Sembang Sembang Bowling

Showing posts with label info liga. Show all posts
Showing posts with label info liga. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

#80 LIGA PAYDAY BOWLING SEASON 3


KAMI KEMBALI KE UDARA!!!!!!

SETELAH BEBERAPA BULAN BLOG NI SUNYI SEPI, KINI PASTI KEMBALI MERIAH!!

YANG BERMINAT JANGAN LUPA ISI BORANG YERRR....
JANGAN MALU-MALU NAK TUNJUK SKILL....
MARILAH PAKAT RAMAI-RAMAI MERIAHKAN MAJLIS... HEHE!!
JANGAN TAKUT.. JANGAN SEGAN... 
UNTUK MUSIM INI, ADA BEBERAPA PERATURAN YANG DITAMBAHBAIK...

ANTARANYA::

**LIGA MUSIM KETIGA INI AKAN BERMULA PADA 25 FEB 2011, 25 MAC 2011, 29 APRIL 2011 DAN 27 MEI 2011 (GRAND FINAL).**


**MUSIM KETIGA INI, MATA HANDICAP UNTUK PEMENANG TEMPAT PERTAMA HINGGA KETIGA DARI MUSIM PERTAMA & KEDUA TIDAK AKAN DIBERIKAN


**MANAKALA UNTUK PESERTA LAIN MATA HANDICAP AKAN DIBERI KEPADA YANG LAYAK SAHAJA DAN TERTALUK KEPADA JUMLAH PUNGUTAN PIN PADA SETIAP BULAN.

TENGOK!!!!
MENARIK BUKAN???

KALAU NAK TAHU SAPA PEMENANG UNTUK MUSIM PERTAMA DAN KEDUA, BOLEH LAH KLIK DI SINI & SINI
JADI, ANDA TAK PERLU RISAU LAGI PADA MEREKA-MEREKA TERSEBUT... HEHE!! (walaupun mek rasa mcm nak nanges! huuwwaaaaa!!!)

OK LAH... 
SESIAPA YANG BERMINAT NAK JOIN THE PARTY, BOLEH DOWNLOAD BORANG KAT SINI, ATAU KLIK LINK DI SEBELAH. TAKPON, BOLEH JUMPA MANA-MANA URUSETIA UNTUK MINTA BORANG PENDAFTARAN.

JUMPA DI SANA!!

Monday, October 25, 2010

#72


*kelllasssss hakakkk divaaaa!!!*

Mari mariiiiiiiiiiiiiii!!!!
Rapattttttttt!! rapattttttttttttttttttt!!!


Cukup cukup lah tu cik abang, hakak hakak sume bercuti....
2 bulan u olssss!!! tak ke lenguh pingangggg.. hasyekkk nak melepapppp jerrkkk!!!
Hah.. nak tunggu lagi???
Esok lusa kita bakal berentapppppppp!! Untuk kali ke 4 dalam musim kedua ni u olsss!!
Kellllassssssssss tawww!!!

Tapi jangan lupa u olss... jenguk-jenguk la dalam beg bowling u olss tu...
takut nanti kang ade pulak bola yang terbelah bagai pinang dibelah dua u olsss!!!
Lagi sakan kalau 'kak T n the Geng' buat party stokin dalam tu... wakkakakakkakaka!!!
Hah itu laahhhh.. kalau dah pesen nyer ade tournement baru nak jejak kaki ke lantai bowling alley.. *mek la tuuuu.. ahakkss!*

Malam RABU ni u olsssssssss!!
Jangan Luferrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! Perasap Bola Lebih Skettttttttttttttttt!!!
Jack pot dah naik ke RM250 kauuuuu!!!! hah.. tak nak ker????

Jangan buat-buat luferrr hokeyyyy!!!
RABU (27/10/2010)
JAM 8.30 MALAM

MAKLUMAT YANG PENTING NI....

LANE BOOKING PUKUL 9 MALAM..
HARAP SEMUA BOLEH DATANG SELEWAT-LEWAT PUKUL 8.30 MALAM...
SEBAB APE, PIHAK PENGURUSAN MEGALANE DAH BISING².. SEBAB USM SELALU START TOURNEMENT LAMBAT...

OK U OLSSSS....
SELAMAT PERASAP BOLAAAAAAAAAAAAA!!!

...tata titi tutu...


*mek yg terdibahhhh!!*
^__^

Monday, July 5, 2010

#62 The Return of Abg Pink

Salam Sejahtera semua peserta PDBL2010 tuan-puan adik kakak avang-avang sekalian alam... alhamdulillah iol telah kembali bersiaran setelah sekian lama memencil diri dari dunia perbowlingan selama sebulan lebih mengikut kiraan masa yang secara lebih kurang... bukan merajuk berkecil hati cuma iol sibuk bertempur di dalam arena sukan yang lain... alhamdulillah semuanya telah kembali normal.


Jangan makan hati uols... i bukan pulang sorang... ngeh ngeh ngeh!

Kembalinya Azamitri Topikova (x mcm Ebby Fanaskova Sinar FM ke nama nie?... kering idea per? yang penting va va kat belakang.. terasa iol nie adik beradik ngan maria sharapova negh ngeh ngeh.. volleh?...) ke lapangan blog ini pastinya telah mengundang resah dan gundah gulana di kalangan peserta-peserta PDBL2010 kerana ini menandakan beliau akan menyambung perjuangan beliau di dalam arena bowling.. ngeh ngeh ngeh... mana-mana yang dah ade point kat carta pujaan itu... tunggu yer... iol kick out uols sorang-sorang! ngeh ngeh ngeh...

Sepanjang ketiadaan iol di kampus, iol ade kedengaran beberapa isu berkenaan dengan sistem handicap yang digunapakai di dalam Liga PDBL2010... Iol menerima dengan dada yang terbuka (bidangkah dada iol?... huhuhu) sebarang kritikan dan komen terhadap sistem handicap yang sedang digunapakai sekarang kerana iol percaya tiada sistem yang sempurna di atas muka bumi yang ebby fana ini... eh ebby lagi. ngeh ngeh ngeh...

Untuk pemahaman semua, iol memohon semua peserta PDBL2010 membaca entry #58 berkenaan sistem handicap yang digunapakai... sistem tersebut telah dibincangkan dan diperhalusi sewaktu mesyuarat jawatankuasa penganjuran PDBL2010 Musim ke-2 yang pertama. Sistem ini telah diubahsuai daripada sistem handicap yang digunapakai dalam Liga Mutiara Pulau Pinang. Kelainan dibuat ke atas sistem handicap ini bagi menjadikan persaingan kejuaraan PDBL2010 lebih menarik dan berwarna-warni serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Perbezaan gender tidak menjadi keutamaan kerana sistem ini memberi nilai handicap berdasarkan nilai jatuhan purata bulanan di mana ianya kelihatan lebih terbuka dan adil. Bowling bukan merupakan permainan fizikal seperti sukan-sukan yang lain seperti bolasepak, badminton dll. yang memungkinkan wanita akan kelihatan 'inferior' (dengan izin.. wow.. macam dalam dewan rakyat plak... he2). Bowling memerlukan fokus, konsistensi dan kekuatan mental yang mana kedua-dua gender mempunyai kemampuan yang hampir sama. Suka iol untuk merujuk kepada pertandingan epik di antara Shalin Zulkifli (Wanita - Malaysia) dan Tore Torgesson (Lelaki - Norway) yang berkesudahan memihak kepada Shalin...

Sistem handicap PDBL2010 mungkin bukan yang terbaik tetapi jika tuan-puan dapat menghormati sistem tersebut... Insyaallah perjalanan PDBL2010 akan menjadi lebih berwarna-warni dan lancar. Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 tidak akan melakukan sebarang perubahan kepada sistem yang sedang digunapakai sekarang kerana menghormati PDBL2010 musim ke-2 yang sedang berlangsung dan cuba berlaku adil terhadap semua peserta-peserta PDBL2010.

Sebarang komen atau cadangan mahupun kritikan bagi penambahbaikan sistem handicap akan disemak semula pada permulaan musim ke-3, Insyaalalh.. dengan izin-Nya!

Nota kaki: Tahniah buat pasukan bowling wanita USM yang telah merangkul pingat Emas dan juga Opah yang telah merangkul pingat Gangsa kategori individu bowling wanita SUKUM35 yang lalu. Juga sekalung tahniah untuk pasukan bolatampar lelaki USM yang telah melakukan kejutan meraih pingat Gangsa walaupun tidak diberi sebarang harapan pada permulaannya. Impossible is nothing... Jumpa lagi SUKUM36 di UTEM, Melaka! Insyaallah... make sure UTEM sediakan patung si kancil yang mencukupi untuk pemenang pingat Perak & Gangsa seperti mana UMT lakukan sewaktu SUKUM34 yang lalu (Comel patung kuda laut tu... ade dlm lemari iol ngeh ngeh ngeh). USM ni bajet sangat laa... gold medallist jew dapat Lang Gemilang... Perak & gangsa.. nan ado! sedey sgt2! hukhukhuk...

Betul ke iol dengar ade orang sanggup baling ke longkang semata-mata mengejar hadiah2 jackpot ittew?... mmm macam2 strategi deme2 semua nie yer... janji hepi Okies! Play by rules ngeh ngeh ngeh... as long as you are not violating the system/rules imposed by Jawatankuasa Penganjur PDBL2010, please feel free to do so... :p 


Tuesday, May 25, 2010

#57 Maklumat Tambahan PDBL2010 Musim ke-2

Salam adik kakak abang-abang sekalian,
Alhamdulillah iol kembali bersiaran setelah lama terperangkap dengan tugasan-tugasan universiti... hip hip horey.... ngeh ngeh ngeh

Terdapat beberapa perubahan format bagi PDBL2010 musim ke-2 kali ini yang semestinya bertujuan untuk menambah kehangatan dan kegelisahan setiap peserta PDBL2010. Di antaranya ialah:-

1. Peningkatan hadiah sebanyak 100% berbanding musim terdahulu... yang penting ngko bayaran bulan tetap sama RM30, maintain 5 games. Hah ade ngko jumpa penganjur2 macam kami ni kat luar sano? nan ado kan... hadiah up, bayar sama... tokey kedai emaih pun x buat lagu tu... apa-apapun exclusively utk staf USM sahaja! uols tetap di hati iol hokey....

HADIAH KESELURUHAN

Juara: RM400.00
Naib Juara: RM200.00
Ketiga: RM100.00
Keempat: 80.00
Kelima: RM50.00
Keenam: RM30.00
Ketujuh: RM30.00
Kelapan: RM30.00
Kesembilan: RM30.00
Kesepuluh: RM30.00

2. Jackpot bulanan - mmm yang nie mesti menarik... terdapat 2 jenis jackpot akan ditawarkan pada setiap bulan! Jackpot Utama bernilai RM50.00 akan ditawarkan pada setiap kali pertemuan diadakan dengan nilai rm50.00 bagi mana-mana peserta yang pertama berjaya menyamai kombinasi strike/spare/split yang akan diumumkan oleh penganjur sebelum permulaan permainan. Sekiranya tiada pemenang pada bulan tersebut, hadiah jackpot akan dibawa ke pertemuan seterusnya... untuk esok malam, 26 Mei 2010, Jackpot terkumpul bernilai RM100.00... WOW! Selamat berjaya kepada semua peserta...

Manakala, jackpot kedua ialah jackpot hangus... di mana sebanyak 5 jackpot bernilai rm10.00 ditawarkan pada setiap bulan. Peserta pertama yang menyamai jatuhan pin yang dikehendaki pada mana-mana permainan, akan mendapat RM10.00. Peserta hendaklah memaklumkan kepada penganjur sebaik sahaja mereka menyamai jatuhan pin tersebut bagi tujuan tuntutan hadiah. Ingat uols hanya peserta yang pertama menyamai jatuhan pin sahaja yang layak....

Untuk esok malam... jatuhan pin untuk jackpot hangus ialah: 161 123 111 99 145

Selamat maju jaya.. pilih la mana2 satu pinfall yang you nak. nak sapu lima-lima pun bley! uols jangan pi kedai magnum lak.. tu bukan nombor tikam tau! Haram uols men tikam2 ni!

3. Tarikh-tarikh pertandingan pula ialah... seperti berikut:-

26 Mei 2010

30 Jun 2010

28 Julai 2010

27 Oktober 2010

24 November 2010

29 Disember 2010

Setiap hari Rabu pukul 8.00 malam... apa-apa pun penganjur berhak mengubah tarikh pertandingan sekiranya terdapat keperluan!

panjangnya uols iol buat entry hari ini.. Ok la... jumpa esok malam yer... tata titu titi... ;p

Nota kaki: iol x larat nak komen... uols baca jew entry kat atas tu...

Tuesday, April 20, 2010

#50

 Kellassss!! entry ke #50... cukup umor liga Payday Bowling musim pertama!!!



Assalamualaikum...
Sukacita diingatkan, pertemuan terakhir Liga PaydayBowling bagi musim pertama adalah seperi berikut:


        TARIKH     :  21 April 2010 (Rabu)

        MASA       : 8.oo malam (pendaftaran pemain)
                      8.30 malam (perlawanan bermula)


        TEMPAT    : Megalane Bowling Canter, Megamall, Seberang Perai.

Undian bagi kedudukan lorong, akan ditentukan semasa pendaftaran. Kepada peserta yang belum menjelaskan bayaran bagi ketiga-tiga pertemuan, hendaklah berbuat demikian pada hari berkenaan.

Bagi peserta yang tidak dapat hadir untuk sesi akhir ini, sila maklumkan kepada pihak penganjur, akan tetapi, bayaran PERLU dijelaskan juga.

*Kalau tak datang rugi. Jackpot utk bowlers markah terendah sedia menanti!!!*

Sekian,
Terima kasih.