Sembang Sembang Bowling

Thursday, April 1, 2010

#44 Anda Bersedia? Viva Forever...

Berikut ialah petikan coretan terdahulu...

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Makluman kepada semua warga staf USM, Kelab Bowling Tenpin Staf USM akan mengadakan sesi pemilihan pemain untuk ke temasya SUKUM ke-35 yang akan diadakan di USM pada bulan Jun nanti. Jadual pemilihan adalah sebagaimana berikut:-

Tarikh : 3 dan 4hb. April 2010

Hari : Sabtu dan Ahad

Tempat : Mega Lane, Pulau Pinang (Tempat Pertandingan SUKUM ke-35)

Sesi pemilihan akan dijalankan sebanyak 16 game dalam 3 sesi seperti berikut:-

3hb April 2010(Sabtu)

Sesi 1 - 4 Game (4.00 petang)

Sesi 2 - 6 Game (9.00 malam)

4hb April 2010(Ahad)

Sesi 3 - 6 Game (12.00 tengah hari)

Bayaran penyertaan RM120/orang. Hadiah disediakan (Tertakluk pada penyertaan).

Terbuka Kepada Semua STAF Lelaki dan Wanita USM ( INDUK, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT)"

Sayurgia diingatkan rakan-rakan kampus kejuruteraan yang berminat, jom lah kita bersama-sama menyahut cabaran menunjukkan bakat masing-masing pada hari dan masa yang telah ditetapkan seperti maklumat di atas.
 
Resam pertandingan, ada yang kalah ada yang menang, ada yang gagal ada yang berjaya... justeru jangan gentar, pantang berundur sebelum berjuang... hayunlah bola anda ke sasaran dengan penuh keyakinan, kerana dalam setiap keyakinan itu pasti punya kekuatan dan dalam setiap kekuatan itu pasti punya keazaman (azam jugakkk.... uols jagn mare!) untuk merebut 10 tempat terbaik mewakili Universiti Sains Malaysia, mengibar cabaran di Sukan Staf Universiti Se-Malaysia kali ke-35 yang akan berlangsung pada Jun 2010 nanti. Secara peribadi, saya gembira untuk melihat sekiranya rakan-rakan staf kampus kejuruteraan dapat mendominasi Top10 sesi pemilihan nanti. Tidak kisah siapa yang berjaya kerana ini akan membantu warga kampus kejuruteraan secara keseluruhannya untuk terus melonjakkan standard permainan bowling ke persada yang lebih tinggi di masa hadapan! Ayuh... (awatla macam lagak hasbullah awang jer....ngeh ngeh ngeh)
 
Permainan sebanyak 16 games kelihatan begitu sukar terutamanya untuk mengekalkan momentum  balingan dan seterusnya mengekalkan purata jatuhan pin yang konsisten. Menurut cakap-cakap beberapa pemain universiti yang berpengalaman, untuk mennyertai skuad universiti, sekurang-kurangnya jatuhan pin purata 170++ diperlukan! Sukar untuk dilakukan oleh beberapa pemain kita berdasarkan persembahan semasa tetapi barang diingat tiada yang mustahil... Insyaallah berkat semangat dan keiltizaman yang tinggi, kita semua mampu melakar kejutan bersejarah pada hari tersebut! (WRG... tolong sediakan air tawar bagi kuatkan semangat.. air mineral hembus macam 31/03 yang lepas pun hokey!... bak 2 karton!)
 
Semoga coretan ini sedikit sebanyak mampu membakar semangat anda untuk melakukan yang terbaik pada 3-4 April 2010 nanti! Selamat Maju Jaya!
 
We pay! We play! We win!
 
 
 
Nota kaki: Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa. Ketidakberjayaan (dengan izin... Dewan Bahasa dan Pustaka) itu tidak menandakan anda seorang yang tidak berbakat tetapi mungkin kurang bersedia ataupun belum mempunyai kemahiran yang mencukupi bagi menggegarkan arena bowling universiti. Teruskan usaha dengan melakukan latihan secara regular bagi membetulkan teknik-teknik dan mengurangkan kesilapan. Jangan berhenti separuh jalan... ini bukan penghujung karier bowling anda (karier ke? bukan kerja kat USM ka?...ngeh ngeh ngeh!) Banyak lagi pertandingan bowling akan menyusul di masa yang akan datang. Insyaallah!
 
 

No comments: