Sembang Sembang Bowling

Monday, July 5, 2010

#62 The Return of Abg Pink

Salam Sejahtera semua peserta PDBL2010 tuan-puan adik kakak avang-avang sekalian alam... alhamdulillah iol telah kembali bersiaran setelah sekian lama memencil diri dari dunia perbowlingan selama sebulan lebih mengikut kiraan masa yang secara lebih kurang... bukan merajuk berkecil hati cuma iol sibuk bertempur di dalam arena sukan yang lain... alhamdulillah semuanya telah kembali normal.


Jangan makan hati uols... i bukan pulang sorang... ngeh ngeh ngeh!

Kembalinya Azamitri Topikova (x mcm Ebby Fanaskova Sinar FM ke nama nie?... kering idea per? yang penting va va kat belakang.. terasa iol nie adik beradik ngan maria sharapova negh ngeh ngeh.. volleh?...) ke lapangan blog ini pastinya telah mengundang resah dan gundah gulana di kalangan peserta-peserta PDBL2010 kerana ini menandakan beliau akan menyambung perjuangan beliau di dalam arena bowling.. ngeh ngeh ngeh... mana-mana yang dah ade point kat carta pujaan itu... tunggu yer... iol kick out uols sorang-sorang! ngeh ngeh ngeh...

Sepanjang ketiadaan iol di kampus, iol ade kedengaran beberapa isu berkenaan dengan sistem handicap yang digunapakai di dalam Liga PDBL2010... Iol menerima dengan dada yang terbuka (bidangkah dada iol?... huhuhu) sebarang kritikan dan komen terhadap sistem handicap yang sedang digunapakai sekarang kerana iol percaya tiada sistem yang sempurna di atas muka bumi yang ebby fana ini... eh ebby lagi. ngeh ngeh ngeh...

Untuk pemahaman semua, iol memohon semua peserta PDBL2010 membaca entry #58 berkenaan sistem handicap yang digunapakai... sistem tersebut telah dibincangkan dan diperhalusi sewaktu mesyuarat jawatankuasa penganjuran PDBL2010 Musim ke-2 yang pertama. Sistem ini telah diubahsuai daripada sistem handicap yang digunapakai dalam Liga Mutiara Pulau Pinang. Kelainan dibuat ke atas sistem handicap ini bagi menjadikan persaingan kejuaraan PDBL2010 lebih menarik dan berwarna-warni serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Perbezaan gender tidak menjadi keutamaan kerana sistem ini memberi nilai handicap berdasarkan nilai jatuhan purata bulanan di mana ianya kelihatan lebih terbuka dan adil. Bowling bukan merupakan permainan fizikal seperti sukan-sukan yang lain seperti bolasepak, badminton dll. yang memungkinkan wanita akan kelihatan 'inferior' (dengan izin.. wow.. macam dalam dewan rakyat plak... he2). Bowling memerlukan fokus, konsistensi dan kekuatan mental yang mana kedua-dua gender mempunyai kemampuan yang hampir sama. Suka iol untuk merujuk kepada pertandingan epik di antara Shalin Zulkifli (Wanita - Malaysia) dan Tore Torgesson (Lelaki - Norway) yang berkesudahan memihak kepada Shalin...

Sistem handicap PDBL2010 mungkin bukan yang terbaik tetapi jika tuan-puan dapat menghormati sistem tersebut... Insyaallah perjalanan PDBL2010 akan menjadi lebih berwarna-warni dan lancar. Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 tidak akan melakukan sebarang perubahan kepada sistem yang sedang digunapakai sekarang kerana menghormati PDBL2010 musim ke-2 yang sedang berlangsung dan cuba berlaku adil terhadap semua peserta-peserta PDBL2010.

Sebarang komen atau cadangan mahupun kritikan bagi penambahbaikan sistem handicap akan disemak semula pada permulaan musim ke-3, Insyaalalh.. dengan izin-Nya!

Nota kaki: Tahniah buat pasukan bowling wanita USM yang telah merangkul pingat Emas dan juga Opah yang telah merangkul pingat Gangsa kategori individu bowling wanita SUKUM35 yang lalu. Juga sekalung tahniah untuk pasukan bolatampar lelaki USM yang telah melakukan kejutan meraih pingat Gangsa walaupun tidak diberi sebarang harapan pada permulaannya. Impossible is nothing... Jumpa lagi SUKUM36 di UTEM, Melaka! Insyaallah... make sure UTEM sediakan patung si kancil yang mencukupi untuk pemenang pingat Perak & Gangsa seperti mana UMT lakukan sewaktu SUKUM34 yang lalu (Comel patung kuda laut tu... ade dlm lemari iol ngeh ngeh ngeh). USM ni bajet sangat laa... gold medallist jew dapat Lang Gemilang... Perak & gangsa.. nan ado! sedey sgt2! hukhukhuk...

Betul ke iol dengar ade orang sanggup baling ke longkang semata-mata mengejar hadiah2 jackpot ittew?... mmm macam2 strategi deme2 semua nie yer... janji hepi Okies! Play by rules ngeh ngeh ngeh... as long as you are not violating the system/rules imposed by Jawatankuasa Penganjur PDBL2010, please feel free to do so... :p 


No comments: