Sembang Sembang Bowling

Monday, August 9, 2010

# Selamat Berpuasa

Salam uols semua...

eh pejam celik pejam celik ramadhan al-mubarak muncul kembali... bertambah usia weols yer! syukur ke hadrat illahi kerana memberikan weols peluang utk merasa nikmat berpuasa buat ke sekian kalinya... Alhamdulillah.



Anak sapa la yang comel nie... cjuk mata hati weols kalu dapat zuriat2 yang macam nie! yang pentingnya uols macam ni ke jugak??? motifff? like father like son...

Dalam bulan ramadhan nie.. banyakla insan-insan termasuk la iols yang berdoa mengambil kesempatan memohon keampunan dari Illahi yang telah menjadikan weols dari segumpal tanah. Dari tanah weols datang ke tanah jua weols kembali... Semoga kesilapan yang lalu tidak berulang lagi dan akan lebih mematangkan kita di dalam mengambil tindakan sehari-harian berhidup di Bumi Allah yang fana ini.


 

Berdoalah kita memohon keberkatan dari Illahi agar segala amal kita diterima Allah.
(Motif pinggan kosong uols??? bulan posa kan bulan bersederhana, bukan bulan qada' makan lauk-pauk kuih muih best2 kat pasar ramdhan tu uols!.. bolehhhh?)



iols suka rembulan sabit nie... indahnya ciptaan tuhan

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. , "Allah Ta’ala berfirman, ‘Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang mengatur malam dan siang menjadi silih berganti.’ " (HR. Bukhari dan Muslim)



Di samping itu marilah kita bersama-sama melipat gandakan ibadat kita pada bulan yang mulia ini... Jom weols kita khatam al-quran ke , tambah amalan-amalan sunat yang lain, bersedekah  ker... yang mana bermaksud... kurangkanlah bertamu (bukan bertemu uols) di Megalanes Prai atau tempat-tempat yang sewaktu dengannya! bolehhh? Uols jangan risau.. uols x pi sebulan depa x kan bankrapnyer la! Pas raya nanti depa elok jer buka macam biasa. x percaya?... uols tengok jer nanti!

Kita buat latihan minda posa-posa nie.. tambahkan fokus! uols tau x... aktiviti solat boleh membantu kita meningkatkan fokus minda? fokus ni penting dek non waktu men bowling... tp idok ler bermakna  iol  kata sapa yang x berapa fokus tu solat dia x berapa buat.... hehe! jangan salah faham na!


Sebagai kesimpulannya, i kepilkan gambar di bawah nie! Selamat berpuasa uols! i nak pi beli baju raya nie.. x tau la kaler apa tahun nie! tahun lepas putih, tahun yang sudah tu cream, tahun yang sudah lagi satu tu peach... tahun ni? adakah Lantai T. Pinkie? Uols semua tunggu jamuan hari raya kimia nanti! lariiikkkkkkkkkkkkkkkk


Nota kaki: mekbowling kata nak posa penuh tahun nie?... mmm tercapaikah impian itu?

No comments: