Sembang Sembang Bowling

Wednesday, February 24, 2010

#19 Keputusan Rasmi PDBL 2010 Season I Februari Meeting

Salam adik kakak abang yang dirahmati Allah s.w.t. tuhan sekalian alam,
Berikut ialah keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Teknikal PDBL2010, Puan Norzalilah Ahmad. Sila lihat kedudukan tuan-puan yang telah disusun mengikut kedudukan total jatuhan pin. Mata hanya diberi kepada peserta yang menduduki 10 tangga teratas. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, ayuh buktikan kemampuan anda pada pertemuan kedua pada Mac 2010 nanti.

lub...

dup...

lub...

dup...

lub...

dup...

(lub... dup... itu merupakan bunyi debaran jantung Pengerusi Bersekutu... suspen la konon-kononnya)


Nie saja wat kecil-kecil bagi melindungi perasaan para peserta. Sila klik gambar di atas untuk imej yang lebih besar.

Ulasan keputusan perlawanan:
Prestasi yang ditunjukkan oleh para pemain semalam boleh dikatakan baik walaupun terdapat beberapa pemain bermain di bawah prestasi sebenar. Purata jatuhan pin bagi setiap permainan amat menggalakkan dengan lebih 50% pemain melakukan jatuhan pin purata 150. Ini telah menetapkan standard yang agak tinggi bagi liga ini terutamanya bagi pemain yang bertaraf beginner. Terdapat juga para pemain yang berjaya melakukan jatuhan pin melebihi 200 pin dalam satu permainan, satu perkembangan yang sihat. Dari segi kedudukan carta Top 10 PDBL2010, jelas menunjukkan liga masih diungguli oleh golongan straiters dan spinners dengan 6 pemain mengisi carta 10 teratas. Namun terdapat beberapa hookers berjaya memecah dominasi tersebut. Tanpa tercabar, kedudukan 1-3 dan mengisi slot terakhir kedudukan 10, sememangnya diungguli oleh hookers. Tahniah Prof. Madya Dr. Tun Zainal kerana menjadi juara sulung pertemuan pertama PDBL2010 Musim I. Tahniah juga kepada pasangan suami isteri Puan Rohana Din dan Abang Zainal yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Turut menarik untuk diulas ialah persembahan terpuji yang ditunjukkan oleh Pengerusi Utama (PU) Aziz Ismail. Faktor usia tidak mematahkan semangat beliau untuk merampas kedudukan 6 jauh meninggalkan peserta-peserta yang lebih muda usianya. Syabas diucapkan.

Perebutan kedudukan 8-10 turut berlangsung sengit dengan pisahan mata yang agak dekat di antara ketiga-tiga pemain. Akhirnya Pengerusi Bersekutu (PB) Azam terpaksa berpuas hati dengan satu mata manakala konspirasi pasangan suami isteri (MekBowling + Abang Azrul) berjaya meraih kedudukan 8-9. Konspirasi apa.... PB pun tak tau... :p

Peserta-peserta yang dijangka menyerlah umpama sang harimau yang baru sembuh dari lukanya pada bulan Mac nanti ialah En. Faizal (Sekuriti)Ketua Publisiti En. Faiza dan juga Ketua Penajaan En. Said yang gigih menaja dan mencari penaja tapi tidak tertaja diri sendiri sewaktu bertanding... hahaha oppsss... statement lagi! Giatkan latihan anda.... Turut berada di dalam senarai harimau terluka ialah En. Fazly (REDAC). Sekiranya diikutkan ranking SUKJAB 2009 yang lepas beliau merupakan pemenang tempat ke-3 kategori individu... namun sayang seribu sayang, balingan beliau semalam banyak yang tersasar. Apa-apapun teruskan usaha mencabar kejuaraan! Selamat maju jaya!

Semoga standard permainan terus dapat ditingkatkan dalam pertemuan-pertemuan yang mendatang.

Iklan:
Satu kejohanan bowling akan dianjurkan pada 10 Mac 2010 oleh Prof. Madya Dr. Tun Zainal (PPK Elektrik & Elektronik) bertempat di Megalanes Prai. Anda dijemput beramai-ramai untuk menyertai kejohanan tersebut. Sila berhubung terus dengan Dr. Tun untuk pendaftaran. (Maklumat lanjut akan diberi pada post yang seterusnya kerana PB Azam lupa bawa keratan pendaftaran kejohanan tersebut, tertinggal dalam beg bowling... al-maklum)
  

#18 Menuju Puncak

Salam bahagia kepada adik kakak bowlaholics sekalian,
Baiklah sebelum bermula jom kita santaikan tubuh badan kita dahulu... jauhkan diri anda dari PC, bangun dari kerusi anda dan sama-sama mengikut saya menyanyi dan menari... Lagu berjudul Menuju Puncak (diubah sedikit untuk disesuaikan dengan kejohanan)... Ingat depakan tangan anda angkat kaki anda tinggi-tinggi dan mulakan gerakan..


Bukan mudah

Meniti langkah ke angkasa

Bukan Mudah

Mengejar mimpi jadi realiti

Apapun jua bisa terbukti

Andai langkahmu tidak terhenti



Chorus :

Menuju puncak, Gemilang cahaya

Mengukir cita seindah rasa

Menuju puncak, impian di hati

Bersama janji kawan sejati

Pasti berjaya di Pay-Day Bowling League ...o ...yeaaah



Bukan mudah

Menggapai bintang yang berkilauan .. O..yeaaah

Bukan mudah

Jalanan ini untuk diharungi

Apapun jua bisa terbukti

Andai langkahmu tidak terhenti


Bagus! Cantik gerakan anda itu... ulang lagi 3x k... hehehe. Buat pelan2... tapi kalu nak ikut move ni pun hokey!


uols leh wat x lagu ni?

Terapi muzik ini sesuai untuk mereka yang gagal untuk menunjukkan prestasi sebenar sewaktu pertemuan pertama semalam. Jangan tensen2 sebab 24 Mac 2010 nie ada lagi pertemuan kedua! Bersama-samalah berusaha.

Sementara itu, di satu sudut yang lain....

Saya masih menunggu keputusan rasmi semalam untuk di-hupdate oleh mekbowling kiter... harap tuan-puan semua dapat bersabar. Ini adalah kerana mekbowling ada tugasan hakiki hari ini di Makmal Unit Operasi PPK Kimia sehingga petang... Bukankah orang tua-tua (bukan orang tua tau!) ada berkata, penantian adalah suatu penyiksaan... nah rasakan.... Hahahaha (Gelak macam kartun Mambra zaman-zaman 80-an dulu).

Semalam seramai 22 peserta menyahut cabaran PDBL2010. Terima kasih diucapkan kepada semua yang juga merupakan kenalan-kenalan rapat Jawatankuasa Penganjur PDBL2010. Semoga ini akan lebih mengukuhkan ikatan persahabatan kita semua. Insyaallah... Kejohanan dirasmikan oleh penaung PDBL2010, Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Abu Bakar (Semalam Pak Z men gak... melakukan kebangkitan pada game kedua dengan catatan pin 170 namun tidak ampuh bertahan untuk baki 3 games seterusnya... Pak Z terkulai layu di tasik madu.... huhuhu). Beliau juga telah mengumumkan insentif RM50.00 Jackpot kepada mana-mana pemain yang pertama sahaja mendapat 5 strikes berturut-turut. Terima kasih Pak Z kerana menambah elemen tarikan dan kejutan kepada PDBL2010. Pemenang Jackpot yang pertama ialah Saudara Fakarudin Spinner dari PP Sains Fizik (Menang nasib... boley? x kontroversi ker statement ni?.. hehehe). Tahniah diucapkan.... Next meeting hadiah jackpot-nya mungkin akan mendapat pengunci stereng Harrier... x dapat kereta dapat pengunci stereng pun jadilah labu.... sama-sama kita tunggu.

Jawatankuasa Penganjur juga ingin memohon maaf di atas kelewatan yang timbul ekoran miscommunication dengan pengendali gelanggang bowling. Apa-apa pun semuanya telah diselesaikan dengan cara baik. Insyaallah, penganjuran di masa hadapan akan bertambah baik. Amin!


Nota kaki: Walaupun unofficial results belum kuar.. iol nak congratulate Prinsipal Kita, Abang Aziz di atas persembahan yang menakjubkan semalam... walaupun dah masuk kategori veteran (nak kutuk gak...) tapi persembahan beliau begitu memukau dengan menempatkan diri beliau di dalam carta top-10 PDBL2010. Apa rahsia ek???? Men strait bol boley la menang.... siap nanti hahahaha (dengan nada x puas hati :p). Apa-apa pun itulah kesejagatan sukan bowling yang boleh dimainkan oleh semua peringkat umur. Ini selaras dengan tema kelestarian yang dijuarai oleh Universiti Sains Malaysia yang mana tema kelestarian merupakan Tiang 3 dari Tiang Bertujuh (sapa-sapa x tau Tiang Bertujuh hati-hati na.. nie soalan untuk PTK tau... Habaq awai2 teruih...) yang mendukung aspirasi Universiti Apex pertama di Malaysia... hah adik kakak amik ayat tu.... merasa educated gitu hahaha!

Tata titu titi... :)

Tuesday, February 23, 2010

#17 Berita terkini: Senarai Peserta PDBL2010 Musim I

Helo helo helo... bowlaholics sekalian... berikut ialah senarai penuh nama-nama peserta (mengikut abjad) yang akan menyertai PDBL2010 musim I yang akan bermula pada malam ini, 24 Feb 2010. Pastikan peserta berada di gelanggang Megalanes Prai pada masa yang ditetapkan jam 8.00 malam.


1. Azam Taufik Mohd Din (PPK Kimia)

2. Aziz Ismail (PPK Kimia)

3. Che Nurnajib Che Aziz (PPK Kimia)

4. Faiza Ismail (PPK Kimia)

5. Faizal (Unit Keselamatan)

6. Maziana Darus (Perpustakaan)

7. Mohamad Hekarl Uzir (PPK Kimia)

8. Mohamad Nazir Bin Abdullah (PPK Elektrik & Elektronik)

9. Mohd. Amzar Aizat Aziz (External - Invitation)

10. Mohd. Fazly Yusof (REDAC)

11. Mohd. Hisyam Adnan (PPK Kimia)

12. Mohd. Nurul Azrol Bin Mohd. Yusoff (PPK Elektrik & Elektronik)

13. Norzalilah Ahmad (PPK Kimia)

14. Prof Madya Dr. Mohamad Zailani Abu Bakar (PPK Kimia)
 
15. Prof Madya Dr. Tun Zainal Azni Bin Zulkifli (PPK Elektrik & Elektronik)
 
16. Rohana Din (PPK Mekanik)
 
17. Roslan Shuaid (Jabatan Pendaftar)
 
18. Rosman Osman (REDAC)
 
19. Rosni Hasan (Jabatan Pendaftar)
 
20. Said Saidin (PPK Kimia)
 
21. Shamsul Hidayat Shaharan (PPK Kimia)
 
22. Zainal Abidin Bin Mohd. Mokhtar (External - Invitation)
 
 
Undian lorong telah dibuat. Sila datang awal untuk memastikan kedudukan lorong anda...
 
Selamat berjuang. Have Fun!
 
Nota kaki: MekBowling bolehla mula-mula perasap kemenyan kat bola dia tue... Peserta no. 3 dijangka akan memberi cabaran sengit sebab bola dia baru polish! Peserta no. 20 akan mula men ngan bola baru malam nie... tp x takut pun hehe pejam-pejam tengok sebelah anak mata jer!

#16 Lantikan Baru

Salam sekian pembaca seantero alam...
Dengan kuasa yang ada pada saya, dengan ini adalah dimaklumkan bahawasanya satu lantikan baru telah dibuat berkuatkuasa pada 23 Feb 2010, Jam 10.00 pagi bagi mengisi kekosongan jawatan Urusetia Audit Teknikal (UAT). Cik Nor Aswani yang diputerikan di Kubang Kerian, Kelantan telah diberi watikah mulut bertempat di Makmal Unit Operasi, PPK Kimia. Beliau tanpa menoleh ke belakang, bersetuju dengan lantikan tersebut. Di antara tanggungjawab beliau termasuklah mengesahkan jatuhan pin peserta-peserta bagi setiap permainan dan juga pindahan data ke score sheet rasmi liga. Beliau akan melaporkan diri di bawah Puan Norzalilah selaku Ketua Teknikal Pertandingan. Pelantikan ini telah mendapat limpah perkenan daripada Penaung PDBL2010, Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Abu Bakar setelah mendapat nasihat daripada Pengerusi Utama, En. Aziz. Tahniah diucapkan di atas kesudian beliau membantu Jawatankuasa PDBL2010. Sehubungan dengan ini juga beliau layak menerima insentif-insentif seperti berikut selaku Urusetia Audit Teknikal (UAT) PDBL2010:

1. Sehelai Baju Rasmi Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 (harap-harap kaler pink).
2. Pengangkutan percuma pergi dan balik ke venue pertandingan.
3. Dan, insyaallah ganjaran pahala daripada Allah s.w.t di atas khidmat sukarela beliau! Amin

Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 akan mengumumkan insentif-insentif lain sekiranya terdapat kelapangan dalam akaun kewangan di masa-masa hadapan. Insyaallah

Selain itu juga, suka saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada SHXP Trading kerana telah memberi penajaan sebanyak RM 310. Semoga syarikat tuan bertambah makmur dan terus maju di masa hadapan. Amin...

Sekian, dimaklumkan.

Cik Nor Aswani
Urusetia Audit Teknikal
  
Yang bener sememangnyer bener,
Pengerusi Bersekutu PDBL2010

Monday, February 22, 2010

#15 Alamak... Registration closed

Perhatian untuk semua pelawat-pelawat blog.... pendaftaran bagi menyertai PDBL2010 Musim I telah pun ditutup secara rasmi, lebih awal daripada jangkaan pada 24 Feb 2010. Ini adalah kerana sambutan yang begitu menggalakkan... kirenyer.. kalu filem ni kategori pecah panggung lah. Tahniah untuk semua  ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur yang bertungkus-lumus melakukan marketing dan promosi mulot-mulot (suspicious nie...), email, blog, banner dan sebagainyer... setakat hari ini kita telah menerima hampir 27 penyertaan. Setelah bermesyuarat berjam-jam memerah otak, kami terpaksa mengambil keputusan yang tidak popular ini. Ini adalah kerana bilangan lorong-lorong bowling yang terhad, kami terpaksa menolak pendaftaran lewat. Segala kesulitan amat dikesali. Namun kami berharap anda dapat menyokong liga ini di masa hadapan... 

Terima kasih kepada pihak pengurusan Pejabat Ko-K Kampus Kejuruteraan yang sudi meminjamkan bilik mesyuarat mereka untuk digunakan sebagai markas underground kami. Air kotak pun sodappp... kalu bley nak lagi :p

Pesanan untuk peserta yang telah mendaftar, pastikan yuran dijelaskan secepat mungkin sebelum liga bermula. Semua peserta dikehendaki berada di gelanggang pada jam 8.00 malam 24 Feb 2010. Bersama-sama kita berjemaah maghrib di Megamall Prai... Yerla elok kirenya berdoa pada Allah swt untuk mengurniakan kite kejayaan... insyaallah!

Sekian, coretan untuk hari ini... tata titu titi! 

#14 2 more days to go

Mmmm.... anak-anak, kita ade berapa tangan? dua... pandai!
kita ade berapa kaki? dua... mmm... pun pandai gak!
Kita ade berapa mata? sepasang... sepasang pun dua gak.... bijak-bijak!
Kita ade berapa telinga? dua gak... pandainyerrrr!
Otak ade berapa? satu jerk... owh patutla x berapa bestari hehehe! Kalu ade dua hmmm mesti bergeliga!

Merepek jer kejenya... dek non semua PDBL2010 2 hari lagi nak mula....

\

Jom ramai-ramai!

Sunday, February 21, 2010

#13 Tiga hari lagi...





Saturday, February 20, 2010

#12 Ada apa dengan 4?

Mmmm... orang fomfuan jangan takut-takut ngan nombor ni hokey! iols post nombor 4 kat cni bukan aperr... saja nak habaq uols 4 hari lagi PDBL2010 Musim I nak mula.... bukan nak habaq orang lelaki boleh kaw*......




*tetiba kibod iols rosak x sempat abis ayat? napa ek???

#11 Countdown PDBL2010

Kepada semua staf teknikal dan pentadbiran Pusat Pengajian Kej. Kimia saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkursus di Swiss Garden Damai Laut. Saya tahu ade beberapa staf yang terbabit mengalami gatal-gatal tangan sebab x dapat pulas bola boling 2-3 hari nie... hahaha. Hangpa pulaih la apo-apo yang ado kat sano! hayun kayu golf plak.... hehehe. Sampai jer cni hai ahad trus kol kami naa... kita pi lepaih gian wakakaka!

Suka saya mengingatkan liga kita semakin hampir. Masih ada 4 hari untuk semua peserta melakukan latihan dan persediaan rapi memburu kejuaraan pertama. Buat julung-julung kali juga kita akan melihat beberapa pemain akan menggunakan kaedah balingan hook yang baru dipelajari semenjak beberapa minggu yang lalu. Peserta-peserta yang dijangka mampu memberi saingan ialah En. Faiza dan En. Said. Jangan dilupa Puan Norzalilah, Cik Rosni dan En. Faizal, kesemuanya merupakan golongan straiter yang tegar! Puan Roihana dan Dr. Tun, hookers yang tidak asing lagi... Spinner En. Azrul dijangka turut memeriahkan liga kali ini. Underdog seperti Principal Aziz dan Associate Azam jangan dilihat dengan sebelah mata... nanti juling dek non! hahaha. The unpredictable Dr. Hekal nak taruk mana?... Ketua Pustakawan Universiti, Abang Pisol aka Abang Misai hehehe... Jangan mare yer En. Pisol... juga dijangka turut bertanding (tapi x mola men 1 strike seringgit... bungkus kami nanti :p). Penaung PDBL2010, Prof. Madya Dr. Mohd Zailani aka Pak Z dijangka merasmikan kejohanan pada 24hb nanti (bola yang beli haitu nak peram jer ke pak z ooii?... bila nak training???). Kejohanan dijangka akan bertambah menarik kerana peserta-peserta yang terlibat mempunyai variasi balingan yang pelbagai merangkumi straiter, hooker dan juga spinner. Seramai 11 peserta telah pun mengesahkan penyertaan. Kami menjangkakan pendaftaran akan semakin giat pada saat-saat terakhir sebelum kejohanan bermula... Sama-sama kita lihat... mari-mari kita lihat siapa yang menang! (ulang 3x dengan intonasi dan sebutan yang betul) * (Kuiz: Pelakon manakah yang melafazkan skrip ini dan nyatakan judul filem? )

Sama-sama kita lihat siapa akan menjuarai pusingan pertama Pay-Day Bowling League 2010 Season I. Nantikan kejutan ulung pada 24 Feb 2010 bertempat di Megalanes Perai jam 8 malam. Ayuh.... bawalah bersama ahli keluarga untuk menjadi ahli pasukan pim pim pom pom pada malam tersebut!

PS: Jom ramai-ramai pakai baju kaler pink malam tu....  so sweeeettttt!

Sapa ler yang dapat paling banyak strikes malam tu?.... Adakah orang itu???



Thursday, February 18, 2010

#10 Kamus PayDay Bowling League

Untuk pelawat-pelawat sekalian.... iols nak clarify uols sekalian alam beberapa istilah yang iols guna dalam blog ni... bukan apo.. takut uols fenin-fenin nanti! Kalu MekBowling fenin-fenin tak per sebab tu fenin-fenin rezeki.. buatan orang la katakan, x gitu MekBowling?.... hahaha cak arrrr!

Bowlaholics = Orang yang main boling sekurang-kurangya sekali seminggu (5 games minimum). Depa nie dalam kepala otak tu sentiasa duk nampak bola bowling, pin bowling, lorong bowling dan orang yang kerja kat kaunter bowling! research paper ke equipment lab ke semua dah jadi perkara nombor n+1. (tak per ke statement cam gini?.... hahaha... lariikkkkk)

Contoh ayat: Semua bowlaholics dijemput untuk menyertai Liga Boling Pay-Day 2010.

Hooker = Pemain yang menggunakan kaedah hook sewaktu melakukan balingan (uols jangan silap lak... kami bukan yang jenis meniaga di lorong-lorong gelap tu... sesuatu kan!).

Contoh ayat: Malam ni saya menjemput hookers sekalian alam untuk bermain di Megalanes.

Spinner = Pemain yang menggunakan kaedah spin untuk melakukan lontaran. Biasanya golongan ni golongan putar alam... wakakaka! dush! dush!

Contoh ayat: Teknik balingan spinner yang betul adalah seumpama pusingan dram mesin basuh. Betul ke Azrul?

Straiter = Hahahaha ini yang men baling bola lurus jer! Depa nie semua luruih-luruih. Tapi baling x kena-kena gak. Amacam? Straighter ni boleh join ke liga nie? dengar ura-ura depa tak leh join... x tau la. Maybe MekBowling ke atau Ketua Penajaan AED281 boleh tolong jelaskan.... huhuhuhu

Contoh ayat: En. Aziz (Bukan nama sebenar) masih ragu-ragu untuk menyertai liga ini kerana beliau seorang straiter. --> Ayat ini tidak berkenaan dengan yang hidup mahupun yang telah mati.

Sekian, untuk hari ni! Gelak-gelak gak tapi kerja mahu beres!

Selamat berbowling :)


Wednesday, February 17, 2010

#9

V. Hadiah

  • Hadiah wang ringgit merupakan habuan kepada setiap pemenang yang layak. 
  • Hadiah akan diberi pada pertemuan akhir bagi sesuatu musim.
  • Hadiah minimum yang ditawarkan ialah mengikut jadual di bawah.
                  Kedudukan                                         RM
                       Juara                                           200.00

                  Naib Juara                                        100.00

                     Ketiga                                             80.00

                   Keempat                                           50.00

                    Kelima                                             30.00
  • Jawatankuasa Penganjur berhak untuk meninggikan nilai hadiah berdasarkan bilangan penyertaan dan juga tajaan yang diterima.
  • Jawatankuasa Penganjur berhak untuk mengumumkan insentif lain sepanjang musim berlangsung, sekiranya perlu.
|
|

#8

IV. Keputusan & Ranking
  • Pada setiap pertemuan, pemain akan diranking mengikut jumlah jatuhan pin. 
  • Pemain dengan jumlah jatuhan pin tertinggi akan mendapat kutipan mata tertinggi dan semakin rendah jumlah jatuhan pin semakin sedikit kutipan mata yang akan diberikan.
  •  Pemberian mata kutipan adalah berdasarkan jadual di bawah.

                            Ranking                            Mata
                                 1                                     10
                                 2                                      9
                                 3                                      8
                                 4                                      7
                                 5                                      6
                                 6                                      5
                                 7                                      4
                                 8                                      3
                                 9                                      2
                               10                                      1
                               11 - ∞                                0  

  • Kutipan mata akan dikumpul di akhir musim yang mana, peserta dengan kutipan mata terkumpul tertinggi akan dinobatkan sebagai Juara.
  • Sekiranya terdapat lebih dari satu pemain yang mempunyai jumlah kutipan mata yang sama di akhir musim, pemenang akan ditentukan menerusi jumlah jatuhan pin terkumpul sepanjang musim berlangsung.
  • Keputusan Jawantankuasa Penganjur adalah muktamad. Rayuan tidak akan dilayan. 
|
|

#7 Pendaftaran Pertama - Thank You Yam Leaf

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Penganjur menerusi Puan Norzalilah Ahmad telah menerima 2 borang penyertaan pertama dengan bayarannya sekali daripada bowlaholics Dr. Tun (PPKEE) dan Cik Rosni Hassan (Pendaftar). Terima kasih di atas sokongan anda. Bowlaholic yang lain-lain ni mana?.... jangan tunggu last-last minute sebab booking lane pun terhad... kami takut nak booking banyak-banyak maklumla first timer kannnnn..... ;p. Untuk season I ni kami menjangkakan hanya maksimum 20 peserta akan mendaftar. Insyaallah untuk season II, penyertaan yang lebih banyak akan menjadi kenyataan dan semestinya, hadiah pun makin lebat.

Saya merasa sungguh terharu dengan sambutan dan galakan yang telah diberi oleh kedua-dua peserta ini. Kami berdoa agar agar liga ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan yang penting no scandalicious ok... hehehe. x larat nanti kene terjah ngan Nas Ahmad.... x gitu MakDaraVogue?.... hahaha

Anyway, cantik tak background blog? Siap ada pin lagi... pin buruk tapi ok sebab nampak seasoned... syuke-syuke! terima kasih MakDaraVogue di atas kreativiti anda!

''Go Go Pay-Day Bowling League 2010 Season I''

Tuesday, February 16, 2010

#6 Kick-Off Season I Semakin Hampir

Eh eh... nampak gaya kejohanan liga semakin hampir untuk dimulakan. Masa sudah tinggal lebih kurang seminggu saja... jadi tunggu apa lagi??? Pi la hayun bola kat Megamall nun sampai baguih2! Ada setengah orang tu cuti raya cina pun pi hayun (Pengerusi Utama, Ketua Penajaan + Ketua Publisiti... nama tak disebut takper :p).. punyala semangat! takpa training make perfect! Jangan malu2 berlatih... Apa yang saya suka mengenai sukan bowling ini ialah melihat ekspresi pemain selepas mereka melakukan balingan. Ada yang tersenyum ada yang muncung.... ada yang buat2 dunno jer.... apa apa pun sukan ini banyak memberi keyakinan kepada diri kita untuk berdepan dengan orang ramai dalam apa jua situasi. Mental Game...

Sesiapa yang layak dan berminat, sila hantar borang penyertaan dengan kadar segera! Nanti pi trening pastu borang tak hantaq, habuk pun tarak... Cpat-cpat hubungi jawantankuasa penganjur ok! Sebelum 24 Feb 2010 tau.

Lagu yang saya masukkan dalam ruangan chill out tu ekceli bukan suka-suka tapi telah dipilih dan dinilai secara teliti (ade sikit-sikit syok sendiri). Apa-apa pun... We Are The Champions (The Queens) tu adalah sebagai pembakar semangat bagi semua peserta yang akan mengambil bahagian dalam liga ini agar sentiasa berusaha memburu kejuaraan dan Power Of The Dream (Celine Dion... Akak jugakkkk...) merupakan lagu tema Olimpik 1996 di Atlanta. Semua orang berhak mempunyai impian dan impian itu hanya boleh direalisasikan dengan pengorbanan dan usaha gigih yang berterusan!


#5 Teknik Asas Lontaran Hook

Salam pelawat semua... heni jom kita menelaah sebuah video yang menampilkan Chris Barnes (USA), seorang tokoh bowling yang tidak asing lagi pada masa kini. Video ini menerangkan teknik asas bagi melakukan lontaran hook secara 4 atau 5 langkah. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan diterjermahkan dalam permainan bowling kita secara realiti seterusnya dapat meningkatkan kemahiran dan menajamkan lontaran bola ke sasaran yang dikehendaki.

Selamat Maju Jaya!!!

 

Thursday, February 11, 2010

#4

GARIS PANDUAN & PERATURAN

I. Penyertaan
    • Secara amnya, penyertaan hanya dibuka kepada staf Kampus Kejuruteraan USM.
    • Namun begitu, Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menjemput peserta-peserta yang terdiri daripada orang luar yang difikirkan sesuai dan layak demi meningkatkan kualiti pertandingan dan memeriahkan penyertaan.
    • Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menolak penyertaan tanpa memberi apa-apa sebab. 

    II. Yuran

    • Setiap pemain berdaftar akan dikenakan caj sebanyak RM30.00/pertemuan sepanjang musim berlangsung.
    • Yuran sewa kasut hendaklah ditanggung oleh para peserta, sekiranya berkenaan.
    • Kutipan kali pertama bagi setiap permulaan musim akan dikenakan sebanyak RM50.00 dan kutipan seterusnya adalah sebanyak RM30.00. Bayaran bagi kutipan untuk pertemuan terakhir bagi setiap musim ialah RM10.00.
    • Bayaran yuran hendaklah dilakukan terus kepada Bendahari Jawatankuasa Penganjur. Sila minta resit sebagai bukti pembayaran. 

    III. Kehadiran

    • Setiap pemain diwajibkan menyertai setiap pertemuan yang dijadualkan sepanjang musim berlangsung.
    • Sekiranya tidak hadir, tiada penggantian pemain dibenarkan.
    • Penjadualan semula bagi menggantikan pertemuan yang tidak dapat dihadiri tidak dibenarkan sama sekali.
    • Kutipan yuran sebanyak RM30.00/pertemuan akan tetap dikenakan walaupun pemain tidak dapat menghadiri mana-mana pertemuan yang telah dijadualkan sepanjang musim tersebut. 
    |
    |

    #3

    FORMAT LIGA

    • Liga adalah berdasarkan 5-permainan individu pada setiap kali pertemuan.
    • Liga hanya mempertandingkan kategori tebuka tanpa mewujudkan kategori berasakan gander .
    • Permainan secara cross-lane .
    • Setiap lorong hanya dihadkan untuk kegunaan 2 peserta. Namun begitu Jawatankuasa Penganjur boleh mengubah sekiranya terdapat keperluan mendesak, tertakluk kepada persetujuan pemain.
    • Jatuhan pin individu bagi setiap permainan akan direkodkan secara manual di dalam borang yang disediakan. Setiap pemain harus memastikan jatuhan pin direkodkan diakhir sesi sesuatu permainan dan mendapat pengsahan Jawatankuasa Penganjur sebelum permainan seterusnya dimulakan.
    • Penentuan lorong bagi setiap pemain akan ditentukan menerusi undian.
    • Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal/mekanikal sepanjang permainan berlansung.  
    |
    |

      #2

      OBJEKTIF LIGA

      • Mempromosikan gaya hidup sehat dan membudayakan semangat kerjasama dan semangat bersukan dikalangan Staf Kampus Kejurureaan, USM
      • Untuk mewujudkan pertandingan boling secara kerap kepada semua staf Kampus Kejuruteraan USM yang berbakat dalam permainan boling.
      •  Untuk mewujudkan kluster boling yang berkemahiran tinggi di Kampus Kejuruteraan, USM.
      •  Menjadi medan mengasah bakat bagi melahirkan pemain boling untuk mewakili USM ke Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia.


        Wednesday, February 10, 2010

        #1

        WELCOME TO OFFICIAL BLOG

        Organizing Committe

        PATRON
        Prof Madya Mohamad Zailani Abu Bakar

        PRINCIPAL CHAIRMAN
        En. Aziz Ismail

        ASSOC. CHAIRMAN

        En. Azam Taufik Mohd Din

        TREASURER
        Dr. Mohamad Hekarl Uzir

        TECHNICAL
        Pn. Norzalilah Ahmad

        PUBLICITY
        En. Mohd Faiza Ismail

        SPONSORSHIP
        En. Said Saidin