Sembang Sembang Bowling

Monday, April 26, 2010

#53 Pertandingan Ten Pin Bowling Anjuran Pn. Rohana Din

Sayurgia dimaklumkan seluruh warga kampus kejuruteraan usm bahawasanya satu pertandingan tenpin bowling akan diadakan seperti butiran berikut.

Tarikh: 5 Mei 2010, Rabu
Masa: 8.00 malam
Venue: Megalanes Prai
Yuran: RM30.00/4 permainan 

Justeru diharapkan warga kampus sekalian yang merasakan diri mereka hebat, yang merasakan diri mereka berminat untuk bertanding, yang ingin menimba pengalaman dan pelbagai keinginan lain yang relevan dengan sukan bowling silalah berdaftar dengan Puan Rohana Din secepat yang mungkin! Hadiah utama katanya sebuah kereta Gen2 no. plat LB69... jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini! cepat cepat cepat!

Menarik mengenai pertandingan kali ini ialah semua pemain universiti akan bertanding di bawah kategori jemputan justeru tuan-tuan, puan-puan, cik-cik sekalian mempunyai peluang yang cerah untuk menjuarai pertandingan ini. Handicap 10 untuk peserta wanita!

Nota kaki: En. Zabri bley la masuk kalu berani, setakat pemain jemputan masa liga PDBL2010 tinggi lagu mano jatuhan pin pun xde point... ahakss! Satu kafe staf dia canang... AED pun sama! dapat 4 point nasib canang merata sampai McD Juru! Haru... 

Thursday, April 22, 2010

::#52 TIBA-TIBA RASA MACAM...::

Sedang elok dok terbelek-belek khazanah yg ada kat dalam Blog Payday ni kan.. Tetibe mata tertancap pada Life Traffic Feed yang kat bawah belah kanan blog ni.. eh? ke kiri? eheh! ape2 jer lah...


Ade 'seseorang' dari Nilai, Negeri Sembilan telah mengGOOGLE kita punya blog!!!!
Mengerikannnnnn.....
Entry yang sedang 'seseorang' itu baca adalah mengenai SUKUM 35!!!
Wahhhh....
Mek sendiri tatau ape perasaan yang ada...
Then, mek pon try la klik kat google.com.my yg 'seseorang' tu dah masuk sbb nak tgk, ape yang dia Gugel kan tu kannn... suspen ni taww!!

Hah! tgk.. tgk.. betul tak mek cakap....
'seseorang' tu telah mengGUGEL mengenai SUKUM 35 u olsss!!
Mesti 'seseorang' itu adalah salah seorang atlit dari Universiti² yg ade kat Malaysia ni kan...
Mesti dia mencari info pasal SUKUM 35 ni kan??
Maklumlah.. Tahun ni kan USM, Universiti Senyum Mesra ni akan jadi Tuan Rumah kan...
Haruslah mereka-mereka diluar sana sakan dok mengGUGEL nak cari info kann...

*errkkk... tetibe mek terfikir... SUKUM kali ni, takde webpage rasmi ke??*
|
|

Wednesday, April 21, 2010

::#51 CARTA PUJAAN::

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia...
Selesai sudah malam tadi acara Grand Final Liga Payday Bowling bagi musim pertama ini...
Bagusss.. memang menyerlah prestasi para peserta kita kali ini...
Undian lorong dibuat di tempat pertandingan, harap² lepas ni takde lah lagi provokasi yerr...
Semua bersetuju kan dgn kedudukan lane masing² semalam??

Hah! Mek dapat tahu, ade lagi peserta yang belum buat bayaran semalam yerr....
hurmmm!! namo namo mcm tu.. tak baekkk.. berdonser yerr!!
Sape-sape yang rasa lidah pedas tergigit cili... sila lah buat pembayaran segera okey!! 
nanti permainan anda akan dianggap tidak halal gitu... boleh?? ahakss!!

Ok.. Mek tamau buang masa.. Mek nak segera menempek carta pujaan hati peserta bowling payday utk sesi semalam yer... Mungkin masih ade yang tak puas hati dengan pencapaian semalam??
Tapi.. Masih ade yang SANGAT LAH PUAS HATI dengan permainan beliau malam tadi walopon dapat 4 point! Canang merata youu!!! Tak tahannn.... hahahaaha!!

*Children, sila klik gambar utk tembesaran yer!*
Di atas ni adalah keputusan utk perlawanan semalam..
Nama yang jadi kaler kunin tu, sebab smlm dia kena demam kunin eh! tipu... Itu Faka atau Not *nick kat sembang²*. Semalam beliau tak main, tapi ade seseorang yang SANGAT menyerlah permainan nyer yang main atas nama Faka... Abg Zabri.. next season, Abg Zabri WAJIB masuk liga ni yer... nanti boleh laa fight dengan yang dapat 4 mata tu... Dengan hat yang dapat 5 mata tu pon Abg, Zabri boleh lagi nak caras! Ape sangat lah depa tu kannn.... huhuhu!! *larikkkkkkk!!!

OK kat bawah ni adalah keputusan penuh utk liga Payday Bowling musim pertama ni...
*like forever, klik pada gambar nak bagi besargajah..*


Nasib baik lah pengerusi bersekutu yg takde kutu tu tolong fight tuk dapatkan hadiah dari tempat ke 6 sampai 10. Kalo tidak Mek tidak lah merasa barang sedikit duit walopon hanya RM10000 jerr!!!
Thanks ya u olsss!!! walopon u olss kedaung dok satu mata tu jer khennnssss!! ahakss!
Takpe.. next season kita pulun sama-sama taww!!
Ok u ols! any komen... letak lah kat bawah ruangan komen ni.. blh type pjg2... kalo kat chat box sembang² tu ade limit patah perkataan... takde blog pon takpe.. just letak your nama pon dh ok whatt!!
Ok daaaaa!!! Mek nak p perbetul mascara ni sat... mcm berketul-ketul la plak...
|
|

Tuesday, April 20, 2010

#50

 Kellassss!! entry ke #50... cukup umor liga Payday Bowling musim pertama!!!



Assalamualaikum...
Sukacita diingatkan, pertemuan terakhir Liga PaydayBowling bagi musim pertama adalah seperi berikut:


        TARIKH     :  21 April 2010 (Rabu)

        MASA       : 8.oo malam (pendaftaran pemain)
                      8.30 malam (perlawanan bermula)


        TEMPAT    : Megalane Bowling Canter, Megamall, Seberang Perai.

Undian bagi kedudukan lorong, akan ditentukan semasa pendaftaran. Kepada peserta yang belum menjelaskan bayaran bagi ketiga-tiga pertemuan, hendaklah berbuat demikian pada hari berkenaan.

Bagi peserta yang tidak dapat hadir untuk sesi akhir ini, sila maklumkan kepada pihak penganjur, akan tetapi, bayaran PERLU dijelaskan juga.

*Kalau tak datang rugi. Jackpot utk bowlers markah terendah sedia menanti!!!*

Sekian,
Terima kasih.











Wednesday, April 14, 2010

#49 Keputusan Pertandingan 'Open Selected' Siri 2

Alhamdulillah semalam selesai sudah satu lagi kejohanan yang dianjurkan oleh Dr. Tun dengan kerjasama ahli-ahli kluster penyelidikan beliau. A bit weird nama kejohanan nie iaitu 'open selected' atau pun 'terbuka pilihan' maksudnyer... penganjur mengadakan kejohanan secara terbuka namun kebanyakan penyertaan adalah berdasarkan jemputan... jadi selaras dengan aspirasi APEX yang mana pemurnian sentiasa menjadi salah satu agenda utama dalam menghasilkan key result area delivery yang sempurna adalah disarankan pada masa hadapan kejohanan ini di-rebranding dengan perkataan yang lebey sesuai seperti mana organisasi kita melakukan rebranding dengan mengeluarkan sekeping sinaran paspot kegemilangan (uols ingat x rancangan nie?... lama dulu)... Cadangannya nama kejohanan ini ditukar kepada 'Kejohanan Bowling Jemputan Terbuka' ataupun 'Invitational Open Bowling Challenge' yang lebih catchy dan disifatkan mesra penyertaan... ngeh ngeh ngeh! Nampak korporat x Dr. Tun?... nanti untung 10% sini yer next time... :p x yah susah2 cari org luar utk rebranding our own family matters! Org dalam nie hah byk ideanya... nak hebat lagi bley pi ke skul pengurusan atau Graduate Bussiness Skul... taiko2 ade kat saner!

Kejuaraan Bowling Jemputan Terbuka Tun 2010
Tun Invitational Open Bowling Challenge 2010

melalut lak ke situ... pekata kite lihat siapa yang tewas?... ngeh ngeh ngeh... kita lihat siapa yang menang ler... Tahniah kepada juara. Iol suke tgk kaki dia yg lintang lorong masa wat balingan... jgn mare abg Faizal yer... (En. Bidin penunggu Megalanes jangan bising-bising lak.. nnt dia tau iol kutuk2 kat blog nie ngeh ngeh ngeh...) Kepada yang kurang berjaya, anggapla uols x bernasib baik walhal uols mmg teruk pun.... boley??? Ahakss... nanti tebus championship kat siri 3 lak k!

Sila gunakan kanta pembesar untuk tgk dengan lebih jelas...




kaler biru tue menandakan depa nie staf-staf USM manakala kotak pin sorang tu anak staf USM yang x abis-abis cabar iol lwn bowling... Faiz bila nak mng? ngeh ngeh ngeh! ada bakat budak nie.. baru darjah 3! kalu split jer minta McD.... stkt nie iol ok jew ngan bet tu sbb dio x pnah convert pun split tu ngeh ngeh ngeh :D Teruskan berusaha yer.... chaiyo2!

Nota kaki: Bila lah nak raih top 10 open tour nie... Dr. Tun ckp kita perlu bermula sebagai sincere donor (Sila rujuk Brady's General Chemistry book untuk mengetahui bagaimana elektron-elektron donor ni boleh melompat dari satu orbit ke orbit yang lain dalam struktur logam-logam tertentu).  Kalu dah ikhlas insyaallah... murah rezki (yang ni iol tmbh sendiri... uols thinking?..)

Dr. Tun... throwing an idea openly.. jgn mare br dpt idea masa nak upload results! :D

Sunday, April 11, 2010

#48 Kejohanan Bowling Open Selected 14th April 2010

Salam adik kakak abang-abang sekalian,
iol teramatlah bz lately al-maklum semester nak tutup tirai so viva sana sini, nok marking, anta coursework marks dan bagai la lagi... well typical routines ngeh ngeh ngeh! but sonok gak keje under pressure nie.. gerenti beres!

anyway sayurgia diingatkan Dr. Tun and his research cluster once again will organize 'open selected' bowling tournament bertempat di megalanes prai pada 14 April 2010 bermula jam 8.00 malam. Bayaran nyer rm30/3 game kalu sy x silap... So adik kakak abang-abang yang berminat tu cpat hubungi Dr. Tun sebelum terlambat! Hadiah wang tunai ditawarkan.... alhamdulillah. Amin...

Nombor talian hotline kejohanan ialah 0195438033 - Perempuan tp sy lupa tanya nama! maaf no but kalu hangpa sebut kejohanan nie mesti dia tau la nyer... konpim!

Sekian, diwawarkan!

Memastikan Kelestarian Bowling Hari Esok!

Nota kaki: Iol kalah ngan Faiz semalam 1 game... senyum Garfield la dia... hahaha! Tahniah... so keputusan dia seri 1-1. nanti kita lawan lagi! wahai geliga hikmat tunjukkan beta caranya nak kalahkan Faiz... hahahaha

Monday, April 5, 2010

#47 Keputusan Rasmi Sesi Pemilihan Bowling SUKUM-35

Assalamualaikum Salam 1 Malaysia,
Adik kakak abang-abang sekalian...

Berikut ialah keputusan penuh bagi sesi pemilihan pemain bowling untuk mewakili USM yang telah diadakan pada 3-4 April yang lepas di Megalanes Prai. Setiap peserta dikehendaki menyempurnakan 16 permainan yang dibahagi kepada 3 blok (Blok 1 - 6 games, Blok 2 - 4 games & Blok 3 - 6 games) yang berlainan.



Bagi kategori lelaki seramai 15 orang peserta akan terpilih untuk meneruskan cabaran mereka di sesi kelayakan kedua manakala bagi kategori wanita, seramai 5 pemain akan dipilih (sila betulkan sekiranya maklumat tidak tepat).

Ulasan PB: Menarik mengenai sesi pemilihan kali ini, seramai 7 wakil kampus kejuruteraan telah melayakkan diri ke peringkat saringan seterusnya sekaligus menunjukkan peningkatan standard yang ketara sekiranya dibandingkan dengan data pada tahun-tahun yang sebelumnya. Mereka ialah:-

1. En. Azrul - PPKEE
2. Dr. Tun - PPKEE
3. En. Aziz - PPKK
4. En. Che Nurnajib - PPKK
5. Pn. Rohana Din - PPKM
6. Cik Rosni - Jab. Pendaftar
7. Pn. Norzalilah - PPKK

Peningkatan ini sedikit sebanyak dibantu oleh penganjuran PDBL2010 yang merupakan platform regular bagi staf-staf kampus kejuruteraan berentap bagi menunjukkan kehebatan bowling masing-masing. Alhamdulillah. Semenjak penganjuran PDBL2010 yang bermula pada 24 Feb 2010 (sekali sebulan), saban minggu setiap hari Rabu ada sahaja kejohanan lain-lain yang dianjurkan baik secara persendirian mahupun oleh organisasi/jabatan di Kampus Kejuruteraan. Ini jelas memberikan kelebihan kepada pemain staf kejuruteraan kerana telah didedahkan dengan pelbagai jenis kejohanan sebelum sesi pemilihan bermula. Syabas!

Nota kaki: Ketujuh-tujuh mereka ialah peserta PDBL2010 dan kesemua mereka masih rancak memburu gelaran juara sulung PDBL2010... What a fruitful league! Adios... Semoga dapat meningkatkan prestasi bagi menghadapi sesi pemilihan kedua SUKUM ke-35!

Walaupun kampus kita ini lebih kecil daripada kampus induk, ianya telah menjadikan kita lebih bersatu dan lebih rapat di antara satu sama lain. Semangat yang telah dipupuk inilah telah membuahkan idea PDBL2010 yang hanya didorong oleh satu faktor semata-mata; minat yang tinggi terhadap sukan bowling. Akhirnya telah menyebabkan segolongan staf telah duduk semeja berunding mencari dana daripada pihak luar dan seterusnya membuat kerja-kerja berkaitan bagi menyempurnakan penganjuran PDBL2010. Penat lelah ini akhirnya telah berjaya menghimpun 23 pemain melepasi sasaran 10 pemain pada asalnya. Lebih hangat 7 peserta PDBL2010 berjaya layak ke sesi pemilihan kedua nanti... Terima kasih kepada semua rakan-rakan Jawatankuasa Penganjuran PDBL2010! Terima kasih juga kepada semua penaja... Astana Vision, SHXP, Pancar Sempadan dan juga Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Abu Bakar (penaja tetap jackpot!) selaku Penaung Liga. Tidak lupa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta PDBL2010 yang telah dan masih menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang liga berlangsung! 

I love you all... muahhhh

Renungan: Semenjak blog ini dilancarkan, seramai 1511 orang (setakat 6 April 2010) telah berjaya akses ke laman blog ini. Satu pencapaian yang baik tetapi harus dipertingkatkan di masa hadapan agar blog ini berjaya muncul sebagai sumber rujukan utama bagi peminat sukan bowling tanah air. Para pelawat datang dari pelbagai pelusuk dunia termasuk Malaysia, Korea, Australia dan juga Amerika Syarikat. Teruslah berkunjung ke blog ini bagi mendapatkan apa jua maklumat terbaru mengenai sukan bowling.


#46 Seloka Kafe Staf

Mmm.. camna nak mula nie...

Abg Aziz hendap-hendap (kaki skodeng la nie),
Che Najib gedik-gedik (lari setempat lu sebelum baling),
PJH anak bangau (angkat kaki tingi-tinggi pas baling),
PJA anak ketam (jalan mengereng sebelum baling),
AED kembang kempis (kalu strike kembang kempis la idung.. kalu dop nan ado!),
Kak Na jerit-jerit (kalu baling x kena),
Dr. Tun tarik-tarik (masih duk mencari lifting),
Mekbowling lentik-lentik (nak strike harus lentik uols)!
Cik rosni lak??? cik rosni keras kaku (kena tunggu bola sampai headpin baru dia balik normal body state!)

hahahah...

ekceli itu semua pemerhatian sewaktu pemain-pemain di atas melakukan balingan... Opah kata paling dia nak gelak gaya najib gedik-gedik! iol pun sokong! ngeh ngeh ngeh! Sapa setuju tekan kibod....

Sekadar untuk hiburan!

Nota kaki: sonok tengok gaya depa-depa nie! Well tiada gaya balingan yang betul atau salah dalam sukan bowling! Sekiranya anda selesa dan serasi dengan gaya tersebut teruskan! Namun sila pastikan jatuhan pin anda juga tinggi!... kalu x menang gayo namonyo tu pokcik!

Haitu ade janji ngan Abg Zabri nak ulas kemenangan dia masa pertandingan Ukhwah Tanpa Sempadan tempoh hari... dia cakap dia cukup puas hati dapat kalahkan AED! Mana x menangnyer.. berapa kali baring-baring depan lane... tolong makcik kleaner ka bang?

#45 Storm Invasion

Saya ada mendengar khabar berita salah seorang kawan bowlaholics kita akan memiliki sebiji bola terkini keluaran Storm. Tahniah diucapkan dan saya dengan seluas-luas tapak tangan meraikan anda menjadi ahli kelab Storm yang terbaru... ngeh ngeh ngeh!

Sila dengarkan pantun berikut...

Storm Invasion nama diberi
Logo kunci sudah semesti
Teknologi baru hebat tak terperi 
Strike dan spare pasti gerenti!

hah adik kakak abang-abang sekalian sila beli hamba menjual... hah jawab2... ngeh ngeh ngeh.



macam mana ruper bolanyer.... nie hah adik kakak abang-abang sekalian....


Teras bolanyer pula kelihatan begini... pelik kan... tapi bener yang sememangnyer bener!




Berikut ialah serba sedikit maklumat mengenai bola tersebut.

Storm's Premier Line continues to be the most successful high performance line of equipment on the market. From the original El Nino and its split density technology to the Paradigm and X-Factor series with its multi-disc technology and now the performance proven Virtual series, we continue to push the limit of technology and innovation.



The Invasion features the next generation of advancement in core and coverstock technology. Our first goal was to develop a strong asymmetrical design different than any other. The concept was to create contours along the RG planes to ensure a stronger preferred spin axis. We did this by developing intersecting contoured bands from the X-axis along the Y and Z axes. These bands are developed at specific arcs to maximize RG and differential values along the planes. In turn, this translates into a quicker revving core with a more defined moment of inertia or breakpoint unlike any prior design found on the market.



The all new Origin core boasts a 2.48 RG value with .057 total differential and a .017 intermediate differential. Using C.A.T.S., we tested the Origin core up against the Shape Lock HD core with same coverstock to see the differences, and we were amazed by the results. The Origin core started into the "hook" phase about 3 feet sooner and created a stronger entry angle to the pocket. Usually when we get the ball started into the "hook" phase sooner we see less entry angle to the pocket, but this core with the contoured bands along the RG planes definitely showed us something different.



The finishing touch to the Invasion is the R3X coverstock. This third generation of Reactor series coverstock has the highest Ra values ever produced by Storm products. Based on the USBC Ball Motion Study we know that higher Ra values produce more ball motion in the oil, and this coverstock is no exception. We saw a 9% increase in friction values in the oil and an increase of 5% down the lane over its predecessor R2X utilizing C.A.T.S. testing.

berikut pula ialah review-review pengguna bola ini...
 
Review #1
 
I have been long needing a new bowling ball and finally decided to make the move to Storm. Compared to my old Twisted Fury and Absolute Inferno, the Invasion is a beast. I had mine drilled 4" pin to pap x 4" mass bias to pap x 2" pin buffer (nothing too crazy) and the pin resides roughly 1 inch above my ring finger. On a fresh lane (heavy oil) this thing is a dream to work with. I can line up just about anywhere and find the pocket by simply changing my hand position at the release. Compared to my two brunswick balls, I would have to slow them down and play right of the 20 board, playing any deeper and they would never come back. The invasion worked great from lining up far right and just rolling the ball out at 5 degrees off the hand and still finds the pocket. Line up far left with a change of hand position to 45-50 degrees and this thing will skid all the way out to the 5 board and still come back destroying the pocket. After the lanes break down a bit, this ball begins biting the lane early and reading dry spots. To get the ball to play on the same line requires increasing ball speed or reducing rpm or even both. A drying lane doesn't mean you would have to switch balls though because like I mentioned earlier, this ball is very versatile with simply changing hand position to give it a different reaction/roll and pick a different line to finish up. This is my first Storm ball and my impression is just wow! I should have done it sooner. The scent of berries and cream isn't too bad either :)
 
PB: Adik kakak abang-abang sekalian.... bola nie ada bau wangi ler.... oooo meletop! mmm x sabar nak hidu bau bola nie nanti! bola kiter bau minyak megalanes jer.. cam minyak enjin jer ngeh ngeh ngeh!
 
 
Review #2
 
What I Was Looking For In This Layout: After testing the Virtual Gravity, I had very high expectations on the Invasion. I laid this ball out almost identically to my Virtual Gravity to get a direct comparison of reactions. I expected to be able to get into the deepest parts of the lane and have the ball recover from anywhere on the lane.

What I Ended Up With In This Ball Layout: Simply amazing... Storm has done it again. Without question, this ball provided the best reaction and carry at the pocket than any other ball I've ever tested. Compared to the Virtual Gravity, this ball hooked just as much, but gave me a little more predictability and control overall. This combination of reaction, control, and power at the pins equaled incredible scores for me the first night I tested in league.

Out of the box, I tested this ball in my league to see how far into the night I could take it. I started out the night standing on the 35th board (Yes, that was to start the night on a fresh house shot). Without effort, I was able to keep the ball on line and get it back from the 10th board at the breakpoint. As for carry percentage, I left a pocket 7 pin in the first frame. Other than that, it carried the next 11 shots. I could live with 290 out of the box for the first game.

The 2nd game, I expected to see some transition and lose a little carry at the pocket. Not the case at all. I began the 2nd game throwing the front 9 strikes. The shots ranged within a few boards of each other, but whether I missed in or leaked a it right, the Storm Invasion made it to the pocket and shredded the rack. As for the 10th frame, it was a repeat of the first frame in the first game, leaving another pocket 7 pin. 279 the 2nd game, it was looking good, but I didn't think it could last much longer.

As the 3rd game began, I decided to move left on the approach 2 boards to provide a little extra push down the lane before getting into a roll. I was surprised with how well the Invasion was storing energy down the lane as the night progressed. Once again, I found myself shaking my head at the absolute power this ball unleashed at the pins as I began the 3rd game with the front 7 strikes. After a split in the 8th frame, I finished the game striking out for 262.

831 out of the box the first night used with 32 strikes. I'm sold. Frankly, if you've thrown the Virtual Gravity, you're going to want to add the Invasion to your arsenal. If you haven't had a chance to throw a Virtual, I recommend you give the Invasion a shot. Probably the best pin carry out of the box that I've ever seen.

PB: Menarik mengenai Storm Invasion nie... 98% berpuas hati dengan performance yang ditunjukkan oleh bola ini! Now...what is in your mind? grab one... hurry up!
 
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
 
 
Berikut ialah panduan bagi memudahkan penggunaan bola tersebut...
 
 
 
Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.
 
Nota kaki: Dr. Tun Zainal... berapa ongkosnyer?.... x larat nak berteka teki... sebut jer nama terus ngeh ngeh ngeh! Eh tahukan anda semua... pastikan anda meminta resit-resit pembelian barangan sukan (termasuklah bola bowling/kasut bowling/beg bowling.. etc.) kerana ianya akan menjimatkan cukai pendapatan anda di kemudian hari! Rebat potongan cukai akan dinikmati sehingga maksimum beberapa ratus hengget (berapa ek? x larat nak google2 nie... cekla sendiri!) bagi suatu tahun tafsiran tersebut!

Thursday, April 1, 2010

#44 Anda Bersedia? Viva Forever...

Berikut ialah petikan coretan terdahulu...

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Makluman kepada semua warga staf USM, Kelab Bowling Tenpin Staf USM akan mengadakan sesi pemilihan pemain untuk ke temasya SUKUM ke-35 yang akan diadakan di USM pada bulan Jun nanti. Jadual pemilihan adalah sebagaimana berikut:-

Tarikh : 3 dan 4hb. April 2010

Hari : Sabtu dan Ahad

Tempat : Mega Lane, Pulau Pinang (Tempat Pertandingan SUKUM ke-35)

Sesi pemilihan akan dijalankan sebanyak 16 game dalam 3 sesi seperti berikut:-

3hb April 2010(Sabtu)

Sesi 1 - 4 Game (4.00 petang)

Sesi 2 - 6 Game (9.00 malam)

4hb April 2010(Ahad)

Sesi 3 - 6 Game (12.00 tengah hari)

Bayaran penyertaan RM120/orang. Hadiah disediakan (Tertakluk pada penyertaan).

Terbuka Kepada Semua STAF Lelaki dan Wanita USM ( INDUK, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT)"

Sayurgia diingatkan rakan-rakan kampus kejuruteraan yang berminat, jom lah kita bersama-sama menyahut cabaran menunjukkan bakat masing-masing pada hari dan masa yang telah ditetapkan seperti maklumat di atas.
 
Resam pertandingan, ada yang kalah ada yang menang, ada yang gagal ada yang berjaya... justeru jangan gentar, pantang berundur sebelum berjuang... hayunlah bola anda ke sasaran dengan penuh keyakinan, kerana dalam setiap keyakinan itu pasti punya kekuatan dan dalam setiap kekuatan itu pasti punya keazaman (azam jugakkk.... uols jagn mare!) untuk merebut 10 tempat terbaik mewakili Universiti Sains Malaysia, mengibar cabaran di Sukan Staf Universiti Se-Malaysia kali ke-35 yang akan berlangsung pada Jun 2010 nanti. Secara peribadi, saya gembira untuk melihat sekiranya rakan-rakan staf kampus kejuruteraan dapat mendominasi Top10 sesi pemilihan nanti. Tidak kisah siapa yang berjaya kerana ini akan membantu warga kampus kejuruteraan secara keseluruhannya untuk terus melonjakkan standard permainan bowling ke persada yang lebih tinggi di masa hadapan! Ayuh... (awatla macam lagak hasbullah awang jer....ngeh ngeh ngeh)
 
Permainan sebanyak 16 games kelihatan begitu sukar terutamanya untuk mengekalkan momentum  balingan dan seterusnya mengekalkan purata jatuhan pin yang konsisten. Menurut cakap-cakap beberapa pemain universiti yang berpengalaman, untuk mennyertai skuad universiti, sekurang-kurangnya jatuhan pin purata 170++ diperlukan! Sukar untuk dilakukan oleh beberapa pemain kita berdasarkan persembahan semasa tetapi barang diingat tiada yang mustahil... Insyaallah berkat semangat dan keiltizaman yang tinggi, kita semua mampu melakar kejutan bersejarah pada hari tersebut! (WRG... tolong sediakan air tawar bagi kuatkan semangat.. air mineral hembus macam 31/03 yang lepas pun hokey!... bak 2 karton!)
 
Semoga coretan ini sedikit sebanyak mampu membakar semangat anda untuk melakukan yang terbaik pada 3-4 April 2010 nanti! Selamat Maju Jaya!
 
We pay! We play! We win!
 
 
 
Nota kaki: Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa. Ketidakberjayaan (dengan izin... Dewan Bahasa dan Pustaka) itu tidak menandakan anda seorang yang tidak berbakat tetapi mungkin kurang bersedia ataupun belum mempunyai kemahiran yang mencukupi bagi menggegarkan arena bowling universiti. Teruskan usaha dengan melakukan latihan secara regular bagi membetulkan teknik-teknik dan mengurangkan kesilapan. Jangan berhenti separuh jalan... ini bukan penghujung karier bowling anda (karier ke? bukan kerja kat USM ka?...ngeh ngeh ngeh!) Banyak lagi pertandingan bowling akan menyusul di masa yang akan datang. Insyaallah!