bowling

Sunday, March 14, 2010

#25 Ebonite Evolve

#6 Ebonite Evolve



Sedikit coretan mengenai Ebonite Evolve yang digunakan oleh Bendahari PDBL2010. Menurut maklumat di laman sesawang Ebonite.com, Evolve merupakan high performance ball (premium standard) bagi kegunaan bolwaholics yang mengimpikan jatuhan pin yang lebih tinggi. Evolve dikatakan mempunyai back end reaction yang sangat agresif sekiranya digunakan dengan kaedah hook namun kebanyakan bowlers di Penang termasuklah bowlaholics PDBL2010 menggunakan Evolve (11.2 lbs) untuk balingan spinner (helikopter nuri sikorsky TUDM.. duk tunggu bila lah TUDM nak dapat Eurocopter EC725). Saya sememangnya tidak arif dengan teknik balingan spinner. Pernah belajar namun dek kesukaran mengekalkan rev ball saya berhenti sekerat jalan dan kini sepenuh masa ber-hooking di Megalanes. Justeru sukar untuk saya melakukan review terhadap performance bola dan juga bowler-nya sekali. Selamat berusaha yer Bendahari dan pastikan anda mendapat Tok Guru yang sesuai! Harga yang dibayar oleh Bendahari untuk ber-evolve ialah sebanyak RM 460.00. Namun anda mungkin boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% sekiranya menjadi ahli kelab Ampang Bowl di The Summit BM. Harga buka di Pro Shop tersebut ialah RM450.00 (so tolak 10% dapat RM 405.00... banyak tu leh men 10 games kat Megalanes hehe).

Nota kaki: Saya dapat tau ( valid on 15th March 2010 until...) Pro Shop kat The Summit BM buat pakej promotion untuk Tornado Ball + see saw bag + shoes + single ball bag = RM 429.00 (memang berbaloi-baloi... saya beli dulu RM 430.00 bola ajer.. just a few months back kat Megamall). Melepas dapat kasut baru hehe... So sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bola tersebut silalah bergegas ke sana ASAP. Ada gak beg 3-ball dengan harga RM 150.00 sahaja (brand new without shoes compartment).. so sapa-sapa yang bajet this is the best bargain! Hepi Shopping... iol nak ke pantri minum kopi sat... tata titi tutu!

No comments: