Sembang Sembang Bowling

Wednesday, March 30, 2011

#86 RESULT SECOND MEETING SEASON 3

Kekonon malam semalam nak buat siaran lansung bagai lah kannn...
Manalah tahu kot-kot boleh lawan penyampai sukan hasbilah owang..
Mek boleh jadi, Mek Wok!! Muaahhahhhaaa...
Alih-alih.. HADOOOO!!
Berkejaran dgn anak pinak, nak hencing lah.. nak u'uk lahhh.. Macam-macam hal!!
Haihhh... Gitu lah kan kalo dak beranak pinak ni...
Siaran lansung ke mana.. ape ke mana...
Mek kena jadi babysitter plak dok mengasuh bebudak ni tengok doremon sambil makan bertih jagung!!

Malam tadi, seperti yang telah diberitahu oleh Abg Fink dalam entry sebelum ni, iaitu sesi gantian bagi bulan Mac. Sesi gantian ini adalah sesi yang terakhir untuk season ni. Jadi, bulan depan kalo ade sesape yang tak dapat hadir walaupun dengan alasan munasabah ke, munaserawak ke, no kompromi dah yer... Takde dah nak ganti-ganti.. tak koser dah!! Fenat tauuuu!!!

Malam tadi  juga, kita ada 2 org peserta baru, iaitu En. Fakaruddin dan En. Fazly. Terima kasih kerana masih lagi memberi sokongan kepada Payday. Harap-harap bulan-bulan akan datang pon, datang lah yer.. jgn hot-hot chicken shit plak... (tapi kalo tak dtg pon, ok jugak... ngeee~~~)
Dah la bulan lepas takde, tetibe bulan ni dtg bagi kejutan plak! Pulak tu dlm sesi gantian pulak! Mencik tau... Siannnnn kat Abe Sayey Mek tuhh... blh plak En. Fakaruddin mendahului 2 pin dari total point Abe sayey Mek, En. Azrol... Huh!! Bikin Fanasssssssssss jer kannn...

ek.. eh....
Alamak!
Panjang pulak mukadimah.. muahahhahaa....
Yer la.. yer laaa.. ni hah result rasmi...
Kalo tak nampak, mcm biasa.. 
klik kat gambar utk tumbesaran!!!

Dialog kak Na Abg aziz dimalam liga aritu...
"Ilaaa.. sebab ila ajaq kak na pasal tangan tu yang malam ni menjadi sikit..."
Hehehhehe... Chaiyokkk Kak Na!!!!
Sepanjang 3 musim, ini lah kali pertama kak na dapat POINT!
1 pon jadi lahhh... hehehhehe....

Bang Rossss... Ohh.. Bang Rosss...
terima lah kenyataan yer Bang Rossss.... ngee~~

Dr. Tun... Menang handicap lagi yer... hehhehehe... Peace!!

Wahhh.. AED... Hook dah MENCONGKAMMMM dah skang ni!!! Takut ai....

*I pon nak tahan teksi mcm Abg Fink lah... Nak pegi Jusco.. nak beli Mascara.... TEKSIIIIIIIII*

Tuesday, March 29, 2011

#85 Sesi Ganti PDBL-3 Mac 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua komuniti PDBL...

Adalah dimaklumkan malam ini akan diadakan sesi ganti bagi peserta yang tidak dapat hadir pada 25 Mac yang lepas. Justeru anda dikehendaki berada di Megalanes Prai pada pukul 8.30 malam. Terdapat 5 peserta pada malam ini akan beradu kepakaran untuk menentukan untung nasib (selalunye rugi jer... hehe! nasib2...) sama ada mereka mampu menempatkan diri mereka di kalangan 10 peserta terbaik bulanan.

Para peserta PDBL-3 yang berminat bolehlah menyertai sesi ganti pada malam ini bagi memeriahkan suasana di samping menyajikan gangguan mental kepada peserta-peserta yang bertanding. Jatuhan pin anda pada malam ini tidak akan diambil kira. Keputusan rasmi bulan Mac 2011 insyaallah akan diumumkan pada keesokan harinya. Jangan ke mana-mana... manalah tau geng2 ustaz bas sekolah (oppsss!... suka tengok astro ceria cenel 611. Cenel oasis 106 pun feberet gak!!!) mampu melakukan sesuatu pada malam ini untuk menafikan ranking en. Faiza dan En. Zabri... En. Rosman ade ranking ke ooi? hahaha ;p... yang herannya... AED sampi la ni xde dalam ranking. nampak tiap2 minggu dok tarik 3 biji bola ke megalanes... menang gaya per???... huuuu

Selain itu, dukacita dimaklumkan bermula pada sesi april 2011, TIADA lagi sesi ganti akan diadakan bagi mana-mana peserta yang gagal menghadirkan diri pada tarikh pertemuan yang telah ditetapkan, atas apa jua alasan. Ini adalah kerana beberapa isu yang timbul terutamanya berkaitan dengan pengurusan penganjuran serta maklumbalas daripada peserta-peserta PDBL-3 yang lain. Semoga keputusan ini tidak akan merencatkan hasrat dan tumpuan tuan-puan dalam mengejar kedudukan terbaik dalam PDBL-3.

Gegak gempita hiruk pikuk suasana pertandingan telah dirasai sepanjang hampir 3 musim PDBL berlangsung, dan saya ingin memaklumkan bahawasanya pada musim PDBL-3, liga kita telah mencatatkan peningkatan penyertaan sebanyak 23% dengan pertambahan sebanyak 5 peserta baru. Hingga kini kita telah mempunyai sebanyak 27 pemain aktif yang berdaftar. Alhamdulillah dan terima kasih di atas sokongan anda. Semoga kita beroleh sesuatu yang positif daripada penyertaan PDBL-3 ini; baik untuk meramaikan kenalan dan juga meningkatkan kemahiran permainan masing-masing! Kepada staf-staf USM Kejuruteraan di luar sana yang berminat... ayuh hangatkan liga ini pada musim yang akan datang. Insyaallah. Penting juga untuk makluman tuan-puan, organisasi PDBL sehingga hari ini merupakan organisasi yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organization). Semua yang dilakukan adalah secara sukarela dan ikhlas... Insyaallah ianya akan berterusan begini! Amin...
Nota kaki: Konpim rosman lemas... tunggu peja lak! ermm... mandrem kemenyan limau nipis mekbowling ngan Dr. Tun x jadi 25 Mac yang lepas... habis terperosok! mekasih man sebab azan 2 kali kat megalanes... habis smua lari... hahaha! Baru depa tau hang sapa... huhuhu! Dengar citer Dr. Salman score mcm Malaysia Player tu.. sejibik cam zulmazran.. tapi pekehei 106 tu? nasib ke apa???  Teksiiiiiiiii....................

Monday, March 21, 2011

#84 PDBL-3 Bulan Mac 2011 - 25 Mac 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera para peserta PDBL-3 sekalian,

Alhamdulillah pada hari jumaat nanti, 25 Mac 2011 pukul 830 malam bertempat di Megalanes Prai, semua peserta PDBL-3 akan berentap untuk memperbaiki ranking kutipan mata masing-masing. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan-puan agar dapat meng'ada'kan batang tubuh tuan-puan di gelanggang pada masa yang ditetapkan. Saya merayu agar tuan-puan dapat menghormati para peserta lain yang 'on time' agar tidak timbul suasana yang tidak selesa di kalangan para peserta terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Kesian depa bawa anak-anak kemudian pulang lewat-lewat malam... Sama-samalah kita menjaga perasaan dan keharmonian sesama insan... Hablu minannas! Ustas Borhan tolong tazkirah sikit kat depa-depa yang lambat nie... apa hukumnya orang yang tidak menepati perjanjian masa? boleh cubitttt ker??? he2

Saya difahamkan terdapat kesesakan yang teruk di persimpangan prai pada hari jumaat justeru saya menasihati tuan-puan agar sebaik-baiknya turun awal dan berjemaah di surau megamall ataupun pilihan kedua tuan puan boleh menggunakan jalan alternatif Bukit Tengah. Selepas tol juru, sila exit di persimpangan auto-city dan seterusnya belok ke kanan menghala ke Bukit Tengah (sila ikut lampu isyarat deme-deme semua yer... hijau baru jalan!). Kemudian sesampainyer anda ke lampu isyarat persimpangan flyover jalan bukit tengah... sila belok ke kiri dan terus kan perjalanan sehingga anda bertemu dengan ramp ke Butterworth. Anda akan melepasi lebih kurang 2-3 lampu isyarat sebelum bertemu dengan ramp tersebut... sekiranya terdapat kemusykilan sila beli GPS.... huhuhu




View Larger Map

hangpa sesat jugak... x tau la... korek2 nanti jibik mata tu... nnt x leh men boling da!

Seperti biasa... ucapan semangat yang penuh ikhlas... selamat berjuang! Mana yang rajin, sempat lagi berlatih dalam masa 2-3 hari ini!

Jumpa di sana!

Nota kaki: Dengar citer abg rosman karam di lautan bergelora... moga-moga x lemas... next time jgn lupa pakai jaket pelampung kalu x pandai berenang...huhuhu ;p

Teka-teki teka-tekop: apa itu GPS???


Wednesday, March 16, 2011

#83 Keputusan PDBL-3 BulanFeb 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para peserta PDBL... Semoga kita sentiasa termasuk di kalangan mereka yang mendapat rahmat dan petunjuk Illahi... Amin.

Seperti yang kita maklum pada 25 Feb yang lepas PDBL-3 telah memulakan tirai strikes dan spares yang x terkira di Megalanes Perai... resam permainan ada yang menang ada yang kalah. Yang menang tersenyum girang yang kalah dok potpet merata cakap lane x elok la.... lane kering lane banyak minyokla... yang men hook lak baling macam ular kena palu tapi x strike2 pun.... split lagi ader la... kecian kome! yang baling strait lak manjangnyer tergedik-gedik duk cari poket belah pin 4-7 dan pin 6-10 (macam si rosman n najib).... org cari poket 1-3 dan 1-2... isk deme2... banyak banyak bersabar yer... istighfar banyak2 macam ustaz2 pusat islam walaupun kalah xde ranking tetap mantain kool... xderla nak mak esah bola orang sana sini macam mekbowling tu! Huuu... Cik Rosni lak menang nasib jer! vooolleeyyy? hahaha... Tahniah cik rosni! Cuba lagi yer ustaz borhan ustaz latipi ustaz shaqroni dan ustaz ZABRI! jangan ler sampai terlentang kat depan lane! :p

Berikut ialah keputusan penuh bagi edisi PDBL Februari 2011....


Korang leh klik kat jadual tu kalu mata korang de masalah...

Nota kaki: Saya mewakili jawatankuasa penganjuran PDBL ingin memanjangkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada saudara Rosman dan Saudari Aswani yang akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Mac 2011, Sabtu bertempat di Kubang Kerian, Kelantan... Ganah mung nikoh ngan kerabat cik siti wan kembe! make budu doh mung male pertama! Selamat berjuang saudaraku... kalu nak tips datanglah berjumpa senier2 kat kafe staf! insyaalah kami akan membantu saudara dari segi persiapan mental sebelum melayari bahtera dan juga tips2 penjagaan dan pengekalan tenaga! wahahaha.... Man jangan bikin malu yer... aku potong nnt! Tahniah sekali lagi semoga berbahagia hingga ke akhir hayat wahai sahabatku berdua...

Ni satu lagi... berbuih mulut kite orang duk nunggu turn peja... dengar citer patah hati dengar rosman nak kawin.. sampai lani x pi kafe staf! hahaha... moga bertemu jodoh yang baik nanti... Amin!

Monday, February 28, 2011

#82 Bebola Bowling untuk Lorong Pelbagai Keadaan

Assalamualaikum semua peserta PDBL 2011 musim ke-3... singkatan komersial PDBL2011-3

Alhamdulillah kita telah diberi peluang sekali lagi oleh Allah swt untuk bersama-sama menjayakan PDBL2011-3 ini.... syukur syukur alhamdulillah. Semoga PDBL2011-3 kali ini akan berterusan membawa kemeriahan dan kegembiraan kepada semua peserta... temanya pada kali ini ialah santai-santai sukan! sebut betul-betul ya.... nanti disebutnya santau-santau x ke haru... dah la tv sekarang ni byk citer-citer cenggitu... seremmmm!

alhamdulillah PDBL2011-3 telah bermula pada 25 Feb 2011 yang lepas... lebih 20 peserta menghadirkan diri namun terdapat beberapa peserta yang tidak dapat hadir pd malam tersebut kerana kekangan tugasan yang tidak dapat dielakkan... justeru insyaallah mereka akan diberi peluang untuk menggantikan sesi tersebut pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak... sebelum menjelangnya pertemuan kedua pada bulan mac nnt... bersama-samalah kita menghangatkan suasana nnt di megalanes perai yer...

Seindah tajuk nukilan di atas... suka saya berkongsi serba sedikit mengenai peri pentingnya penggunaan bola yang sesuai bagi keadaan lorong yang pelbagai. Perkara ini amat penting bagi memastikan konsistensi jatuhan pin yang tinggi bagi bowler berprestasi tinggi (bila weyy aku nk masuk list hi-average bowler ni???...).

Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut... bowlers smua perlu mengetahui jenis-jenis lane conditions yang perlu dihadapi oleh anda smua....

Short-oil atau Dry (kering): Kebanyakan pusat bowling yang menggunakan non-synthetic lane mempunyai keadaan lane seperti ini... hookers kekananan akan mendapati balingan mereka akan tersasar ke kiri lorong (pin 7) pada kadar yang lebih cepat manakala hookers kekirian akan ke arah bertentangan (pin 10). Penggunaan bola plastik sangat digalakkan bagi mengurangkan efek curvature yang melampau... elakkan penggunaan bola reaktif.

Medium-oil (sederhana) atau Long-oil atau heavy (banyak minyak la ni): kebanyakan pusat bowling yang mempunyai lane synthetic akan menyediakan keadaan lorong berminyak. Penggunaan reaktif ball sangat digalakkan bagi menghasilkan efek curvature yang bermomentum tinggi! (Kuiz: apakan unit SI yang digunakan untuk menyatakan nilai sesuatu momentum?)

Untuk bacaan lanjut sila baca artikel di bawah:


Types of Bowling Balls for Different Lane Conditions

By James Bisson, eHow Contributor .updated: July 10, 2010

The casual bowler may not worry about varying lane conditions, but more skilled players often pay close attention. The condition of the lane plays a major impact on how a thrown ball will react—specifically, how much it will curve. A bowling ball that performs well on dry lane conditions almost certainly will not offer the same performance on an oily surface. For bowlers who wish to perform at their peak, having separate balls for different lane conditions is imperative.

Dry Lane Conditions

•Dry lane conditions are most commonly found in older bowling centers that haven't converted to synthetic lanes. Lanes that are oiled to help facilitate ball movement will also experience dry conditions as the oil evaporates due to increased temperatures or is worn away with use. When facing these conditions, a player should opt for a polished ball—the smoother, the better. A slick ball will act as its own curving agent on a dry surface, providing adequate hook to hit the center of the pins without requiring any oil. Many pro bowlers will wipe their ball with a dry towel prior to the throw to ensure it is as slick as possible.

Oily Lane Conditions

•Oily lane conditions are trickier to navigate. Regular synthetic lanes will always offer a certain amount of slickness, making them more consistent with regard to speed and amount of hook. Heavily oiled lanes offer less consistency because the oil will dry up or wear away over the course of a day. A rough, dry ball works best on a slick lane. The ball essentially lets the lane do all the work; a well thrown hook shot will "catch" the oil about halfway down and curve toward the middle. Smoother bowling balls perform poorly on these conditions; because both surfaces are slippery, the ball doesn't "catch" properly, skidding out and missing the middle altogether.

Spare Balls

•Regardless of the lane condition, it is always a good idea to have a ball for converting one-pin spares. Expert bowlers don't get fancy when it comes to making a spare, which is why they opt for a straight shot over their normal curve throw. With a straight toss, a bowler is not left at the mercy of shifting lane conditions that may cause the ball to over-hook, under-hook or spin out completely. For a single-pin spare or a conversion involving two or more pins bunched together, a heavy ball is the right choice. A well-placed shot with a heavier ball will wipe out larger groups of pins with ease. A heavier ball will also travel straighter. Multi-pin "split" spares—where the pins are further apart—should be attempted with a regular ball, since a hook is the only way to generate the necessary pin action to complete the spare.



Read more: Types of Bowling Balls for Different Lane Conditions
eHow.com http://www.ehow.com/list_6715880_types-balls-different-lane-conditions.html#ixzz1FGIZv3Eo
 
Nota kaki: Tua-tua makin berminyak.... x percaya tanya pengerusi PDBL.... tul x abg aziz? ;p

Sunday, February 20, 2011

#80 LIGA PAYDAY BOWLING SEASON 3


KAMI KEMBALI KE UDARA!!!!!!

SETELAH BEBERAPA BULAN BLOG NI SUNYI SEPI, KINI PASTI KEMBALI MERIAH!!

YANG BERMINAT JANGAN LUPA ISI BORANG YERRR....
JANGAN MALU-MALU NAK TUNJUK SKILL....
MARILAH PAKAT RAMAI-RAMAI MERIAHKAN MAJLIS... HEHE!!
JANGAN TAKUT.. JANGAN SEGAN... 
UNTUK MUSIM INI, ADA BEBERAPA PERATURAN YANG DITAMBAHBAIK...

ANTARANYA::

**LIGA MUSIM KETIGA INI AKAN BERMULA PADA 25 FEB 2011, 25 MAC 2011, 29 APRIL 2011 DAN 27 MEI 2011 (GRAND FINAL).**


**MUSIM KETIGA INI, MATA HANDICAP UNTUK PEMENANG TEMPAT PERTAMA HINGGA KETIGA DARI MUSIM PERTAMA & KEDUA TIDAK AKAN DIBERIKAN


**MANAKALA UNTUK PESERTA LAIN MATA HANDICAP AKAN DIBERI KEPADA YANG LAYAK SAHAJA DAN TERTALUK KEPADA JUMLAH PUNGUTAN PIN PADA SETIAP BULAN.

TENGOK!!!!
MENARIK BUKAN???

KALAU NAK TAHU SAPA PEMENANG UNTUK MUSIM PERTAMA DAN KEDUA, BOLEH LAH KLIK DI SINI & SINI
JADI, ANDA TAK PERLU RISAU LAGI PADA MEREKA-MEREKA TERSEBUT... HEHE!! (walaupun mek rasa mcm nak nanges! huuwwaaaaa!!!)

OK LAH... 
SESIAPA YANG BERMINAT NAK JOIN THE PARTY, BOLEH DOWNLOAD BORANG KAT SINI, ATAU KLIK LINK DI SEBELAH. TAKPON, BOLEH JUMPA MANA-MANA URUSETIA UNTUK MINTA BORANG PENDAFTARAN.

JUMPA DI SANA!!

Saturday, January 15, 2011

#79 : BOWLING TOURNAMENT PPKK 2011

HARI TEMUJANJI : 15 JANUARI 2011, SABTU

TEMPAT DETING : OLE-OLE SUPERBOWL, GIANT LANDMARK, KULIM 

 PUKUL BAPE?? : 10 PAGI ....

Dah SELESAI dah ponnnn!!

Ini keputusan nyer...


Thanks pada SEMUA yang bagi support!!
BIG THANKS pada yang sudi bagi sponsor!!!
Umur panjang kita buat lagi....

^_^