Sembang Sembang Bowling

Tuesday, March 29, 2011

#85 Sesi Ganti PDBL-3 Mac 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua komuniti PDBL...

Adalah dimaklumkan malam ini akan diadakan sesi ganti bagi peserta yang tidak dapat hadir pada 25 Mac yang lepas. Justeru anda dikehendaki berada di Megalanes Prai pada pukul 8.30 malam. Terdapat 5 peserta pada malam ini akan beradu kepakaran untuk menentukan untung nasib (selalunye rugi jer... hehe! nasib2...) sama ada mereka mampu menempatkan diri mereka di kalangan 10 peserta terbaik bulanan.

Para peserta PDBL-3 yang berminat bolehlah menyertai sesi ganti pada malam ini bagi memeriahkan suasana di samping menyajikan gangguan mental kepada peserta-peserta yang bertanding. Jatuhan pin anda pada malam ini tidak akan diambil kira. Keputusan rasmi bulan Mac 2011 insyaallah akan diumumkan pada keesokan harinya. Jangan ke mana-mana... manalah tau geng2 ustaz bas sekolah (oppsss!... suka tengok astro ceria cenel 611. Cenel oasis 106 pun feberet gak!!!) mampu melakukan sesuatu pada malam ini untuk menafikan ranking en. Faiza dan En. Zabri... En. Rosman ade ranking ke ooi? hahaha ;p... yang herannya... AED sampi la ni xde dalam ranking. nampak tiap2 minggu dok tarik 3 biji bola ke megalanes... menang gaya per???... huuuu

Selain itu, dukacita dimaklumkan bermula pada sesi april 2011, TIADA lagi sesi ganti akan diadakan bagi mana-mana peserta yang gagal menghadirkan diri pada tarikh pertemuan yang telah ditetapkan, atas apa jua alasan. Ini adalah kerana beberapa isu yang timbul terutamanya berkaitan dengan pengurusan penganjuran serta maklumbalas daripada peserta-peserta PDBL-3 yang lain. Semoga keputusan ini tidak akan merencatkan hasrat dan tumpuan tuan-puan dalam mengejar kedudukan terbaik dalam PDBL-3.

Gegak gempita hiruk pikuk suasana pertandingan telah dirasai sepanjang hampir 3 musim PDBL berlangsung, dan saya ingin memaklumkan bahawasanya pada musim PDBL-3, liga kita telah mencatatkan peningkatan penyertaan sebanyak 23% dengan pertambahan sebanyak 5 peserta baru. Hingga kini kita telah mempunyai sebanyak 27 pemain aktif yang berdaftar. Alhamdulillah dan terima kasih di atas sokongan anda. Semoga kita beroleh sesuatu yang positif daripada penyertaan PDBL-3 ini; baik untuk meramaikan kenalan dan juga meningkatkan kemahiran permainan masing-masing! Kepada staf-staf USM Kejuruteraan di luar sana yang berminat... ayuh hangatkan liga ini pada musim yang akan datang. Insyaallah. Penting juga untuk makluman tuan-puan, organisasi PDBL sehingga hari ini merupakan organisasi yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organization). Semua yang dilakukan adalah secara sukarela dan ikhlas... Insyaallah ianya akan berterusan begini! Amin...
Nota kaki: Konpim rosman lemas... tunggu peja lak! ermm... mandrem kemenyan limau nipis mekbowling ngan Dr. Tun x jadi 25 Mac yang lepas... habis terperosok! mekasih man sebab azan 2 kali kat megalanes... habis smua lari... hahaha! Baru depa tau hang sapa... huhuhu! Dengar citer Dr. Salman score mcm Malaysia Player tu.. sejibik cam zulmazran.. tapi pekehei 106 tu? nasib ke apa???  Teksiiiiiiiii....................

2 comments:

.::CeK LaLa::. said...

Eh Hellooooooooo!!
Menang hadicap jerwwww!! Tak jantan lansunggggg!!! :p

RMIC Bowling said...

Mek, kalau tidak jantan mesti betina .... hahaha! Tidak mengapa kalah menang itu adat pertandingan. Tapi kalau kalah sahaja mesti kena berusaha lebih lagi. Jangan lupa yang berminat untuk pemilihan SUKUM di Melaka pada Jumaat depan maklumkan kepada Cik Rosni dan sekutunya.