Sembang Sembang Bowling

Showing posts with label Liga 1st season. Show all posts
Showing posts with label Liga 1st season. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

::#51 CARTA PUJAAN::

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia...
Selesai sudah malam tadi acara Grand Final Liga Payday Bowling bagi musim pertama ini...
Bagusss.. memang menyerlah prestasi para peserta kita kali ini...
Undian lorong dibuat di tempat pertandingan, harap² lepas ni takde lah lagi provokasi yerr...
Semua bersetuju kan dgn kedudukan lane masing² semalam??

Hah! Mek dapat tahu, ade lagi peserta yang belum buat bayaran semalam yerr....
hurmmm!! namo namo mcm tu.. tak baekkk.. berdonser yerr!!
Sape-sape yang rasa lidah pedas tergigit cili... sila lah buat pembayaran segera okey!! 
nanti permainan anda akan dianggap tidak halal gitu... boleh?? ahakss!!

Ok.. Mek tamau buang masa.. Mek nak segera menempek carta pujaan hati peserta bowling payday utk sesi semalam yer... Mungkin masih ade yang tak puas hati dengan pencapaian semalam??
Tapi.. Masih ade yang SANGAT LAH PUAS HATI dengan permainan beliau malam tadi walopon dapat 4 point! Canang merata youu!!! Tak tahannn.... hahahaaha!!

*Children, sila klik gambar utk tembesaran yer!*
Di atas ni adalah keputusan utk perlawanan semalam..
Nama yang jadi kaler kunin tu, sebab smlm dia kena demam kunin eh! tipu... Itu Faka atau Not *nick kat sembang²*. Semalam beliau tak main, tapi ade seseorang yang SANGAT menyerlah permainan nyer yang main atas nama Faka... Abg Zabri.. next season, Abg Zabri WAJIB masuk liga ni yer... nanti boleh laa fight dengan yang dapat 4 mata tu... Dengan hat yang dapat 5 mata tu pon Abg, Zabri boleh lagi nak caras! Ape sangat lah depa tu kannn.... huhuhu!! *larikkkkkkk!!!

OK kat bawah ni adalah keputusan penuh utk liga Payday Bowling musim pertama ni...
*like forever, klik pada gambar nak bagi besargajah..*


Nasib baik lah pengerusi bersekutu yg takde kutu tu tolong fight tuk dapatkan hadiah dari tempat ke 6 sampai 10. Kalo tidak Mek tidak lah merasa barang sedikit duit walopon hanya RM10000 jerr!!!
Thanks ya u olsss!!! walopon u olss kedaung dok satu mata tu jer khennnssss!! ahakss!
Takpe.. next season kita pulun sama-sama taww!!
Ok u ols! any komen... letak lah kat bawah ruangan komen ni.. blh type pjg2... kalo kat chat box sembang² tu ade limit patah perkataan... takde blog pon takpe.. just letak your nama pon dh ok whatt!!
Ok daaaaa!!! Mek nak p perbetul mascara ni sat... mcm berketul-ketul la plak...
|
|

Thursday, March 25, 2010

#36 Keputusan PDBL2010 Meet 2 (24 Mac 2010)

Arakian dimaklumkan berikut ialah keputusan rasmi bagi PDBL2010 meet 2 yang berlangsung semalam... Seperti yang diduga terdapat beberapa perubahan ketara dalam kedudukan carta (matila tiru mekbowling... ngeh ngeh ngeh) Pujaan 10 semasa dan juga keseluruhan! Tahniah diucapkan kepada para pemenang manakala bagi yang terkeluar dari senarai... Cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... dan.....




Carta Pujaan 10 terkumpul pula adalah seperti berikut....




Jackpot bernilai RM50 terus dimiliki oleh En. Fakar yang telah melakukan strike pada frame ke 3, 6 dan 9 serta jatuhan pin tertinggi. Opah terpaksa berputih mata walaupun hampir-hampir memiliki jackpot tersebut. Apa-apa pun tahniah kepada kedua-dua mereka yang telah menunjukkan persembahan permainan yang terpuji! Iol nak krunch-krunch jack n jill sat... ngeh ngeh ngeh

Ulasan perlawanan: Pada malam ini perlawanan di antara pemain-pemain bertaraf universiti berlangsung sengit dengan pintas-memintas berlaku di antara En. Fakar dan Pn. Rohana dan En. Azrol. Cuba menyelit di celah-celah ialah En. Rosman yang pada sebelah paginya telah melancarkan beberapa perang saraf di kafe staf yang jelas telah memerangkap PB. Cik Rosni seperti biasa melakukan balingan tepat untuk berada di kelompok 5 teratas. Jika dilihat trend pada malam ini, terdapat beberapa keputusan upset yang akhirnya telah menolak PB keluar dr carta, Dr. Tun juga hampir-hampir tersungkur... Abang Zainal pula hanya mampu menduduki tempat ke-8. PU masih menunjukkan prestasi yang konsisten dengan meraih 5 mata. Begitu juga dengan Ketua Teknikal. Keadaan lorong yang sangat berminyak jelas menyukarkan beberapa pemain untuk melakukan balingan hook. Begitulah cabaran kepada setiap pemain boling yang harus peka dan pantas berubah mengikut lane conditions. PB sehingga game ke-5 dilihat masih terkial-kial mencari arrow dan sering melakukan kesilapan release yang mudah. Oppps hampir terlupa... Ketua Publisiti berjaya meraih 3 mata pada malam ini seterusnya menolak keluar PB dari carta. Ketua Penajaan lak... tenggelam timbul hingga ke akhir saingan... ngeh ngeh ngeh! Walau apa-apapun tahniah diucapkan kepada semua pemenang!  

Nota kaki: Mekacih Opah di atas teguran.. terdapat sedikit ralat di dalam posting terdahulu. Carta telah dikemaskini... Ralat tidak melibatkan sebarang perubahan dalam kiraan jatuhan pin. Cuma perubahan kedudukan carta Pujaan 10 melibatkan 2 jagoan, Dr. Tun dan Cik Rosni. Harap maklum!

Tuesday, March 23, 2010

#35 Alohaaa!!

HELOO!! HELOOO!!
 Salam rabu utk all bowlers!! straighters!! hookers!! spinners!!!
Jangan luferrr hokeyyy 'deting' kita malam ini... *deting yuuu!! tak koser!*
Tak kesah lah hookers ke, straighters ke... yang penting...
ENJOYYY!!!

U olss nak tahu ke kedudukan lane memasing???
nak tahu ke??
tak payah la kot ehh.. nanti tgk kat lane jer lahh...
bukan penting pon kann...
kalo dah pro tu, duduk ngan bowlers poyo pon blh champ jugakk!! 
kensss.. *oppssii!! PJH.. terasa kew?? ahaks!*

Ok.. ini Mek review balik carta liga bulan lepas.. *carta ke??*

*sila klik utk gambar besar gajah*

Top 5 teratas tu.. boleh ke pegang utp top 5 lagi bulan ni???
tunggguuuuuuuuuuu!!!
kita tgk ini malam okeyy!!!

Daaa!! muah! muah!

Monday, March 22, 2010

#33 PDBL2010 Meet 2

Hi uols semua adik kakak abang-abang (sebut avang-avang tau) semua.... Kita berlintas langsung sekali lagi dari opis iol yang semak ini umpama reban. Wowo makin meriah la blog nie. Dapat banyak visitors... mmm satu permulaan yang baik sebelum kita memprofesionalkan liga ini.. hahaha. Boley? nan ado...

Sayurgia diingatkan meet 2 akan berlangsung esok hari, 24 Feb 2010 (Rabu) bermula jam 8.30 malam di Megalanes Perai. Memandangkan lif kat sana rosak jadi pastikan anda datang awal-awal untuk park kenderaan di tingkat 4B/3C/4C. Nantikan ada wat alasan sakit pinggang tarik bowling bag uols... iol berbulu (sebutan dia vervulu) telinga nanti siap wat-wat alasan walaupun men x mula.... huhuhu. iol ade korek-korek gak naper lif megamal rosak so al-kisahnya ade kebakaran kecil berlaku nearby lift area tu menyebabkan water sprinkler menghamburkan ribuan titisan air untuk memadamkan nyalaan api tersebut. nak dipendekkan citer, titisan air tu mengena kat electrical board lif-lif 3 beradik tu.. jadi kejungla ia there and then... ade faham? hehehe. ada bakat jadi CSI nie... siasat sampai ke lubang lif wakaka...

Pastikan uols menyiapkan diri uols mental dan juga fizikal untuk kejohanan pada esok hari. Jangan lupa panjatkan doa pada tuhan agar uols dapat melakukan yang terbaik... uol jangan pi mandrem bomoh2 lak... yang tu iol x suker tau... i don like...

May the best man win.... (kata-kata nie valid x untuk Opah/mekbowling/ceklala???) mmmm nak kene cek lu hehehe!

Nota kaki: All hookers please ensure u are listed in the Top10 chart tomorrow... kite pakat ramai-ramai remove straiters ngan spinners dari chart. amacam? ade berani (sebutan verani tau)?....

Mekbowling: Betulke diction istilah-istilah yang digunapakai tu?.... cuba cek grammar nahu tu...