Sembang Sembang Bowling

Showing posts with label 2nd season. Show all posts
Showing posts with label 2nd season. Show all posts

Friday, December 17, 2010

::THE RESULT::

Ramai yang tengah tunggu result ke???
Tapi rasanya, ramai yang dah tau kotttt.. khennnn??
Tapi.. Takpe lahh... acara wajib ni.. tempek kat belogggg...
Ape JADAH ade belog kannn...



Toksah laaa duk susah payah jegil-jegil bijik mata...
Macam tak biasa... klik laaa gambaq tu kalo nak tgk besaq2!!!

JOHAN = RM400
Mohd Nurul Azrol

NAIB JOHAN = RM200
Rosni Hassan

KETIGA = RM100
Norzalilah Ahmad (o o) <--- kembang idong!


Mak HEPPY taW!!!!
Sebab kekalahan yang merundum bulan lepas... dapat ditebus balik!!
Tak hagak-hagakkkk lagi tuuuu.. kaut 10 point!!!
Terus naik nombot 3 tawww!!!
hak hak hak hak!!
Makan hatiiii u olssss!!!

Tapi paling best JOKER terbaekkkkk laaaaa...
Kak Eena the bOoM!!!
Dah la main cak chi lut.. bulan pertama jer dtg.. 
pastu tak dtg-dtg dah.. tup tup final, sudah kacau lain orang yg punya laa pulun nak dapat point! Dapat 6 point lagiiii... CAYA LAH KAK EENA!!!! Muah! muah!!

Kepada pemenang?? 
Terima kasih laaa sebab velanjerr kami-kami yang pengalah ni.... huhuh!! *sorang tu jer lah.. (',)*

Lastly...
THANKS A LOTTTTTTTTTTTT!!!!!
Kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang dah bagi komitmen yang PALING TERBAIK!!!!
Kalo ada salah silap.. kekurangan di mana-mana harap kami dimaafkan...
Kalo ade ayat-ayat sentap... sampai pedih ulu hati... MAAF juga kami mintak....
Biasalahhh.. Manusia mana yang tak pernah buat silap kan???

OK  U OLSS!!!!!

Next year punya Payday???

kena tunggu BIG BOSS kata OKEY arrrr!!!
lalalallalaalalala..


ADIOS!!!


Tuesday, December 14, 2010

::FINAL SEASON II::



ALL PAYDAY LEAGUE BOWLERS!!!

DAH SIAP SEDIA KE???

SUDAH MANTOP KAH TRAINING U OLS??

SUDAH SIAP SEDIA KAH MAU MENJADI JUARA????

OF KOSSSSSSSSSSS!!!
MAK SUKAAAAAAAAAAA!!!!

SOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO,

JANGAN BUAT-BUAT LUPA PERJANJIAN KITA MALAM ESOK HOKEYY!!!!

KALO ADE DATE, BATALKAN DENGAN SEGERA!!

TAK PON AJAK JER NGEDET KAT BOWLING ALLEY... APE SUSAHHHHH! KHENNNN...

FINAL U OLSSSSSSSSS!!!

MACAM BIASA.....

TARIKH : 15 DISEMBER 2010 (Rabu)

            MASA   : 8.00 malam (pendaftaran)
                            8.30 malam (perlawanan bermula)

                 TEMPAT : Megalane Bowling Centre

WaHHHH... Senget-senget plak.. Kelllasss!!!!!


JUMPA 
DI SANAAAAAAAAA.. DI SANAAAAAAA! 
DI SANAAAAAAAA!!!

Wednesday, November 24, 2010

::RESULT 5 MATCH::



Malas nak ulas ape-ape...
tengok lah sendiri!!
SEYDDDIIIHHHHHHHHHH!!!!


Thursday, November 11, 2010

#73 RESULT!!!

SORI... SORI... SORI...
ADMIN PAYDAY LAMBAT UPDATE THE RESULT!!!
KESAH NYER ADMIN BLOG PAYDAY NI BUSYYYYYY JER MEMANJANG... AL-MAKLUM LAH.. BERPEGANG PADA COGANKATA "UNTUK SKUL!!".. JADINYA, KERJA-KERJA UTK SKUL LAGI PENTING... WAHHHHH GITU KAN!!!

TAPI ADMIN BLOG PAYDAY YANG LAGI SORANG TU.. (pssttt... Abg. Fink kiter..) DENGAR KATA, DAH BUAT PRESS CONFREN DAH ARITU.. HAIHHH... PATUT LAHH LAMA TAK NAMPAK-NAMPAK BETIS KERING TU KHENNNN....

OKEY DOKEY!
TAMAU SOKSEK PANJANG-PANJANG... 
INI MEK TEMPEK THE RESULT KEBABOMMMMMM BAGI PERTEMUAN KALI KE 4 YANG BERMAKNA BUAT MEK!! MEK DAPAT NO. 2 OHHH.... SYORGAAAAA!!!
NASIB BAIK TUAN ROSMAN KITA TU LEBIH HDCP DARI MEK.. KALO TAK, MEMANG MEK LAH OVER DOSE!!!

- KALO AGAK2 TAK BAPE NAK TERANGGGGG TU KAN.. PANDAI2 LAH KLIK..-

PUAS HATI DAH??
DAH?
DAH?

OK.. JOM TIDO!!

Monday, October 25, 2010

#72


*kelllasssss hakakkk divaaaa!!!*

Mari mariiiiiiiiiiiiiii!!!!
Rapattttttttt!! rapattttttttttttttttttt!!!


Cukup cukup lah tu cik abang, hakak hakak sume bercuti....
2 bulan u olssss!!! tak ke lenguh pingangggg.. hasyekkk nak melepapppp jerrkkk!!!
Hah.. nak tunggu lagi???
Esok lusa kita bakal berentapppppppp!! Untuk kali ke 4 dalam musim kedua ni u olsss!!
Kellllassssssssss tawww!!!

Tapi jangan lupa u olss... jenguk-jenguk la dalam beg bowling u olss tu...
takut nanti kang ade pulak bola yang terbelah bagai pinang dibelah dua u olsss!!!
Lagi sakan kalau 'kak T n the Geng' buat party stokin dalam tu... wakkakakakkakaka!!!
Hah itu laahhhh.. kalau dah pesen nyer ade tournement baru nak jejak kaki ke lantai bowling alley.. *mek la tuuuu.. ahakkss!*

Malam RABU ni u olsssssssss!!
Jangan Luferrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! Perasap Bola Lebih Skettttttttttttttttt!!!
Jack pot dah naik ke RM250 kauuuuu!!!! hah.. tak nak ker????

Jangan buat-buat luferrr hokeyyyy!!!
RABU (27/10/2010)
JAM 8.30 MALAM

MAKLUMAT YANG PENTING NI....

LANE BOOKING PUKUL 9 MALAM..
HARAP SEMUA BOLEH DATANG SELEWAT-LEWAT PUKUL 8.30 MALAM...
SEBAB APE, PIHAK PENGURUSAN MEGALANE DAH BISING².. SEBAB USM SELALU START TOURNEMENT LAMBAT...

OK U OLSSSS....
SELAMAT PERASAP BOLAAAAAAAAAAAAA!!!

...tata titi tutu...


*mek yg terdibahhhh!!*
^__^

Tuesday, July 13, 2010

#63 RMIC Beginner's Bowling Tournament Series 3

Arakian dimaklumkan adik-adik abang-abang kakak-kakak sekalian alam...

Pertandingan RMIC Beginner's Bowling Siri 3 akan diadakan pada 20 Julai 2010 bermula jam 830pm (pendaftaran & undian) bertempat di Megalane Prai. Yuran pendaftaran RM30 untuk 3 permainan.

Hadiahnyer....

Juara: RM200.00
Naib Juara: RM100.00
Ketiga: RM60.00

Jackpot: RM120.00 [Kombinasi Strike Frame 1, 5, 6, 9, 10 (Turkey)]

maklumat lanjut sila klik di sini. Untuk makluman, Kejohanan ini dianjurkan oleh Prof. Madya Dr. Tun Zainal dari RMIC dan PDBL tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalamnya. Sekadar mempromosi pertandingan yang dianjurkan oleh kawan-kawan!

Psst ---> Dr. Tun paling busuk pun Pelita Autocity... ngeh ngeh ngeh

Jom bersama-sama memeriahkan pertandingan. Warga USM anda dialu-alukan untuk menyertai kejohanan ini.

Nota kaki: Iol sedih melihat penarikan diri beberapa peserta PDBL semata-mata tidak berpuas hati dengan sistem handicap yang digunapakai sekarang. Iols rasa penarikan diri bukan merupakan jalan yang terbaik untuk memurnikan lagi komuniti bowling di kampus kejuruteraan kita ini. Semoga peserta-peserta terlibat dapat menimbang kembali keputusan mereka demi memastikan kesinambungan kemeriahan aktiviti bowling di kampus kita ini.

Berbalik kepada agenda asal PDBL hanyalah untuk menyuburkan aktiviti bowling di kampus kita ini serta menambaik sillaturahim staf-staf daripada pelbagai jabatan, saya menyeru agar semua peserta-peserta terus memberi sokongan yang sewajarnya. Hormati sistem yang sedia ada dan ruang penambahbaikan akan sentiasa terbuka di masa hadapan, Insyaallah.

Kadang-kala dalam kehidupan tidak semestinya apa yang kita katakan adalah betul dan yang betul itu pula tidak semestinya popular. Baik bagi kita mungkin tidak bagi seratus yang lain... moga-moga kita semua dapat merenung kata-kata ini. Mungkin PDBL sudah menjadi terlampau kompetitif bagi sesetengah golongan sehingga kita alpa dan kehilangan nilai-nilai intrisik di dalam menjaga hubungan sesama manusia. Minta dijauhkan... Amin. Segala yang baik dari Allah swt, tuhan sekalian alam segala dan segala kelemahan pastinya datang dari kami sebagai penganjur, manusia yang fana (bukan ebby fanaskova uols!). Selamat maju jaya untuk semua! 

Monday, July 5, 2010

#62 The Return of Abg Pink

Salam Sejahtera semua peserta PDBL2010 tuan-puan adik kakak avang-avang sekalian alam... alhamdulillah iol telah kembali bersiaran setelah sekian lama memencil diri dari dunia perbowlingan selama sebulan lebih mengikut kiraan masa yang secara lebih kurang... bukan merajuk berkecil hati cuma iol sibuk bertempur di dalam arena sukan yang lain... alhamdulillah semuanya telah kembali normal.


Jangan makan hati uols... i bukan pulang sorang... ngeh ngeh ngeh!

Kembalinya Azamitri Topikova (x mcm Ebby Fanaskova Sinar FM ke nama nie?... kering idea per? yang penting va va kat belakang.. terasa iol nie adik beradik ngan maria sharapova negh ngeh ngeh.. volleh?...) ke lapangan blog ini pastinya telah mengundang resah dan gundah gulana di kalangan peserta-peserta PDBL2010 kerana ini menandakan beliau akan menyambung perjuangan beliau di dalam arena bowling.. ngeh ngeh ngeh... mana-mana yang dah ade point kat carta pujaan itu... tunggu yer... iol kick out uols sorang-sorang! ngeh ngeh ngeh...

Sepanjang ketiadaan iol di kampus, iol ade kedengaran beberapa isu berkenaan dengan sistem handicap yang digunapakai di dalam Liga PDBL2010... Iol menerima dengan dada yang terbuka (bidangkah dada iol?... huhuhu) sebarang kritikan dan komen terhadap sistem handicap yang sedang digunapakai sekarang kerana iol percaya tiada sistem yang sempurna di atas muka bumi yang ebby fana ini... eh ebby lagi. ngeh ngeh ngeh...

Untuk pemahaman semua, iol memohon semua peserta PDBL2010 membaca entry #58 berkenaan sistem handicap yang digunapakai... sistem tersebut telah dibincangkan dan diperhalusi sewaktu mesyuarat jawatankuasa penganjuran PDBL2010 Musim ke-2 yang pertama. Sistem ini telah diubahsuai daripada sistem handicap yang digunapakai dalam Liga Mutiara Pulau Pinang. Kelainan dibuat ke atas sistem handicap ini bagi menjadikan persaingan kejuaraan PDBL2010 lebih menarik dan berwarna-warni serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Perbezaan gender tidak menjadi keutamaan kerana sistem ini memberi nilai handicap berdasarkan nilai jatuhan purata bulanan di mana ianya kelihatan lebih terbuka dan adil. Bowling bukan merupakan permainan fizikal seperti sukan-sukan yang lain seperti bolasepak, badminton dll. yang memungkinkan wanita akan kelihatan 'inferior' (dengan izin.. wow.. macam dalam dewan rakyat plak... he2). Bowling memerlukan fokus, konsistensi dan kekuatan mental yang mana kedua-dua gender mempunyai kemampuan yang hampir sama. Suka iol untuk merujuk kepada pertandingan epik di antara Shalin Zulkifli (Wanita - Malaysia) dan Tore Torgesson (Lelaki - Norway) yang berkesudahan memihak kepada Shalin...

Sistem handicap PDBL2010 mungkin bukan yang terbaik tetapi jika tuan-puan dapat menghormati sistem tersebut... Insyaallah perjalanan PDBL2010 akan menjadi lebih berwarna-warni dan lancar. Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 tidak akan melakukan sebarang perubahan kepada sistem yang sedang digunapakai sekarang kerana menghormati PDBL2010 musim ke-2 yang sedang berlangsung dan cuba berlaku adil terhadap semua peserta-peserta PDBL2010.

Sebarang komen atau cadangan mahupun kritikan bagi penambahbaikan sistem handicap akan disemak semula pada permulaan musim ke-3, Insyaalalh.. dengan izin-Nya!

Nota kaki: Tahniah buat pasukan bowling wanita USM yang telah merangkul pingat Emas dan juga Opah yang telah merangkul pingat Gangsa kategori individu bowling wanita SUKUM35 yang lalu. Juga sekalung tahniah untuk pasukan bolatampar lelaki USM yang telah melakukan kejutan meraih pingat Gangsa walaupun tidak diberi sebarang harapan pada permulaannya. Impossible is nothing... Jumpa lagi SUKUM36 di UTEM, Melaka! Insyaallah... make sure UTEM sediakan patung si kancil yang mencukupi untuk pemenang pingat Perak & Gangsa seperti mana UMT lakukan sewaktu SUKUM34 yang lalu (Comel patung kuda laut tu... ade dlm lemari iol ngeh ngeh ngeh). USM ni bajet sangat laa... gold medallist jew dapat Lang Gemilang... Perak & gangsa.. nan ado! sedey sgt2! hukhukhuk...

Betul ke iol dengar ade orang sanggup baling ke longkang semata-mata mengejar hadiah2 jackpot ittew?... mmm macam2 strategi deme2 semua nie yer... janji hepi Okies! Play by rules ngeh ngeh ngeh... as long as you are not violating the system/rules imposed by Jawatankuasa Penganjur PDBL2010, please feel free to do so... :p 


Thursday, July 1, 2010

#61 Keputusan Rasmi Liga Payday Boling (30/6/2010)

*Klik Gambar utk tumbesaran*

Keputusan ini muktamad... Harap tiada lagi sok sek kat belakang...
Handicap diberi berdasarkan purata (avg) keseluruhan permainan setiap pemain pada bulan lepas, iaitu pada bulan MAY

Walaubagaimana pon dengan melihat keputusan liga pada bulan ini (Jun), pemain yang mendapat purata keseluruhan permainan (tanpa handicap) yang tertinggi, akan dikira semula handicap utk liga pada bulan Julai. Which is, korang tak kan pakai handicap yang sama lerr... ade faham???

Untuk En. Fazly yang takde handicap tu.. sebab kena denda.. Sapa suh tak mai bulan lepas?? Nasib lah kennss... Tapi tetap mantoppp! last last minit dapat jugak point.. WALAUPON!!! hahahahah (memang jaguh industan ke ape ni, menang last minit!)

Ape²pon.. berapa pon handicap yang u ols dapat... we olss pemain VASITI ini tetap dalam ranking teratas okeyyY!! Wahhhh... stetment kasik letoppp nehhh!!
hahahhaha.. noxxx!! i ol rindu kat u ols laaa!! 
takkan demam urat tak kebah2 kot lagi nyah!!

Dan ini pulak adalah jumlah kutipan mata utk setakat 2 kali pertemuan.
Kak Ana tetap mendahului carta pujaan...
Sape2 dapat potong kak ana bulan depan.. 
i kasik tabik spring kat u olss!! ahaksss!!

Dan untuk bulan ini, Jackpot masih mengekalkan nilai yang sama seperti bulan lepas.. (kes tak buat meeting la ni... ) Walau apa pon, tetap ada yang dapat Jackpot (RM10) untuk bulan Jun. Main utk Jackpot jaa. bukan utk ranking dah... hehehhe...
123 = Zabri
161 = Zabri 
145 = Yunus
111 = Fazly
99 = Zabri
sume main ta ya pa wau jer niii.. tahu sangat!!! 
nasib korang baik la malam tu.. sebab Pengerusi Berkutu kita tak datang.. Demam urat katanya... Kalo tidakkkk... harus u ols - u ols semua kena tempikkk sebab main tipu!!!
*larikkkkkkkkkkkkk!!!

Tuesday, June 29, 2010

#60 PERTEMUAN KEDUA, MUSIM KEDUA!!!

Assalamualaikum...
Kepada semua peserta Liga Payday Bowling 2010 (2nd season), perlawanan kedua bagi musim ini akan diadakan pada:

              Tarikh : 30 Jun 2010 (Rabu)
            
              Masa   : 8.00pm (pendaftaran)
                  8.30pm (perlawanan bermula)

              Tempat : Megalane Bowling Centre

hah kauuu!! merah menyaloooOOOo gitu!!!!
tak nampak lagi tak tahu lah kannsss!!!

Suka diingatkan supaya anda semua dapat datang pada tepat waktu utk membuat undian lorong. SELALU SANGAT lahhh peserta yang nak kena tunggu penganjur. (sape tu yer?)
Ok, untuk lebih meriah... minggu ini, handicap akan diberi kepada peserta yang layak. (rasanya semua layak kot... hehehe)

Kepada yang belum membuat bayaran, sila berbuat demikian ditempat pertemuan pada bendahari Liga Payday Bowling 2010 (2nd Season).


**Mana pegi 'Abang Pink' kita ni yerr?? 
senyap sepi tanpa berita... 
takkan nak buat COME BACK malam ni kot.. sbb dah dapat handicap 100!!! Awwww!

Tuesday, May 25, 2010

#57 Maklumat Tambahan PDBL2010 Musim ke-2

Salam adik kakak abang-abang sekalian,
Alhamdulillah iol kembali bersiaran setelah lama terperangkap dengan tugasan-tugasan universiti... hip hip horey.... ngeh ngeh ngeh

Terdapat beberapa perubahan format bagi PDBL2010 musim ke-2 kali ini yang semestinya bertujuan untuk menambah kehangatan dan kegelisahan setiap peserta PDBL2010. Di antaranya ialah:-

1. Peningkatan hadiah sebanyak 100% berbanding musim terdahulu... yang penting ngko bayaran bulan tetap sama RM30, maintain 5 games. Hah ade ngko jumpa penganjur2 macam kami ni kat luar sano? nan ado kan... hadiah up, bayar sama... tokey kedai emaih pun x buat lagu tu... apa-apapun exclusively utk staf USM sahaja! uols tetap di hati iol hokey....

HADIAH KESELURUHAN

Juara: RM400.00
Naib Juara: RM200.00
Ketiga: RM100.00
Keempat: 80.00
Kelima: RM50.00
Keenam: RM30.00
Ketujuh: RM30.00
Kelapan: RM30.00
Kesembilan: RM30.00
Kesepuluh: RM30.00

2. Jackpot bulanan - mmm yang nie mesti menarik... terdapat 2 jenis jackpot akan ditawarkan pada setiap bulan! Jackpot Utama bernilai RM50.00 akan ditawarkan pada setiap kali pertemuan diadakan dengan nilai rm50.00 bagi mana-mana peserta yang pertama berjaya menyamai kombinasi strike/spare/split yang akan diumumkan oleh penganjur sebelum permulaan permainan. Sekiranya tiada pemenang pada bulan tersebut, hadiah jackpot akan dibawa ke pertemuan seterusnya... untuk esok malam, 26 Mei 2010, Jackpot terkumpul bernilai RM100.00... WOW! Selamat berjaya kepada semua peserta...

Manakala, jackpot kedua ialah jackpot hangus... di mana sebanyak 5 jackpot bernilai rm10.00 ditawarkan pada setiap bulan. Peserta pertama yang menyamai jatuhan pin yang dikehendaki pada mana-mana permainan, akan mendapat RM10.00. Peserta hendaklah memaklumkan kepada penganjur sebaik sahaja mereka menyamai jatuhan pin tersebut bagi tujuan tuntutan hadiah. Ingat uols hanya peserta yang pertama menyamai jatuhan pin sahaja yang layak....

Untuk esok malam... jatuhan pin untuk jackpot hangus ialah: 161 123 111 99 145

Selamat maju jaya.. pilih la mana2 satu pinfall yang you nak. nak sapu lima-lima pun bley! uols jangan pi kedai magnum lak.. tu bukan nombor tikam tau! Haram uols men tikam2 ni!

3. Tarikh-tarikh pertandingan pula ialah... seperti berikut:-

26 Mei 2010

30 Jun 2010

28 Julai 2010

27 Oktober 2010

24 November 2010

29 Disember 2010

Setiap hari Rabu pukul 8.00 malam... apa-apa pun penganjur berhak mengubah tarikh pertandingan sekiranya terdapat keperluan!

panjangnya uols iol buat entry hari ini.. Ok la... jumpa esok malam yer... tata titu titi... ;p

Nota kaki: iol x larat nak komen... uols baca jew entry kat atas tu...

Tuesday, May 18, 2010

#56 : SECOND SEASON!!

HOLAAAAA!!!!
ATAS PERMINTAAN RAMAI...
DENGAN INI DIUMUMKAN....


AKAN BERMULA PADA
26 MAY 2010
JAM 8.30 MALAM 
MEGALANE BOWLING CANTRE.


*KEPADA PESERTA DIMUSIM PERTAMA YANG MASIH BERMINAT UNTUK MENYERTAI, SILA ISI BORANG PENYERTAAN DAN BESERTA DENGAN YURAN PENYERTAAN SEBANYAK RM20 KEPADA URUSETIA PERTANDINGAN SEBELUM 26 MAY 2010.

*BAYARAN DIKENAKAN PADA SETIAP PERTEMUAN ADALAH SEBANYAK RM30. DIBAYAR KEPADA BENDAHARI PERTANDINGAN SEMASA HARI PERTANDINGAN PADA SETIAP BULAN.

*LIGA MUSIM KEDUA INI AKAN BERMULA PADA 26 MAY 2010, JUN, JULAI, OKTOBER, NOVEMBER & DISEMBER (GRAND FINAL) (*tarikh tertakluk kepada pihak penganjur dan akan diberitahu dari semasa ke semasa*)

*MUSIM KEDUA INI, HANDICAP AKAN DIBERI KEPADA PESERTA YANG LAYAK SAHAJA DAN TERTALUK JUGA KEPADA BUDIBICARA PIHAK PENGANJUR.

*LAIN-LAIN FORMAT DAN SYARAT PENYERTAAN AKAN DIBERITAHU DARI SEMASA  KE SEMASA DI DALAM BLOG INI.