Sembang Sembang Bowling

Tuesday, June 28, 2011

#94 Grand Finale Musim ke-3, 2011 (Updated on 4/7/2011)

Salam pim pim pom pom...

Akhirnya abg ke udara lagi setelah mengalami kekalahan berterusan di Pusat Bowling Ole-Ole, Kulim. Abg x pasti napa asyik x bermaya bila men ka kulim! adakah kerana ittew? atau ittew? atau... apa?

Alhamdulillah grand finale berlangsung meriah dengan kehadiran para peserta yang menggalakkkan. Para peserta tampil sedondon dengan busana indah berwarna biru laut dan owennnn ( errkkk.... ni musti set2 astana vision). Perlawanan bermula tepat jam 9.15 malam selepas diskaun menunggu beberapa peserta yang lewat tapi tetap kunjung tiba! Beberapa peserta dilihat begitu agresif melakukan balingan mantap (sesetengah tu gemalai semacam jer... motip???) demi mendapatkan jatuhan pi tertinggi seterusnya berpeluang mencabar kejuaraan musim ke-3.

Seperti yang diduga, Dr. Salman yang bawa mercedes benz tu (napa nampak kete tu sokmo senget belah driver?... adakah kerana beliau tidak oppps!!! ku menunggu nyanyian rossa gedik ittew!)... yang kaler gold tu kan muncul juara walaupun tidak diletak harapan tinggi pada permulaan musim. Konsistensi beliau telah membuahkan hasil dengan mengutip 35 mata (rekod baru kutipan mata) untuk menungguli carta pujaan 10 Payday Bowling League Musim ke-3, 2011. Tahniah diucapkan kepada Dr. Salman kerana berjaya meraih rm300.00 selaku juara (apa yang penting... dr. salman belanja abg McD malam tu... merasa GCB! tenkiu2).


Mercedes Logo
Naib johan pula diraih oleh en. amzar aka along... beliau merupakan kroni abg aziz strait boll pengerusi PDBL2011. Walaupun cubaan menimbulkan isu kronisme dan nepotisme berlaku sewaktu penyampaian hadiah yang mana ahli keluarga pengerusi boleh menyertai PDBL tapi x bleh menang hehe.... beliau tetap ampuh meraih gelaran naib johan seterusnya membawa pulang wang sebanyak rm150.00 (jew...) ;p dan yang paling tidak tahan ialah pemenang tempat ke-3 juga merupakan pendatang baru dengan izin, En. Zabri. Kefokusan beliau pada malam itu jelas terpancar dengan melakukan balingan strike demi strike walaupun pernah pada suatu ketika beliau terbaring di depan lane akibat gagal menyempurnakan balingan kedua untuk spare. Keiltizaman beliau harusss dijadikan contoh oleh semua terutamanya kepada pemain2 bertaraf universiti yang rata-rata tersungkur terkulai layu di tasik madu... opppss! Tahniah kepada semua pemenang!

x layu-layu pun....

Keputusan penuh akan dimuat naik mekbowling nanti... (mek ni tengah berkabung kerana kegagalan menempatkan diri di kalangan top 3 bowlers PDBL)! apapun yang penting apam comel yang abg tempah tu kena siap 6 Julai nanti tau! sapa-sapa nak tempah apam untuk kenduri ke makan-makan saje ke boleh berhubung dengan abg... eh opppss ngan mekbowling tau, abg x buat apam! diskaun istimewa untuk ahli PDBL... (suka suki abg jew nk bagi diskaun.. walhal yang meniaga org len... volleyyyy?)

Keputusan bulanan PDBL2011 Musim ke-3 (Grand Finale)


Kedudukan Keseleruhan Peserta PDBL2011 Musim ke-3

Nota kaki: abg dapat no-10 lagi.... maintain jew! ye ye ye... season depan siap hang amzar.... oh lupa... pemenang no 1-5 x layak dapat handicapped for the coming season... amacam? hehe! Sebarang bantahan sila buat surat rasmi untuk dimasukkan sebagai agenda di dalam mesyuarat pengurusan PDBL! best2... ;)

No comments: