Sembang Sembang Bowling

Monday, March 21, 2011

#84 PDBL-3 Bulan Mac 2011 - 25 Mac 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera para peserta PDBL-3 sekalian,

Alhamdulillah pada hari jumaat nanti, 25 Mac 2011 pukul 830 malam bertempat di Megalanes Prai, semua peserta PDBL-3 akan berentap untuk memperbaiki ranking kutipan mata masing-masing. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan-puan agar dapat meng'ada'kan batang tubuh tuan-puan di gelanggang pada masa yang ditetapkan. Saya merayu agar tuan-puan dapat menghormati para peserta lain yang 'on time' agar tidak timbul suasana yang tidak selesa di kalangan para peserta terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Kesian depa bawa anak-anak kemudian pulang lewat-lewat malam... Sama-samalah kita menjaga perasaan dan keharmonian sesama insan... Hablu minannas! Ustas Borhan tolong tazkirah sikit kat depa-depa yang lambat nie... apa hukumnya orang yang tidak menepati perjanjian masa? boleh cubitttt ker??? he2

Saya difahamkan terdapat kesesakan yang teruk di persimpangan prai pada hari jumaat justeru saya menasihati tuan-puan agar sebaik-baiknya turun awal dan berjemaah di surau megamall ataupun pilihan kedua tuan puan boleh menggunakan jalan alternatif Bukit Tengah. Selepas tol juru, sila exit di persimpangan auto-city dan seterusnya belok ke kanan menghala ke Bukit Tengah (sila ikut lampu isyarat deme-deme semua yer... hijau baru jalan!). Kemudian sesampainyer anda ke lampu isyarat persimpangan flyover jalan bukit tengah... sila belok ke kiri dan terus kan perjalanan sehingga anda bertemu dengan ramp ke Butterworth. Anda akan melepasi lebih kurang 2-3 lampu isyarat sebelum bertemu dengan ramp tersebut... sekiranya terdapat kemusykilan sila beli GPS.... huhuhu




View Larger Map

hangpa sesat jugak... x tau la... korek2 nanti jibik mata tu... nnt x leh men boling da!

Seperti biasa... ucapan semangat yang penuh ikhlas... selamat berjuang! Mana yang rajin, sempat lagi berlatih dalam masa 2-3 hari ini!

Jumpa di sana!

Nota kaki: Dengar citer abg rosman karam di lautan bergelora... moga-moga x lemas... next time jgn lupa pakai jaket pelampung kalu x pandai berenang...huhuhu ;p

Teka-teki teka-tekop: apa itu GPS???


5 comments:

RMIC Bowling said...

Azam,
Wah sudah "lively" sedikit payday blog sebab orang kuat sudah mula mengganas dengan komen-komen panas. Walaubagaimanapun syabas....
Mmmm, petang ini mesti turun latihan!

.::CeK LaLa::. said...

Hamvoiiiiiiiiii!! Tak hagak2 abg fink ni tau!! mementang lah dia berada dlm kedudukan 'selesa' skang ni...

RMIC Bowling said...

Ila, jangan risau saya menang handicap sahaja ... nanti hari Jumaat kalau meletup mesti jadi champion ... hehehe

PJH said...

Fokus Fokus Fokus... he2! Siap la hangpa berdua jumaat nie... Mari-mari kita tengok sapa jadi champion! :p

RMIC Bowling said...

Azam, yang pasti champion seorang tetapi yang "JAMPI ON" ramai...tapi kalau tanya ustaz-ustaz ini boleh dikategorikan sebagai khurafat!