Sembang Sembang Bowling

Tuesday, February 23, 2010

#16 Lantikan Baru

Salam sekian pembaca seantero alam...
Dengan kuasa yang ada pada saya, dengan ini adalah dimaklumkan bahawasanya satu lantikan baru telah dibuat berkuatkuasa pada 23 Feb 2010, Jam 10.00 pagi bagi mengisi kekosongan jawatan Urusetia Audit Teknikal (UAT). Cik Nor Aswani yang diputerikan di Kubang Kerian, Kelantan telah diberi watikah mulut bertempat di Makmal Unit Operasi, PPK Kimia. Beliau tanpa menoleh ke belakang, bersetuju dengan lantikan tersebut. Di antara tanggungjawab beliau termasuklah mengesahkan jatuhan pin peserta-peserta bagi setiap permainan dan juga pindahan data ke score sheet rasmi liga. Beliau akan melaporkan diri di bawah Puan Norzalilah selaku Ketua Teknikal Pertandingan. Pelantikan ini telah mendapat limpah perkenan daripada Penaung PDBL2010, Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Abu Bakar setelah mendapat nasihat daripada Pengerusi Utama, En. Aziz. Tahniah diucapkan di atas kesudian beliau membantu Jawatankuasa PDBL2010. Sehubungan dengan ini juga beliau layak menerima insentif-insentif seperti berikut selaku Urusetia Audit Teknikal (UAT) PDBL2010:

1. Sehelai Baju Rasmi Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 (harap-harap kaler pink).
2. Pengangkutan percuma pergi dan balik ke venue pertandingan.
3. Dan, insyaallah ganjaran pahala daripada Allah s.w.t di atas khidmat sukarela beliau! Amin

Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 akan mengumumkan insentif-insentif lain sekiranya terdapat kelapangan dalam akaun kewangan di masa-masa hadapan. Insyaallah

Selain itu juga, suka saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada SHXP Trading kerana telah memberi penajaan sebanyak RM 310. Semoga syarikat tuan bertambah makmur dan terus maju di masa hadapan. Amin...

Sekian, dimaklumkan.

Cik Nor Aswani
Urusetia Audit Teknikal
  
Yang bener sememangnyer bener,
Pengerusi Bersekutu PDBL2010

3 comments:

MekBowling said...

hahahhahah!!
Koser taw!

PJH said...

nyeh nyeh nyeh... bukan apa.. tolong promote gitew! kreatif gitu iklan

Anonymous said...

Sukalah tengok Cik Wani semalam.... dah berpunya kerr?