Sembang Sembang Bowling

Monday, August 2, 2010

#69 USM Convocation 4-8 Ogos 2010

Hi uols...


comelnyerr....


eh doraemon pun ade.. pekehei ni? Aserehe...

Ekceli uols... Minggu ini weols akan beralih mood nak menyambut istiadat konvokesyen USM kali ke-42 bermula dari 4 hingga 8 Ogos 2010 yang akan berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, USM.


Baru jer siap renovate.... chantekkk ke uols? Sama-sama kita tengok masa konvo nanti k!


Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak didik iols... sesungguhnya iol sangat berbangga dengan kejayaan uols semua yang telah mengharungi susah senang jerih perih suka duka  sepanjang 4 tahun bergelar mahasiswa-mahasiswi. Semoga kejayaan yang dicapai oleh anda pada hari ini dapat membantu anda untuk mencorakkan masa depan yang lebih gemilang untuk diri, keluarga dan juga negara. Kini, tibalah para graduan berjalan seiringan dengan weols di USM ni membanting tulang berbakti untuk membangunkan bangsa dan negara ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang kerjaya pilihan masing-masing. Kenangan indah pahit manis bersama uols akan iol simpan sebagai khazanah memori untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya anda adalah inspirasi kepada kami semua, warga pendidik USM untuk terus memberikan yang terbaik. Tanpa anda siapalah kami... Tahniah dan terima kasih!

Iol sudahi dengan serangkap pantun... khas untuk semua graduan USM.

Terbang helang di angkasa raya
Melepas lelah di hujung dahan
Ijazah tergenggam tanda jaya
Kami di sini dilupa jangan

Tahniah uols...

Jumpa lagi.. iol nak pi men boling... yeeba yeeba andre andre


Nota kaki: Penat i gugel2 cari gmbr karekter2 kat atas pakai mortar board...

No comments: