Sembang Sembang Bowling

Tuesday, May 25, 2010

#57 Maklumat Tambahan PDBL2010 Musim ke-2

Salam adik kakak abang-abang sekalian,
Alhamdulillah iol kembali bersiaran setelah lama terperangkap dengan tugasan-tugasan universiti... hip hip horey.... ngeh ngeh ngeh

Terdapat beberapa perubahan format bagi PDBL2010 musim ke-2 kali ini yang semestinya bertujuan untuk menambah kehangatan dan kegelisahan setiap peserta PDBL2010. Di antaranya ialah:-

1. Peningkatan hadiah sebanyak 100% berbanding musim terdahulu... yang penting ngko bayaran bulan tetap sama RM30, maintain 5 games. Hah ade ngko jumpa penganjur2 macam kami ni kat luar sano? nan ado kan... hadiah up, bayar sama... tokey kedai emaih pun x buat lagu tu... apa-apapun exclusively utk staf USM sahaja! uols tetap di hati iol hokey....

HADIAH KESELURUHAN

Juara: RM400.00
Naib Juara: RM200.00
Ketiga: RM100.00
Keempat: 80.00
Kelima: RM50.00
Keenam: RM30.00
Ketujuh: RM30.00
Kelapan: RM30.00
Kesembilan: RM30.00
Kesepuluh: RM30.00

2. Jackpot bulanan - mmm yang nie mesti menarik... terdapat 2 jenis jackpot akan ditawarkan pada setiap bulan! Jackpot Utama bernilai RM50.00 akan ditawarkan pada setiap kali pertemuan diadakan dengan nilai rm50.00 bagi mana-mana peserta yang pertama berjaya menyamai kombinasi strike/spare/split yang akan diumumkan oleh penganjur sebelum permulaan permainan. Sekiranya tiada pemenang pada bulan tersebut, hadiah jackpot akan dibawa ke pertemuan seterusnya... untuk esok malam, 26 Mei 2010, Jackpot terkumpul bernilai RM100.00... WOW! Selamat berjaya kepada semua peserta...

Manakala, jackpot kedua ialah jackpot hangus... di mana sebanyak 5 jackpot bernilai rm10.00 ditawarkan pada setiap bulan. Peserta pertama yang menyamai jatuhan pin yang dikehendaki pada mana-mana permainan, akan mendapat RM10.00. Peserta hendaklah memaklumkan kepada penganjur sebaik sahaja mereka menyamai jatuhan pin tersebut bagi tujuan tuntutan hadiah. Ingat uols hanya peserta yang pertama menyamai jatuhan pin sahaja yang layak....

Untuk esok malam... jatuhan pin untuk jackpot hangus ialah: 161 123 111 99 145

Selamat maju jaya.. pilih la mana2 satu pinfall yang you nak. nak sapu lima-lima pun bley! uols jangan pi kedai magnum lak.. tu bukan nombor tikam tau! Haram uols men tikam2 ni!

3. Tarikh-tarikh pertandingan pula ialah... seperti berikut:-

26 Mei 2010

30 Jun 2010

28 Julai 2010

27 Oktober 2010

24 November 2010

29 Disember 2010

Setiap hari Rabu pukul 8.00 malam... apa-apa pun penganjur berhak mengubah tarikh pertandingan sekiranya terdapat keperluan!

panjangnya uols iol buat entry hari ini.. Ok la... jumpa esok malam yer... tata titu titi... ;p

Nota kaki: iol x larat nak komen... uols baca jew entry kat atas tu...

Tuesday, May 18, 2010

#56 : SECOND SEASON!!

HOLAAAAA!!!!
ATAS PERMINTAAN RAMAI...
DENGAN INI DIUMUMKAN....


AKAN BERMULA PADA
26 MAY 2010
JAM 8.30 MALAM 
MEGALANE BOWLING CANTRE.


*KEPADA PESERTA DIMUSIM PERTAMA YANG MASIH BERMINAT UNTUK MENYERTAI, SILA ISI BORANG PENYERTAAN DAN BESERTA DENGAN YURAN PENYERTAAN SEBANYAK RM20 KEPADA URUSETIA PERTANDINGAN SEBELUM 26 MAY 2010.

*BAYARAN DIKENAKAN PADA SETIAP PERTEMUAN ADALAH SEBANYAK RM30. DIBAYAR KEPADA BENDAHARI PERTANDINGAN SEMASA HARI PERTANDINGAN PADA SETIAP BULAN.

*LIGA MUSIM KEDUA INI AKAN BERMULA PADA 26 MAY 2010, JUN, JULAI, OKTOBER, NOVEMBER & DISEMBER (GRAND FINAL) (*tarikh tertakluk kepada pihak penganjur dan akan diberitahu dari semasa ke semasa*)

*MUSIM KEDUA INI, HANDICAP AKAN DIBERI KEPADA PESERTA YANG LAYAK SAHAJA DAN TERTALUK JUGA KEPADA BUDIBICARA PIHAK PENGANJUR.

*LAIN-LAIN FORMAT DAN SYARAT PENYERTAAN AKAN DIBERITAHU DARI SEMASA  KE SEMASA DI DALAM BLOG INI.




Tuesday, May 4, 2010

#55 Gambar Grand Finale PDBL2010

Uols some of the photo.. the rest with PJA! boleh koling2 dia k...



PB: One more please....
Wani n Kak Na Library: sembang apo tu? jual avon ka?
Faiz: Wahai Geliga hikmat tunjukkan beta siapakah gerangan juara?
Fazli: eh fahmi... enterframe jew.. x muat ayah dalam gambar kang!
Mekbowling: Eh menendang-nendang pula baby nie... time bgambaq la dia nak betul parking!



Fazli: Eh cik rosni nie.. td anak aku nie dia lak enterframe.. owhh pleaseee! keciwa...
Cik Rosni: hi uols semua... ade mak kisah mak enterframe ke out of frame ker...
PJA: Menongkat dagu lak ayg nie... kalah la tue! ahaks... 
Mekbowling: Best mak cakap hah... walau mek x menang bagai! mek tetap mng sorakkk gittew!

Nota kaki: Itulah sebahagian daripada kemeriahan pada malam penutup grand finale PDBL2010. bagi staf-staf kampus kejuruteraan USM yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertai musim kedua yang akan dimulakan sekitar Julai 2010. Insyaallah!

Pesanan penaja: PJA, malam nie corot lg ker?... ahaks.. jahat jari jemari nie.. meh iol pukul jari jemari ittew... hahaha

Sunday, May 2, 2010

#54 Laman Sesawang Rasmi USM SUKUM35

Heni tetibe terdetik rasa hati untuk menGOOGLE kat kunci SUKUM35 dan wallaaaaaa.... tetibe jew the most anticipated website of the year appear (ye ker?.... ahaks)! nak tengok macam mana upernyer?... sat ek sabau...

Tarra....

klik imej untuk tumbesaran

Untuk ke laman rasmi SUKUM35 sila klik di sini.

Yang penting ade Lang Merahhhh gitew! ahaks... Tahniah di atas kesungguhan dan daya inisiatif yang telah diambil oleh jawatankuasa penganjuran untuk meng'online'kan laman sesawang rasmi ini! Tapi yang pelik nyer napa GOOGLE sebelum nie link ke laman nie x de? musykil2... sebab tengok tarikh download dokumen tu ade bulan Mac ada Februari... any idea? tapi yang penting tarikh the last updated was on 28th April 2010 (klik gambar kat bwh and uols semua tgk kekotak merahhh ittew!)... maksudnya selepas iol komen2 berapi hetu... siap bersilat bagai!

Tapikan iol tetap nak cadang satu lagi kat jawatankuasa penganjuran nie.. iol dapati xda link ke web SUKUM35 kat laman web rasmi USM! iol rasa bende ini perlu kerana ia merupakan event utama USM gak al-maklum lah... hampir 2 minggu menjadi tumpuan delegasi atlit dan pegawai universiti seluruh Malaysia! Boleh buat kot lepas nie... taruk jew logo, klik ngan tikus iol nie hah daa sampai ke laman rasmi SUKUM35! maklumat di hujung jari gitew! EKSPEN 2010 pun ade promo bagai... kemon ler abang! tambah nanti ek!  (dah ada iol tgk kat main web usm.. after lunch hour!) abaikan la ngomel2 iol nie yer...




klik imej untuk tumbesaran

x kisah lah orang2 berkenaan baca ke x... alhamdulillah laman sesawang dah wujud! Kalu iol terkasar bahasa iol minta maaf k! PEACE! Yang penting penganjuran tahun ini berjalan lancar dan lebih meriah! Kalu pak menteri KPT turun tu kot2 bleh dpt pujian yang berbunyi macam nie la uols.... 'Saya menyifatkan penganjuran SUKUM35 kali ini merupakan yang terbaik dalam sejarah Penganjuran SUKUM semenjak 34 edisi yang lalu.. tahniah USM'

hah x ke uols bangga kalu Pak Menteri cakap macam tu?... Apa-apa hal pun chaiyo2 seluruh warga penganjur + sukarelawan SUKUM35! Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi! Melodi uolsssssssss...

Tapi yang best lagi... kalu uols GOOGLE SUKUM35 setakat hari ini 3 Mei 2010, jam 10.55 pagi... jam kat PC iol k ahaks... Rekod carian menunjukkan blog paydaybowling.blogspot berada di kedudukan 5 & 6! apo cerito jang? takpe ler... same2 ler kite promo event kat universiti sendiri. Lagipun satu sen pun x luak! Mohler sama-sama meriahkan kampus USM sempena SUKUM35 nanti.... kami akan menyambut kedatangan anda dengan penuh keceriaan. Semoga beroleh pengalaman yang indah bersama SUKUM35!


klik imej untuk tumbesaran

Nota kaki: iols penat.... maybe travel ke sana ke sini kot kebelakangan ini! takper.. i nak cari spirulina ahaks!

Monday, April 26, 2010

#53 Pertandingan Ten Pin Bowling Anjuran Pn. Rohana Din

Sayurgia dimaklumkan seluruh warga kampus kejuruteraan usm bahawasanya satu pertandingan tenpin bowling akan diadakan seperti butiran berikut.

Tarikh: 5 Mei 2010, Rabu
Masa: 8.00 malam
Venue: Megalanes Prai
Yuran: RM30.00/4 permainan 

Justeru diharapkan warga kampus sekalian yang merasakan diri mereka hebat, yang merasakan diri mereka berminat untuk bertanding, yang ingin menimba pengalaman dan pelbagai keinginan lain yang relevan dengan sukan bowling silalah berdaftar dengan Puan Rohana Din secepat yang mungkin! Hadiah utama katanya sebuah kereta Gen2 no. plat LB69... jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini! cepat cepat cepat!

Menarik mengenai pertandingan kali ini ialah semua pemain universiti akan bertanding di bawah kategori jemputan justeru tuan-tuan, puan-puan, cik-cik sekalian mempunyai peluang yang cerah untuk menjuarai pertandingan ini. Handicap 10 untuk peserta wanita!

Nota kaki: En. Zabri bley la masuk kalu berani, setakat pemain jemputan masa liga PDBL2010 tinggi lagu mano jatuhan pin pun xde point... ahakss! Satu kafe staf dia canang... AED pun sama! dapat 4 point nasib canang merata sampai McD Juru! Haru... 

Thursday, April 22, 2010

::#52 TIBA-TIBA RASA MACAM...::

Sedang elok dok terbelek-belek khazanah yg ada kat dalam Blog Payday ni kan.. Tetibe mata tertancap pada Life Traffic Feed yang kat bawah belah kanan blog ni.. eh? ke kiri? eheh! ape2 jer lah...


Ade 'seseorang' dari Nilai, Negeri Sembilan telah mengGOOGLE kita punya blog!!!!
Mengerikannnnnn.....
Entry yang sedang 'seseorang' itu baca adalah mengenai SUKUM 35!!!
Wahhhh....
Mek sendiri tatau ape perasaan yang ada...
Then, mek pon try la klik kat google.com.my yg 'seseorang' tu dah masuk sbb nak tgk, ape yang dia Gugel kan tu kannn... suspen ni taww!!

Hah! tgk.. tgk.. betul tak mek cakap....
'seseorang' tu telah mengGUGEL mengenai SUKUM 35 u olsss!!
Mesti 'seseorang' itu adalah salah seorang atlit dari Universiti² yg ade kat Malaysia ni kan...
Mesti dia mencari info pasal SUKUM 35 ni kan??
Maklumlah.. Tahun ni kan USM, Universiti Senyum Mesra ni akan jadi Tuan Rumah kan...
Haruslah mereka-mereka diluar sana sakan dok mengGUGEL nak cari info kann...

*errkkk... tetibe mek terfikir... SUKUM kali ni, takde webpage rasmi ke??*
|
|

Wednesday, April 21, 2010

::#51 CARTA PUJAAN::

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia...
Selesai sudah malam tadi acara Grand Final Liga Payday Bowling bagi musim pertama ini...
Bagusss.. memang menyerlah prestasi para peserta kita kali ini...
Undian lorong dibuat di tempat pertandingan, harap² lepas ni takde lah lagi provokasi yerr...
Semua bersetuju kan dgn kedudukan lane masing² semalam??

Hah! Mek dapat tahu, ade lagi peserta yang belum buat bayaran semalam yerr....
hurmmm!! namo namo mcm tu.. tak baekkk.. berdonser yerr!!
Sape-sape yang rasa lidah pedas tergigit cili... sila lah buat pembayaran segera okey!! 
nanti permainan anda akan dianggap tidak halal gitu... boleh?? ahakss!!

Ok.. Mek tamau buang masa.. Mek nak segera menempek carta pujaan hati peserta bowling payday utk sesi semalam yer... Mungkin masih ade yang tak puas hati dengan pencapaian semalam??
Tapi.. Masih ade yang SANGAT LAH PUAS HATI dengan permainan beliau malam tadi walopon dapat 4 point! Canang merata youu!!! Tak tahannn.... hahahaaha!!

*Children, sila klik gambar utk tembesaran yer!*
Di atas ni adalah keputusan utk perlawanan semalam..
Nama yang jadi kaler kunin tu, sebab smlm dia kena demam kunin eh! tipu... Itu Faka atau Not *nick kat sembang²*. Semalam beliau tak main, tapi ade seseorang yang SANGAT menyerlah permainan nyer yang main atas nama Faka... Abg Zabri.. next season, Abg Zabri WAJIB masuk liga ni yer... nanti boleh laa fight dengan yang dapat 4 mata tu... Dengan hat yang dapat 5 mata tu pon Abg, Zabri boleh lagi nak caras! Ape sangat lah depa tu kannn.... huhuhu!! *larikkkkkkk!!!

OK kat bawah ni adalah keputusan penuh utk liga Payday Bowling musim pertama ni...
*like forever, klik pada gambar nak bagi besargajah..*


Nasib baik lah pengerusi bersekutu yg takde kutu tu tolong fight tuk dapatkan hadiah dari tempat ke 6 sampai 10. Kalo tidak Mek tidak lah merasa barang sedikit duit walopon hanya RM10000 jerr!!!
Thanks ya u olsss!!! walopon u olss kedaung dok satu mata tu jer khennnssss!! ahakss!
Takpe.. next season kita pulun sama-sama taww!!
Ok u ols! any komen... letak lah kat bawah ruangan komen ni.. blh type pjg2... kalo kat chat box sembang² tu ade limit patah perkataan... takde blog pon takpe.. just letak your nama pon dh ok whatt!!
Ok daaaaa!!! Mek nak p perbetul mascara ni sat... mcm berketul-ketul la plak...
|
|