Sembang Sembang Bowling

Tuesday, July 13, 2010

#63 RMIC Beginner's Bowling Tournament Series 3

Arakian dimaklumkan adik-adik abang-abang kakak-kakak sekalian alam...

Pertandingan RMIC Beginner's Bowling Siri 3 akan diadakan pada 20 Julai 2010 bermula jam 830pm (pendaftaran & undian) bertempat di Megalane Prai. Yuran pendaftaran RM30 untuk 3 permainan.

Hadiahnyer....

Juara: RM200.00
Naib Juara: RM100.00
Ketiga: RM60.00

Jackpot: RM120.00 [Kombinasi Strike Frame 1, 5, 6, 9, 10 (Turkey)]

maklumat lanjut sila klik di sini. Untuk makluman, Kejohanan ini dianjurkan oleh Prof. Madya Dr. Tun Zainal dari RMIC dan PDBL tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalamnya. Sekadar mempromosi pertandingan yang dianjurkan oleh kawan-kawan!

Psst ---> Dr. Tun paling busuk pun Pelita Autocity... ngeh ngeh ngeh

Jom bersama-sama memeriahkan pertandingan. Warga USM anda dialu-alukan untuk menyertai kejohanan ini.

Nota kaki: Iol sedih melihat penarikan diri beberapa peserta PDBL semata-mata tidak berpuas hati dengan sistem handicap yang digunapakai sekarang. Iols rasa penarikan diri bukan merupakan jalan yang terbaik untuk memurnikan lagi komuniti bowling di kampus kejuruteraan kita ini. Semoga peserta-peserta terlibat dapat menimbang kembali keputusan mereka demi memastikan kesinambungan kemeriahan aktiviti bowling di kampus kita ini.

Berbalik kepada agenda asal PDBL hanyalah untuk menyuburkan aktiviti bowling di kampus kita ini serta menambaik sillaturahim staf-staf daripada pelbagai jabatan, saya menyeru agar semua peserta-peserta terus memberi sokongan yang sewajarnya. Hormati sistem yang sedia ada dan ruang penambahbaikan akan sentiasa terbuka di masa hadapan, Insyaallah.

Kadang-kala dalam kehidupan tidak semestinya apa yang kita katakan adalah betul dan yang betul itu pula tidak semestinya popular. Baik bagi kita mungkin tidak bagi seratus yang lain... moga-moga kita semua dapat merenung kata-kata ini. Mungkin PDBL sudah menjadi terlampau kompetitif bagi sesetengah golongan sehingga kita alpa dan kehilangan nilai-nilai intrisik di dalam menjaga hubungan sesama manusia. Minta dijauhkan... Amin. Segala yang baik dari Allah swt, tuhan sekalian alam segala dan segala kelemahan pastinya datang dari kami sebagai penganjur, manusia yang fana (bukan ebby fanaskova uols!). Selamat maju jaya untuk semua! 

No comments: