Sembang Sembang Bowling

Showing posts with label Tournament. Show all posts
Showing posts with label Tournament. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

#79 : BOWLING TOURNAMENT PPKK 2011

HARI TEMUJANJI : 15 JANUARI 2011, SABTU

TEMPAT DETING : OLE-OLE SUPERBOWL, GIANT LANDMARK, KULIM 

 PUKUL BAPE?? : 10 PAGI ....

Dah SELESAI dah ponnnn!!

Ini keputusan nyer...


Thanks pada SEMUA yang bagi support!!
BIG THANKS pada yang sudi bagi sponsor!!!
Umur panjang kita buat lagi....

^_^

Sunday, July 25, 2010

#65 Beginner's Tournament every Tuesday - RMIC 27 Julai 2010

@~~HEBAHAN KEJOHANAN~~@

Beginner's Tournament every Tuesday



Pertandingan Bowling untuk Beginner siri ke-4, akan diadakan pada 27 Julai 2010, jam 8.30 malam (pendaftaran & undian) di Megalane, Seberang Perai.

Yuran pendaftaran sebanyak RM30 untuk 3 permainan.



Hadiah wang tunai menanti pemenang.....

Johan: RM200
Naib Johan: RM100
Ke-3: RM60



Jackpot*: RM160 (Strike Frame:1,5,6,9,10,11,12)



*Akan dibawa ke minggu berikutnya sekiranya tiada pemenang. Jackpot adalah hak pemain bukan penganjur.

Sekiranya penyertaan melebihi 38 orang, hadiah ke-4 akan disediakan (RM50).


Maklumat lanjut sila klik di sini.



#64 PDBL Musim ke-2 Pertemuan ke-3 28 Julai 2010

Assalamualaikum adik kakak abang-abang sekalian,

Alhamdulillah ribut pun sudah reda... kopi yang dulu bergelora kini semakin tebal busanya.. bertambah manis dan berkrim. Silap-silap lekat di misai... ngeh ngeh ngeh! Semoga PDBL2010 terus mampu menongkah cabaran yang mendatang. Terima kasih buat jawatankuasa penganjur PDBL2010 yang banyak bersabar dan bersikap rasional. Buat peserta-peserta PDBL lak.. terima kasih kerana telah memberi sokongan yang jitu. Semuanya di atas semangat ukhwah dan kerjasama sesama kita. Insyaallah akan berterusan!


jemput la minum uols.... kopi dangdut iwan ngan amelina! syuke lagu tu... lama x karoeke sambil gelek2 bende yang x berapa nak ada.. huhu!

Buang yang keruh ambil yang jernih.... kalu nak beradu sapa hebat... mehla turun ke gelanggang bowling... setakat mulut-mulut perang-perang cyber nie... x macho la! macam makcik-makcik kat kampung duk pot pet pot pet sambil nyicah pelam ngan kuah rojak mak bee (isk masam lak rasenya kat mulut nie... lama x pekena!) moh deme petang ni nyicah kat teratak mawar Kimia.

Kepada tumpangtuiii, chikaro666, saja-saja dan etc. yang tetiba muncul sewaktu ribut secawan kopi melanda... iol duk investigate IP uols. ngeh ngeh ngeh... i dah minta tolong staf PPKT tolong siasat. Iol rasa iol tahu sapa anda... ngeh ngeh ngeh. Amboi bagai na mengomel... hangat blog PDBL nie.. hangpa ni wat ramai jer.... kata orang utara. wat meriah... Apa-apa pun terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog PDBL2010.

Amacam... leh jd cam Makcik Angel Joli dalam Muvi The Salt x?

Terlajak buat posting hari ni... iol ade beberapa persoalan untuk dilontarkan kepada peserta-peserta PDBL2010... Soalan-soalannya adalah seperti berikut:-
.
.
.
.
.
.


Sudahkah adik kakak abang-abang bersedia untuk bertarung pada 28 Julai nanti?
.
.
.
.

Bola-bola bowling tu dan segala bende mak nenek peralatannya dah digilap ke belum?
.
.
.
.

Mental adik kakak abang-abang semua dah kuat ke menahan gendang perang PDBL2010?
.
.
.
.

Kalau adik kakak abang-abang dah bersedia.... ayuh kita gamatkan Megalanes Perai pada 28 Julai 2010, Rabu jam 8.00 malam (pengesahan kehadiran dan pembayaran yuran) dan 8.30 malam (pertandingan bermula).

Seperti biasa.... 5 Jackpot RM10 dan satu Grand Jackpot yang kini telah bernilai RM200.00 akan ditawarkan pada malam tersebut. Jatuhan pin bagi jackpot rm10 dan kombinasi strike/spare/split untuk grand jackpot akan dimaklumkan kemudian. Zabri men bek2 na..... ngeh ngeh ngeh!

Nota kaki: Dengar citer ada beberapa kita pergi berguru di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam bagi memperkemaskan mutu permainan bowling mereka. So kita tengokla malam tu geng2 Viet atau geng2 Local yang power... ngeh ngeh ngeh! Weh... fridge magnet jangan lupa....

Tuesday, July 13, 2010

#63 RMIC Beginner's Bowling Tournament Series 3

Arakian dimaklumkan adik-adik abang-abang kakak-kakak sekalian alam...

Pertandingan RMIC Beginner's Bowling Siri 3 akan diadakan pada 20 Julai 2010 bermula jam 830pm (pendaftaran & undian) bertempat di Megalane Prai. Yuran pendaftaran RM30 untuk 3 permainan.

Hadiahnyer....

Juara: RM200.00
Naib Juara: RM100.00
Ketiga: RM60.00

Jackpot: RM120.00 [Kombinasi Strike Frame 1, 5, 6, 9, 10 (Turkey)]

maklumat lanjut sila klik di sini. Untuk makluman, Kejohanan ini dianjurkan oleh Prof. Madya Dr. Tun Zainal dari RMIC dan PDBL tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalamnya. Sekadar mempromosi pertandingan yang dianjurkan oleh kawan-kawan!

Psst ---> Dr. Tun paling busuk pun Pelita Autocity... ngeh ngeh ngeh

Jom bersama-sama memeriahkan pertandingan. Warga USM anda dialu-alukan untuk menyertai kejohanan ini.

Nota kaki: Iol sedih melihat penarikan diri beberapa peserta PDBL semata-mata tidak berpuas hati dengan sistem handicap yang digunapakai sekarang. Iols rasa penarikan diri bukan merupakan jalan yang terbaik untuk memurnikan lagi komuniti bowling di kampus kejuruteraan kita ini. Semoga peserta-peserta terlibat dapat menimbang kembali keputusan mereka demi memastikan kesinambungan kemeriahan aktiviti bowling di kampus kita ini.

Berbalik kepada agenda asal PDBL hanyalah untuk menyuburkan aktiviti bowling di kampus kita ini serta menambaik sillaturahim staf-staf daripada pelbagai jabatan, saya menyeru agar semua peserta-peserta terus memberi sokongan yang sewajarnya. Hormati sistem yang sedia ada dan ruang penambahbaikan akan sentiasa terbuka di masa hadapan, Insyaallah.

Kadang-kala dalam kehidupan tidak semestinya apa yang kita katakan adalah betul dan yang betul itu pula tidak semestinya popular. Baik bagi kita mungkin tidak bagi seratus yang lain... moga-moga kita semua dapat merenung kata-kata ini. Mungkin PDBL sudah menjadi terlampau kompetitif bagi sesetengah golongan sehingga kita alpa dan kehilangan nilai-nilai intrisik di dalam menjaga hubungan sesama manusia. Minta dijauhkan... Amin. Segala yang baik dari Allah swt, tuhan sekalian alam segala dan segala kelemahan pastinya datang dari kami sebagai penganjur, manusia yang fana (bukan ebby fanaskova uols!). Selamat maju jaya untuk semua! 

Monday, April 26, 2010

#53 Pertandingan Ten Pin Bowling Anjuran Pn. Rohana Din

Sayurgia dimaklumkan seluruh warga kampus kejuruteraan usm bahawasanya satu pertandingan tenpin bowling akan diadakan seperti butiran berikut.

Tarikh: 5 Mei 2010, Rabu
Masa: 8.00 malam
Venue: Megalanes Prai
Yuran: RM30.00/4 permainan 

Justeru diharapkan warga kampus sekalian yang merasakan diri mereka hebat, yang merasakan diri mereka berminat untuk bertanding, yang ingin menimba pengalaman dan pelbagai keinginan lain yang relevan dengan sukan bowling silalah berdaftar dengan Puan Rohana Din secepat yang mungkin! Hadiah utama katanya sebuah kereta Gen2 no. plat LB69... jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini! cepat cepat cepat!

Menarik mengenai pertandingan kali ini ialah semua pemain universiti akan bertanding di bawah kategori jemputan justeru tuan-tuan, puan-puan, cik-cik sekalian mempunyai peluang yang cerah untuk menjuarai pertandingan ini. Handicap 10 untuk peserta wanita!

Nota kaki: En. Zabri bley la masuk kalu berani, setakat pemain jemputan masa liga PDBL2010 tinggi lagu mano jatuhan pin pun xde point... ahakss! Satu kafe staf dia canang... AED pun sama! dapat 4 point nasib canang merata sampai McD Juru! Haru... 

Wednesday, April 14, 2010

#49 Keputusan Pertandingan 'Open Selected' Siri 2

Alhamdulillah semalam selesai sudah satu lagi kejohanan yang dianjurkan oleh Dr. Tun dengan kerjasama ahli-ahli kluster penyelidikan beliau. A bit weird nama kejohanan nie iaitu 'open selected' atau pun 'terbuka pilihan' maksudnyer... penganjur mengadakan kejohanan secara terbuka namun kebanyakan penyertaan adalah berdasarkan jemputan... jadi selaras dengan aspirasi APEX yang mana pemurnian sentiasa menjadi salah satu agenda utama dalam menghasilkan key result area delivery yang sempurna adalah disarankan pada masa hadapan kejohanan ini di-rebranding dengan perkataan yang lebey sesuai seperti mana organisasi kita melakukan rebranding dengan mengeluarkan sekeping sinaran paspot kegemilangan (uols ingat x rancangan nie?... lama dulu)... Cadangannya nama kejohanan ini ditukar kepada 'Kejohanan Bowling Jemputan Terbuka' ataupun 'Invitational Open Bowling Challenge' yang lebih catchy dan disifatkan mesra penyertaan... ngeh ngeh ngeh! Nampak korporat x Dr. Tun?... nanti untung 10% sini yer next time... :p x yah susah2 cari org luar utk rebranding our own family matters! Org dalam nie hah byk ideanya... nak hebat lagi bley pi ke skul pengurusan atau Graduate Bussiness Skul... taiko2 ade kat saner!

Kejuaraan Bowling Jemputan Terbuka Tun 2010
Tun Invitational Open Bowling Challenge 2010

melalut lak ke situ... pekata kite lihat siapa yang tewas?... ngeh ngeh ngeh... kita lihat siapa yang menang ler... Tahniah kepada juara. Iol suke tgk kaki dia yg lintang lorong masa wat balingan... jgn mare abg Faizal yer... (En. Bidin penunggu Megalanes jangan bising-bising lak.. nnt dia tau iol kutuk2 kat blog nie ngeh ngeh ngeh...) Kepada yang kurang berjaya, anggapla uols x bernasib baik walhal uols mmg teruk pun.... boley??? Ahakss... nanti tebus championship kat siri 3 lak k!

Sila gunakan kanta pembesar untuk tgk dengan lebih jelas...




kaler biru tue menandakan depa nie staf-staf USM manakala kotak pin sorang tu anak staf USM yang x abis-abis cabar iol lwn bowling... Faiz bila nak mng? ngeh ngeh ngeh! ada bakat budak nie.. baru darjah 3! kalu split jer minta McD.... stkt nie iol ok jew ngan bet tu sbb dio x pnah convert pun split tu ngeh ngeh ngeh :D Teruskan berusaha yer.... chaiyo2!

Nota kaki: Bila lah nak raih top 10 open tour nie... Dr. Tun ckp kita perlu bermula sebagai sincere donor (Sila rujuk Brady's General Chemistry book untuk mengetahui bagaimana elektron-elektron donor ni boleh melompat dari satu orbit ke orbit yang lain dalam struktur logam-logam tertentu).  Kalu dah ikhlas insyaallah... murah rezki (yang ni iol tmbh sendiri... uols thinking?..)

Dr. Tun... throwing an idea openly.. jgn mare br dpt idea masa nak upload results! :D

Sunday, April 11, 2010

#48 Kejohanan Bowling Open Selected 14th April 2010

Salam adik kakak abang-abang sekalian,
iol teramatlah bz lately al-maklum semester nak tutup tirai so viva sana sini, nok marking, anta coursework marks dan bagai la lagi... well typical routines ngeh ngeh ngeh! but sonok gak keje under pressure nie.. gerenti beres!

anyway sayurgia diingatkan Dr. Tun and his research cluster once again will organize 'open selected' bowling tournament bertempat di megalanes prai pada 14 April 2010 bermula jam 8.00 malam. Bayaran nyer rm30/3 game kalu sy x silap... So adik kakak abang-abang yang berminat tu cpat hubungi Dr. Tun sebelum terlambat! Hadiah wang tunai ditawarkan.... alhamdulillah. Amin...

Nombor talian hotline kejohanan ialah 0195438033 - Perempuan tp sy lupa tanya nama! maaf no but kalu hangpa sebut kejohanan nie mesti dia tau la nyer... konpim!

Sekian, diwawarkan!

Memastikan Kelestarian Bowling Hari Esok!

Nota kaki: Iol kalah ngan Faiz semalam 1 game... senyum Garfield la dia... hahaha! Tahniah... so keputusan dia seri 1-1. nanti kita lawan lagi! wahai geliga hikmat tunjukkan beta caranya nak kalahkan Faiz... hahahaha

Monday, April 5, 2010

#47 Keputusan Rasmi Sesi Pemilihan Bowling SUKUM-35

Assalamualaikum Salam 1 Malaysia,
Adik kakak abang-abang sekalian...

Berikut ialah keputusan penuh bagi sesi pemilihan pemain bowling untuk mewakili USM yang telah diadakan pada 3-4 April yang lepas di Megalanes Prai. Setiap peserta dikehendaki menyempurnakan 16 permainan yang dibahagi kepada 3 blok (Blok 1 - 6 games, Blok 2 - 4 games & Blok 3 - 6 games) yang berlainan.



Bagi kategori lelaki seramai 15 orang peserta akan terpilih untuk meneruskan cabaran mereka di sesi kelayakan kedua manakala bagi kategori wanita, seramai 5 pemain akan dipilih (sila betulkan sekiranya maklumat tidak tepat).

Ulasan PB: Menarik mengenai sesi pemilihan kali ini, seramai 7 wakil kampus kejuruteraan telah melayakkan diri ke peringkat saringan seterusnya sekaligus menunjukkan peningkatan standard yang ketara sekiranya dibandingkan dengan data pada tahun-tahun yang sebelumnya. Mereka ialah:-

1. En. Azrul - PPKEE
2. Dr. Tun - PPKEE
3. En. Aziz - PPKK
4. En. Che Nurnajib - PPKK
5. Pn. Rohana Din - PPKM
6. Cik Rosni - Jab. Pendaftar
7. Pn. Norzalilah - PPKK

Peningkatan ini sedikit sebanyak dibantu oleh penganjuran PDBL2010 yang merupakan platform regular bagi staf-staf kampus kejuruteraan berentap bagi menunjukkan kehebatan bowling masing-masing. Alhamdulillah. Semenjak penganjuran PDBL2010 yang bermula pada 24 Feb 2010 (sekali sebulan), saban minggu setiap hari Rabu ada sahaja kejohanan lain-lain yang dianjurkan baik secara persendirian mahupun oleh organisasi/jabatan di Kampus Kejuruteraan. Ini jelas memberikan kelebihan kepada pemain staf kejuruteraan kerana telah didedahkan dengan pelbagai jenis kejohanan sebelum sesi pemilihan bermula. Syabas!

Nota kaki: Ketujuh-tujuh mereka ialah peserta PDBL2010 dan kesemua mereka masih rancak memburu gelaran juara sulung PDBL2010... What a fruitful league! Adios... Semoga dapat meningkatkan prestasi bagi menghadapi sesi pemilihan kedua SUKUM ke-35!

Walaupun kampus kita ini lebih kecil daripada kampus induk, ianya telah menjadikan kita lebih bersatu dan lebih rapat di antara satu sama lain. Semangat yang telah dipupuk inilah telah membuahkan idea PDBL2010 yang hanya didorong oleh satu faktor semata-mata; minat yang tinggi terhadap sukan bowling. Akhirnya telah menyebabkan segolongan staf telah duduk semeja berunding mencari dana daripada pihak luar dan seterusnya membuat kerja-kerja berkaitan bagi menyempurnakan penganjuran PDBL2010. Penat lelah ini akhirnya telah berjaya menghimpun 23 pemain melepasi sasaran 10 pemain pada asalnya. Lebih hangat 7 peserta PDBL2010 berjaya layak ke sesi pemilihan kedua nanti... Terima kasih kepada semua rakan-rakan Jawatankuasa Penganjuran PDBL2010! Terima kasih juga kepada semua penaja... Astana Vision, SHXP, Pancar Sempadan dan juga Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Abu Bakar (penaja tetap jackpot!) selaku Penaung Liga. Tidak lupa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta PDBL2010 yang telah dan masih menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang liga berlangsung! 

I love you all... muahhhh

Renungan: Semenjak blog ini dilancarkan, seramai 1511 orang (setakat 6 April 2010) telah berjaya akses ke laman blog ini. Satu pencapaian yang baik tetapi harus dipertingkatkan di masa hadapan agar blog ini berjaya muncul sebagai sumber rujukan utama bagi peminat sukan bowling tanah air. Para pelawat datang dari pelbagai pelusuk dunia termasuk Malaysia, Korea, Australia dan juga Amerika Syarikat. Teruslah berkunjung ke blog ini bagi mendapatkan apa jua maklumat terbaru mengenai sukan bowling.


Thursday, April 1, 2010

#44 Anda Bersedia? Viva Forever...

Berikut ialah petikan coretan terdahulu...

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Makluman kepada semua warga staf USM, Kelab Bowling Tenpin Staf USM akan mengadakan sesi pemilihan pemain untuk ke temasya SUKUM ke-35 yang akan diadakan di USM pada bulan Jun nanti. Jadual pemilihan adalah sebagaimana berikut:-

Tarikh : 3 dan 4hb. April 2010

Hari : Sabtu dan Ahad

Tempat : Mega Lane, Pulau Pinang (Tempat Pertandingan SUKUM ke-35)

Sesi pemilihan akan dijalankan sebanyak 16 game dalam 3 sesi seperti berikut:-

3hb April 2010(Sabtu)

Sesi 1 - 4 Game (4.00 petang)

Sesi 2 - 6 Game (9.00 malam)

4hb April 2010(Ahad)

Sesi 3 - 6 Game (12.00 tengah hari)

Bayaran penyertaan RM120/orang. Hadiah disediakan (Tertakluk pada penyertaan).

Terbuka Kepada Semua STAF Lelaki dan Wanita USM ( INDUK, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT)"

Sayurgia diingatkan rakan-rakan kampus kejuruteraan yang berminat, jom lah kita bersama-sama menyahut cabaran menunjukkan bakat masing-masing pada hari dan masa yang telah ditetapkan seperti maklumat di atas.
 
Resam pertandingan, ada yang kalah ada yang menang, ada yang gagal ada yang berjaya... justeru jangan gentar, pantang berundur sebelum berjuang... hayunlah bola anda ke sasaran dengan penuh keyakinan, kerana dalam setiap keyakinan itu pasti punya kekuatan dan dalam setiap kekuatan itu pasti punya keazaman (azam jugakkk.... uols jagn mare!) untuk merebut 10 tempat terbaik mewakili Universiti Sains Malaysia, mengibar cabaran di Sukan Staf Universiti Se-Malaysia kali ke-35 yang akan berlangsung pada Jun 2010 nanti. Secara peribadi, saya gembira untuk melihat sekiranya rakan-rakan staf kampus kejuruteraan dapat mendominasi Top10 sesi pemilihan nanti. Tidak kisah siapa yang berjaya kerana ini akan membantu warga kampus kejuruteraan secara keseluruhannya untuk terus melonjakkan standard permainan bowling ke persada yang lebih tinggi di masa hadapan! Ayuh... (awatla macam lagak hasbullah awang jer....ngeh ngeh ngeh)
 
Permainan sebanyak 16 games kelihatan begitu sukar terutamanya untuk mengekalkan momentum  balingan dan seterusnya mengekalkan purata jatuhan pin yang konsisten. Menurut cakap-cakap beberapa pemain universiti yang berpengalaman, untuk mennyertai skuad universiti, sekurang-kurangnya jatuhan pin purata 170++ diperlukan! Sukar untuk dilakukan oleh beberapa pemain kita berdasarkan persembahan semasa tetapi barang diingat tiada yang mustahil... Insyaallah berkat semangat dan keiltizaman yang tinggi, kita semua mampu melakar kejutan bersejarah pada hari tersebut! (WRG... tolong sediakan air tawar bagi kuatkan semangat.. air mineral hembus macam 31/03 yang lepas pun hokey!... bak 2 karton!)
 
Semoga coretan ini sedikit sebanyak mampu membakar semangat anda untuk melakukan yang terbaik pada 3-4 April 2010 nanti! Selamat Maju Jaya!
 
We pay! We play! We win!
 
 
 
Nota kaki: Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa. Ketidakberjayaan (dengan izin... Dewan Bahasa dan Pustaka) itu tidak menandakan anda seorang yang tidak berbakat tetapi mungkin kurang bersedia ataupun belum mempunyai kemahiran yang mencukupi bagi menggegarkan arena bowling universiti. Teruskan usaha dengan melakukan latihan secara regular bagi membetulkan teknik-teknik dan mengurangkan kesilapan. Jangan berhenti separuh jalan... ini bukan penghujung karier bowling anda (karier ke? bukan kerja kat USM ka?...ngeh ngeh ngeh!) Banyak lagi pertandingan bowling akan menyusul di masa yang akan datang. Insyaallah!
 
 

Tuesday, March 30, 2010

#43 Gendang Perang Kej. Bowling Ukhwah Tanpa Sempadan

Salam 1 Malaysia adik kakak abang-abang sekalian....

Sudah bersedia ker utk mlm ni? Sapa yang nak perasap bola ke nak perah asam limau ker nak balut ngan kain kuning ker... sempat lagi nie.. kul 1 sat lagi time lunch hah uols pi la buat semua bende-bende tu! x elok uols percaya tahyul mahyul mcm tu. Sekarang nie kat TV macam-macam citer hantu ader... iol x nak ulas nantikan kata promo lak! Tapi iol memang la seram duk tgk sorang2! naik segala vulu roma i! mekbowling dah buat upacara lenggang bola ker smlm?... no! no! no! no!... (intonasi gedik ckit) Iol x wat keje2 gitu semua tau sebabnya iol hanya berdoa memohon pada yang esa... Allah s.w.t. (kaf ba ra kaf alif ta nun...) insyaallah! betul x ustaz WRG? bermain sambil berdakwah katanya.... sekali lagi kaf ba ra kaf alif ta nun.... Jom sama-sama berjemaah zuhur kat Pusat Islam haini... mengimarahkan katanya!

* Megalanes yang 50 km (pergi balik) pun uols boley pi tiap-tiap malam.. inikan pula Pusat Islam hanya hanya sekangkang (kire dekat yang amat lah nie.. uols nie bukan leh caya nnt duk fhm bende len plak) dari opis uols pun jarang-jarang sampai! ke guana Abg ROsMan n Abg FadzLi (kedua-duanya bukan nama sebenar... takut kene saman uols ngeh ngeh ngeh)? yang len-len pun sama gak... x larat nak tep nama depa semua.. nama man ngan li gak la iol nak hi-lite... i pun duk pike2 gak statement nie... jom sama-sama renungkan!


eh eh... apa kaitan bende-bende di bawah ngan bowling?...


eh eh cantiknyer la TV LCD nie... uol ade nampak x pin bowling kat belakang parrot tu?... nampak ke x nampak? nampak??? kalu nampak tu boley la uol mula baca yasin... ngeh ngeh ngeh


Nie apa mesin basuh ade kaler2 pink ckit nie?.... mmm motif2?


uhh.... nyamannya dapat peti cjuk 2 pintu nie uols... silap2 haribulan uols pun bley tido dalam nie! mau?... mau ke x mau? mau ler... eh x mau lak!... nnt iol kejutkan uols! masa tu dah kejung jd air batu!

.
.
.
.
.
.

Pastu apa kaitannya ngan bowling???

.
.
.
.

nie hah uols... sebab semuanya ada kaitan dengan...




Nota kaki: Uols berangan la sekejap dapat bende2 mcm tu.... tapi manalah tau kan Ust. Yusof ke Ust. Sha'rani ke Ust. WRG ker... dapat sponsor korporat untuk meriahkan pertandingan bowling anjuran Pusat Islam dengan barang-barang gargantuan mcm tu... duk pening2 mcm mana nak wat kelik peti sejuk 2 pintu tu malam nie... kete iol x muat! bontot xder. mmmm AED pinjam kete putih tu...

Dengar2 citer mekbowling x mo all out mlm nie kaedahnya! alasan jaga anak2.. nak bagi hubby dia fokus katanya! mmm... wait n see! nan ado... ngeh ngeh ngeh! konspirasi sungguh la depa berdua nie!... meh dengar lagu.. berdua denganmu pasti lebey baik... daaa x igt lirik! xde masa nak menghapai bende2 melalaikan tu... (kaf ba ra kaf alif ta nun...)

Li kata walaupun lane PJH duk sebatu jauhnya malam ni, tetap dia akan lancarkan perang saraf! fofular ke PJH nie? mmm... Pusat Islam yang 100 langkah tu pi ker?.... ngeh ngeh ngeh... motif??? wakaka...

Get back to your work colleagues! Fokus2... melalut je kejenya.. bai bai uols. Good luck everybody!

C ya tonite!


Saturday, March 27, 2010

#39 Sekitar Tour Liga 1 Malaysia 27 Mac 2010, Megalanes Prai

Berikut ialah rakaman beberapa balingan yang dilakukan oleh peserta yang menyertai liga 1M tadi. Kita mulakan dengan gaya spinner oleh Din Penunggu Megalanes... ngeh ngeh ngeh! Dia men bagus tadi! almost clean games! bravo2... dapat tempat ke-4 kalu x silap!


di bawah ialah pelbagai gaya balingan hook! the hookers rule!

Kalu x silap nama beliau ialah Shamsul Bahri



Berikut ialah video juara... nama saya x ingat... maaf no! Average game 200++.



Nie plak bowlaholic Dr. Tun Zainal... ok gak beliau men cuma katanya game awal-awal x berapa nak menjadi... good try doc



Nota kaki: Selamat melakukan senaman leher! jangan terkehel udah uols semua! ngeh ngeh ngeh...


#38 Shalin the Invisible

Nerve to nerve match between Shalin Zulkifli and Tore Torgessen. I wish bowling will be one of the olympic sports soon! Just wonder what type and how many medals Malaysia will grab!



Nota kaki: bila nak dapat score mcm tu?....

Thursday, March 25, 2010

#36 Keputusan PDBL2010 Meet 2 (24 Mac 2010)

Arakian dimaklumkan berikut ialah keputusan rasmi bagi PDBL2010 meet 2 yang berlangsung semalam... Seperti yang diduga terdapat beberapa perubahan ketara dalam kedudukan carta (matila tiru mekbowling... ngeh ngeh ngeh) Pujaan 10 semasa dan juga keseluruhan! Tahniah diucapkan kepada para pemenang manakala bagi yang terkeluar dari senarai... Cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... dan.....




Carta Pujaan 10 terkumpul pula adalah seperti berikut....




Jackpot bernilai RM50 terus dimiliki oleh En. Fakar yang telah melakukan strike pada frame ke 3, 6 dan 9 serta jatuhan pin tertinggi. Opah terpaksa berputih mata walaupun hampir-hampir memiliki jackpot tersebut. Apa-apa pun tahniah kepada kedua-dua mereka yang telah menunjukkan persembahan permainan yang terpuji! Iol nak krunch-krunch jack n jill sat... ngeh ngeh ngeh

Ulasan perlawanan: Pada malam ini perlawanan di antara pemain-pemain bertaraf universiti berlangsung sengit dengan pintas-memintas berlaku di antara En. Fakar dan Pn. Rohana dan En. Azrol. Cuba menyelit di celah-celah ialah En. Rosman yang pada sebelah paginya telah melancarkan beberapa perang saraf di kafe staf yang jelas telah memerangkap PB. Cik Rosni seperti biasa melakukan balingan tepat untuk berada di kelompok 5 teratas. Jika dilihat trend pada malam ini, terdapat beberapa keputusan upset yang akhirnya telah menolak PB keluar dr carta, Dr. Tun juga hampir-hampir tersungkur... Abang Zainal pula hanya mampu menduduki tempat ke-8. PU masih menunjukkan prestasi yang konsisten dengan meraih 5 mata. Begitu juga dengan Ketua Teknikal. Keadaan lorong yang sangat berminyak jelas menyukarkan beberapa pemain untuk melakukan balingan hook. Begitulah cabaran kepada setiap pemain boling yang harus peka dan pantas berubah mengikut lane conditions. PB sehingga game ke-5 dilihat masih terkial-kial mencari arrow dan sering melakukan kesilapan release yang mudah. Oppps hampir terlupa... Ketua Publisiti berjaya meraih 3 mata pada malam ini seterusnya menolak keluar PB dari carta. Ketua Penajaan lak... tenggelam timbul hingga ke akhir saingan... ngeh ngeh ngeh! Walau apa-apapun tahniah diucapkan kepada semua pemenang!  

Nota kaki: Mekacih Opah di atas teguran.. terdapat sedikit ralat di dalam posting terdahulu. Carta telah dikemaskini... Ralat tidak melibatkan sebarang perubahan dalam kiraan jatuhan pin. Cuma perubahan kedudukan carta Pujaan 10 melibatkan 2 jagoan, Dr. Tun dan Cik Rosni. Harap maklum!

Monday, March 22, 2010

#32 Keputusan Penuh 17 mac 2010

Adik kakak abang-abang sekalian....
Sila klik rajah di bawah bagi keputusan penuh kejohanan 17 Mac 2010 yang lepas....


Nota kaki: Untuk memenuhi hasrat Dr. Tun.... Kugagahkan jua diri membuat posting ini!

Friday, March 19, 2010

#31 Open Special Bowling Tournament 28 April 2010 - Megalanes Prai

Hebahan mengenai kejohanan yang akan datang... sila hubungi penganjur untuk penyertaan dan maklumat-maklumat berkaitan. Adik kakak abang-abang yang berada di Bumi Malaysia yang bertuah ini, x kira lah kat Parit Buntar ker, Nibong Tebal ker, Kepala Batas ker, Bandar Baharu ker, Tapah ker, Tanjung Malim ker, KL ker hatta JB sekalipun, sekiranya berminat sila berhubung dengan En. Aziz yer... Bilangan peserta adalah terhad. Sapa cepat dia dapat... mari-mari-mari!  


Nota kaki: Serik dah nak men tour nie... tapi apa kan daya makan minum tidur mandi pun bowling.... obses! jiwa... jiwa... jiwa kacau... 300 dek non.. sapa yang x mau!

#30 Keputusan Bowling For Fun Beginner Special 17 Mac 2010

Berikut ialah keputusan top10 bagi kejohanan tersebut. Seramai 48 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan ini dan susana pertandingan berlangsung dengan begitu meriah sekali. Keputusan penuh tidak dapat dikeluarkan kerana isu emosi yang meruntun jiwa admin blog.... huhuhuhu!


Keputusan kali ini dibesarkan sepenuhnya kerana tidak melibatkan pentadbir blog... hahaha! Kita dengar apa kata para pemenang (terpilih jer)!


Puan Rohana Din @ Opah = Kak na dah memberi yang terbaik pada malam ini. Berpuas hati tetapi kalau boleh next time kak na nak jadi champion plak.... Lagipun uol taula kak na nie kan veteran! Kire hebat apa! Nak banding ngan si faiza tu.... mudo lagi tp nan ado huhuhu!

En. Fakaruddin = well.... sib bek la aku masuk list! Kalu dop.. masuk hantu ader la... spin i bermasalah la malam nie.. x tau kenapa! Lupa basuh baju seminggu kot... wahahha

Apa kata yang kalah pulak....

En. Faiza = Aku cuba nasib jer malam ini, tapi jari lebam kan sebab kesilapan teknikal, so hook aku x menjadi malam nie... next meeting tauler untung rugi nasib korang!

En. Said = Saya amat puas hati walaupun kalah malam nie.. sebab saya dapat kalahkan PB. lagipun saya mencatat jatuhan peribadi terbaik 181 pada malam ini... jom saya belanja McDonalds kat autocity!

Dr. Tun = Malam nie memang bukan malam saya.... insyaallah saya akan menyerlah 24hb nanti.. PDBL 2010! Tunggu....

En. Azam = Speechless (Maaf saya tidak mendapat maklumbalas daripada beliau yang terkedu dengan prestasi terburuk pada malam tersebut!)


Sekian, coretan untuk kali ini.... tahniah kepada semua pemenang, kepada yang kurang berjaya... teruskan usaha! Chaiyo2

Monday, March 15, 2010

#26 Kejohanan Bowling - Ukhwah Tanpa Sempadan

Salam bahagia adik kakak abang-abang sekalian,
Buat kesekian kalinya, Megalanes akan dimeriahkan dengan kejohanan bowling anjuran USM. Kalau nak diikutkan sepanjang Mac 2010 ini, setiap minggu ada saja pertandingan yang berlangsung. Untuk menyegarkan, kita imbas kembali...

10 Mac 2010 - Kejohanan Bowling Beginner (Average < 160) anjuran Dr. Tun PPK EE
17 Mac 2010 - Kejohanan Bowling Beginner (Unrestricted Average) anjuran En. Aziz PPK Kimia
24 Mac 2010 - PDBL2010 Season I - Meet 2
31 Mac 2010 - Kejohanan Bowling Ukhwah tanpa Sempadan anjuran Pusat Islam USM KKj

Alhamdulillah... meriah sungguh weh! tapi satu pun x menang lagi nie.. guana?... huhuhu. Apa-apa pun saya begitu gembira melihat sambutan yang begitu tinggi di kalangan warga USM KKj terhadap sukan bowling. Bermula daripada PDBL2010, a lot of tournaments available nowadays like mushrooms grow after raining (penangan lagu merapu mat saleh).   Seolah-olah warga di sini mendapat semangat baru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menyihatkan di samping merapatkan silatulrahim sesama staf dan juga orang luar. Sebenarnya ramai pemain-pemain berbakat yang terdapat di sekitar kampus kita ni, ambil contoh Ustaz Borhan tue... diam-diam tup tup dapat tempat ke-4 pada 10 Mac yang lepas... tahniah2! Puji ikhlas nie... tapi kalu boleh tolong selitkan doa-doa yang baik-baik lepas solat tu pun ok gak... amin!

So tunggu apa lagi.. jom beramai-ramai kita memeriahkan Megalanes pada 31 Mac ini. Terbuka hanya untuk warga USM sahaja.. al-maklum!


Nota kaki: Iol suker moto pertandingan bowling anjuran pusat islam nie... ukhwah tanpa sempadan! buatlah kawan di mana-mana sahaja di seceruk alam yang fana ini. Tapi kene ade ayat pelengkap dia lak... ukhwah dengan batasan.... kalu ukhwah tanpa batasan nan ado.... hehehe! I like........... bai bai uols! iol nak pi lunch...