Sembang Sembang Bowling

Monday, April 5, 2010

#47 Keputusan Rasmi Sesi Pemilihan Bowling SUKUM-35

Assalamualaikum Salam 1 Malaysia,
Adik kakak abang-abang sekalian...

Berikut ialah keputusan penuh bagi sesi pemilihan pemain bowling untuk mewakili USM yang telah diadakan pada 3-4 April yang lepas di Megalanes Prai. Setiap peserta dikehendaki menyempurnakan 16 permainan yang dibahagi kepada 3 blok (Blok 1 - 6 games, Blok 2 - 4 games & Blok 3 - 6 games) yang berlainan.



Bagi kategori lelaki seramai 15 orang peserta akan terpilih untuk meneruskan cabaran mereka di sesi kelayakan kedua manakala bagi kategori wanita, seramai 5 pemain akan dipilih (sila betulkan sekiranya maklumat tidak tepat).

Ulasan PB: Menarik mengenai sesi pemilihan kali ini, seramai 7 wakil kampus kejuruteraan telah melayakkan diri ke peringkat saringan seterusnya sekaligus menunjukkan peningkatan standard yang ketara sekiranya dibandingkan dengan data pada tahun-tahun yang sebelumnya. Mereka ialah:-

1. En. Azrul - PPKEE
2. Dr. Tun - PPKEE
3. En. Aziz - PPKK
4. En. Che Nurnajib - PPKK
5. Pn. Rohana Din - PPKM
6. Cik Rosni - Jab. Pendaftar
7. Pn. Norzalilah - PPKK

Peningkatan ini sedikit sebanyak dibantu oleh penganjuran PDBL2010 yang merupakan platform regular bagi staf-staf kampus kejuruteraan berentap bagi menunjukkan kehebatan bowling masing-masing. Alhamdulillah. Semenjak penganjuran PDBL2010 yang bermula pada 24 Feb 2010 (sekali sebulan), saban minggu setiap hari Rabu ada sahaja kejohanan lain-lain yang dianjurkan baik secara persendirian mahupun oleh organisasi/jabatan di Kampus Kejuruteraan. Ini jelas memberikan kelebihan kepada pemain staf kejuruteraan kerana telah didedahkan dengan pelbagai jenis kejohanan sebelum sesi pemilihan bermula. Syabas!

Nota kaki: Ketujuh-tujuh mereka ialah peserta PDBL2010 dan kesemua mereka masih rancak memburu gelaran juara sulung PDBL2010... What a fruitful league! Adios... Semoga dapat meningkatkan prestasi bagi menghadapi sesi pemilihan kedua SUKUM ke-35!

Walaupun kampus kita ini lebih kecil daripada kampus induk, ianya telah menjadikan kita lebih bersatu dan lebih rapat di antara satu sama lain. Semangat yang telah dipupuk inilah telah membuahkan idea PDBL2010 yang hanya didorong oleh satu faktor semata-mata; minat yang tinggi terhadap sukan bowling. Akhirnya telah menyebabkan segolongan staf telah duduk semeja berunding mencari dana daripada pihak luar dan seterusnya membuat kerja-kerja berkaitan bagi menyempurnakan penganjuran PDBL2010. Penat lelah ini akhirnya telah berjaya menghimpun 23 pemain melepasi sasaran 10 pemain pada asalnya. Lebih hangat 7 peserta PDBL2010 berjaya layak ke sesi pemilihan kedua nanti... Terima kasih kepada semua rakan-rakan Jawatankuasa Penganjuran PDBL2010! Terima kasih juga kepada semua penaja... Astana Vision, SHXP, Pancar Sempadan dan juga Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Abu Bakar (penaja tetap jackpot!) selaku Penaung Liga. Tidak lupa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta PDBL2010 yang telah dan masih menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang liga berlangsung! 

I love you all... muahhhh

Renungan: Semenjak blog ini dilancarkan, seramai 1511 orang (setakat 6 April 2010) telah berjaya akses ke laman blog ini. Satu pencapaian yang baik tetapi harus dipertingkatkan di masa hadapan agar blog ini berjaya muncul sebagai sumber rujukan utama bagi peminat sukan bowling tanah air. Para pelawat datang dari pelbagai pelusuk dunia termasuk Malaysia, Korea, Australia dan juga Amerika Syarikat. Teruslah berkunjung ke blog ini bagi mendapatkan apa jua maklumat terbaru mengenai sukan bowling.


3 comments:

PJH said...

Trivia:

Tahun 1511 ialah zaman kejatuhan empayar kesultanan melayu melaka. Semenjak itu, Melaka sudah tidak emmpunyai sultan sehinggalah saat saya menulis ini.

Semoga ianya tidak akan berulang lagi di masa hadapan! Bersatulah melayu walau apa jua fahaman politik anda!

Tun Zainal said...

All,

Jgn lupa "congratulatory remark" untuk webmaster saudara PJH kita!!!

PJH said...

mekasih Dr. Tun... tulis paper asyik kene rejek.. so memblog la kejenye! hehehe

selain PJH, mekbowling dan PJA juga merupakan admin blog ini.