Sembang Sembang Bowling

Wednesday, March 16, 2011

#83 Keputusan PDBL-3 BulanFeb 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para peserta PDBL... Semoga kita sentiasa termasuk di kalangan mereka yang mendapat rahmat dan petunjuk Illahi... Amin.

Seperti yang kita maklum pada 25 Feb yang lepas PDBL-3 telah memulakan tirai strikes dan spares yang x terkira di Megalanes Perai... resam permainan ada yang menang ada yang kalah. Yang menang tersenyum girang yang kalah dok potpet merata cakap lane x elok la.... lane kering lane banyak minyokla... yang men hook lak baling macam ular kena palu tapi x strike2 pun.... split lagi ader la... kecian kome! yang baling strait lak manjangnyer tergedik-gedik duk cari poket belah pin 4-7 dan pin 6-10 (macam si rosman n najib).... org cari poket 1-3 dan 1-2... isk deme2... banyak banyak bersabar yer... istighfar banyak2 macam ustaz2 pusat islam walaupun kalah xde ranking tetap mantain kool... xderla nak mak esah bola orang sana sini macam mekbowling tu! Huuu... Cik Rosni lak menang nasib jer! vooolleeyyy? hahaha... Tahniah cik rosni! Cuba lagi yer ustaz borhan ustaz latipi ustaz shaqroni dan ustaz ZABRI! jangan ler sampai terlentang kat depan lane! :p

Berikut ialah keputusan penuh bagi edisi PDBL Februari 2011....


Korang leh klik kat jadual tu kalu mata korang de masalah...

Nota kaki: Saya mewakili jawatankuasa penganjuran PDBL ingin memanjangkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada saudara Rosman dan Saudari Aswani yang akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Mac 2011, Sabtu bertempat di Kubang Kerian, Kelantan... Ganah mung nikoh ngan kerabat cik siti wan kembe! make budu doh mung male pertama! Selamat berjuang saudaraku... kalu nak tips datanglah berjumpa senier2 kat kafe staf! insyaalah kami akan membantu saudara dari segi persiapan mental sebelum melayari bahtera dan juga tips2 penjagaan dan pengekalan tenaga! wahahaha.... Man jangan bikin malu yer... aku potong nnt! Tahniah sekali lagi semoga berbahagia hingga ke akhir hayat wahai sahabatku berdua...

Ni satu lagi... berbuih mulut kite orang duk nunggu turn peja... dengar citer patah hati dengar rosman nak kawin.. sampai lani x pi kafe staf! hahaha... moga bertemu jodoh yang baik nanti... Amin!

2 comments:

Tun Zainal said...

Terima kasih penganjur di atas keputusan. Saya berharap semoga keputusan dapat dimuat turun pada malam hari kejohanan. Kalau perlu bantuan sila maklum kepada saya.

PJH said...

Dr. Tun & Semua peserta PDBL, Mohon maaf di atas kelewatan yang tidak disengajakan. Keputusan penuh tidak dpt dimuat turun pd kadar segera kerana untuk bulan feb terdapat sesi gantian utk para peserta yg tidak dapat hadir pada 25 Feb. Keputusan penuh hanya dikeluarkan sebaik sahaja score para pemain untuk sesi asal dan sesi gantian dikira. Dijangka situasi yang sama akan berlaku pada bulan Mac 2011.

Segala kesulitan amat dikesali.