Sembang Sembang Bowling

Wednesday, March 3, 2010

#21 Pemilihan Pemain Mewakili USM ke Sukan Staf Universiti Malaysia ke-35 2010

Berikut ialah petikan emel yang diterima berkenaan sesi pemilihan tersebut. Adik kakak abang-abang sekalian yang merasakan diri mereka berbakat dan layak menyertai sesi pemilihan tersebut, jom beramai-ramai kita pi havoc-havoc kat Megalanes Prai.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Makluman kepada semua warga staf USM, Kelab Bowling Tenpin Staf USM akan mengadakan sesi pemilihan pemain untuk ke temasya SUKUM ke-35 yang akan diadakan di USM pada bulan Jun nanti. Jadual pemilihan adalah sebagaimana berikut:-


Tarikh : 3 dan 4hb. April 2010
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Mega Lane, Pulau Pinang (Tempat Pertandingan SUKUM ke-35)

Sesi pemilihan akan dijalankan sebanyak 16 game dalam 3 sesi seperti berikut:-

3hb April 2010(Sabtu)

Sesi 1 - 4 Game (4.00 petang)
Sesi 2 - 6 Game (9.00 malam)

4hb April 2010(Ahad)

Sesi 3 - 6 Game (12.00 tengah hari)

Bayaran penyertaan RM120/orang. Hadiah disediakan (Tertakluk pada penyertaan).

Terbuka Kepada Semua STAF Lelaki dan Wanita USM ( INDUK, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT)

Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebelum 28hb. Mac 2010.

Setiap pengesahan penyertaan mestilah disertakan dengan bayaran RM50/orang sahaja. Jumlah selebihnya hendaklah dibayar pada sesi 1.

Bagi peserta yg gagal untuk menghadirkan diri pada sesi pemilihan duit pendahuluan penyertaan tidak akan dipulangkan kembali.

Pengesahan awal amatlah digalakkan bagi melancarkan perjalanan sesi pemilihan yang akan diadakan nanti.

Pemilihan pemain bowling tenpin USM adalah bersih dari birokrasi atau kroni. Semua berdasarkan pada sistem pemarkahan yang dikeluarkan oleh pihak Mega Lane.

Perlawanan akan dijalankan mengikut Peraturan dan Undang-Undang Gabungan/Persekutuan Bowling Tenpin Antarabangsa/Kebangsaan(WTBA/MTBC).

Pemain yg memperolehi percapaian yang terbaik pada sesi pemilihan itu nanti akan layak mewakili USM ke SUKUM ke-35.

Kerjasama dan penyertaan anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Majulah Sukan Untuk USM
Kelestarian hari ini adalah untuk Hari Esok


Jumpa disana

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran bolehlah menghubungi wakil di kampus masing-masing.

En. Fakarruddin (PP Sains Fizik) - 012-4577748
En. Abdul Rahman (Jbtn Pembangunan Induk) - 013-4801700
Cik Rosni Hassan (Kampus Kejuruteraan) - 013-4385628
Cik Lailatul Hafiza (PP Sains Pergigian) - 012-9574647
En. Azwan Hazmi@Azmi (Jbtn Pembangunan Kesihatan) - 019-9502008

Sekian, terima kasih.

Nota Kaki:
Semua bowlaholics Kampus Kejuruteraan... Ayuh kita sahut cabaran ini! Kita clean sweep position 1-5 lelaki dan wanita (macam x cukup kuorum jer... 3 orang jer ada) pada sesi pemilihan kali ini... Boley ke????

1 comment:

Tun Zainal said...

Saya berminat ... mana tahu ada rezeki ... hehehe