Sembang Sembang Bowling

Wednesday, May 26, 2010

#Keputusan Rasmi 2nd Season

Hai u olss...
Malam.. eh Moning... (Mek buat entry pepagi alam balik dari Tournement terus zassss bukak lappy okehh!!)
Amacam?? ade puas ati dengan game u olss tadi??
Harusss lah kannnn.... WALAUPUNNN!!!!
 okeyyy!!
Ini result yang rasmi tak bape rasmi laa utk first tournement bagi musim kedua ni yer...
Macam biasa lah u ols.. klik kat gamba utk bagi BESARRRR punyaaa!!
hikss!!


Mek dah ngantok la u olss...
Nanti ulasan penuh tunggu pengerusi bersekutu yang takde kutu tu bagi ehh...

DAAAAAAAAAAAAA!!!!

Tuesday, May 25, 2010

#58 What's HOT in PDBL 2010 2nd Season?

Salam sekali lagi adik kakak abang-abang semua...

Celik2 jew terus teringat nak buat entri meletops ini... ngeh ngeh ngeh! Untuk musim kedua sedikit perubahan akan dibuat pada sistem pengiraan jatuhan pin di mana sistem handicap akan diperkenalkan... iol tahu ade beberapa players mula terbatuk-batuk, tohai minum air putih byk2, Opah tu hah urut dada pelan2... Dr. Tun jangan duk berjebat lagi.. AED, PJH, PU, PHR jangan mimpi nak menang! tunggu dulu iol nak ckp ni hahaha... sabar2 dek non.. iol bukan nak nyekat periuk nasi uols tapi anggapla ini sebagai sistem galakan kepada beginner-beginner yang menyertai liga ini. Bersama-sama kita men'groom' mereka tau.... Menarik about sistem handicap PDBL2010:

1. Ianya terbuka untuk semua orang... hatta player yang bertaraf Universiti... hah ngko cuba cari kat luar kejohanan yang ngko bley dapat handicap? ada?... ada kan.. cuba ingat betul2... hah Liga Mutiara kan ada bagi hehehe... So pendek kata... Open handicap (syarat-syarat nyer ader la yang oii... xkan fri2 jew bagi, x gitu mak esah?...) Hepi?

2. Sistem handicap terbuka direkabentuk berdasarkan konsep handicap Liga Mutiara namun beberapa perubahan dibuat untuk disesuaikan dengan tahap kompetitif Liga Bowling PDBL yang masyuk ittew! Handicap akan ditentukan berdasarkan purata jatuhan pin bagi kelima-lima permainan pada setiap kali pertemuan diadakan. penndek kata purata game uols tu akan jd cut off utk menentukan uol dapat berapa handicap... kalu ngko terer sgt x pun buat-buat terer malam tu.. iol bagi ZERO hokey! merasa.... ngeh ngeh ngeh. Yang x pandai men tu lak jangan tersengih cam kerang busuk.. iol bagi uols handicap +100 pin pun jangan uol mimpi nak potong org yg x dpt handicap! pinfall free tu ekceli sebagai skim galakan ataupun kosmetik nak kasi uols nmpk cantekkk jewutk uols perform better and better! Silap2 iol pun belong to handicap system... ngata x hengat ngko! walhal iol rasa sistem handicap ni iol nak guna utk nyindir geng2 yg x berapa pandai men... bley ke statement iol tu uols?.... jangan pi kafe staf pastu ade org baling pinggan mangkuk kat iol sudah... ngeh ngeh ngeh.... well, kebenaran pahit utnuk ditelan tetapi kadang-kadang itulah realiti yang harus diterima! zasstttt.............. laser mcm mekbowling lak.... hahaha mana ngko senah?

3. Berikut ialah panduan handicap untuk makluman semua peserta... handicap akan diberi on game basis. Maksudnya jika uols pemain varsiti ke bukan pemain varsiti ke, jika uols skor purata game pada malam tu seperti jadual di bawah uols layak hokey!... hepi? iol x nak diskriminasi pemain varsiti nnt depa kata iol buat gerakan bawah tanah untuk menggulingkan depa... ngeh ngeh ngeh! Fair play for all... x gitu uols? kuang kuang kuang! jadi sapa-sapa minat nak dapatkan handicap sila berusaha untuk membuat jatuhan pin purata seperti jadual di bawah... kalu uols rasa uols hebat sangat uols skor la > 200. Tutup mulut semua orang ngeh ngeh ngeh.. hatta mulut iol pun terkunci rapat...

4. Apa-apa pun sistem handicap ini tidak akan memenangkan bottom billion... pemain-pemain yang berkualiti boleh meneruskan pertandingan tanpa merasakan sistem ini tidak adil untuk depa. Sistem ini tidak 100% sempurna namun ini iol rasakan yang terbaik utk musim kali ini. Tapi kan kalu u study table tu.. ade strategi nak abuse the system but i prefer to take it as the colors of the game. Feeling more heat? iol x sebab i duk dalam bilik ekon gittew!

Back to work....

Nota kaki: Hit me back if you not understand about the above entri. I will explain to you in mathematical language. kalu nak tau camna nak abuse system tu... kontek2 la iol hokey! i btau fri jew.

Tata titu titi....

da da da...

  

#57 Maklumat Tambahan PDBL2010 Musim ke-2

Salam adik kakak abang-abang sekalian,
Alhamdulillah iol kembali bersiaran setelah lama terperangkap dengan tugasan-tugasan universiti... hip hip horey.... ngeh ngeh ngeh

Terdapat beberapa perubahan format bagi PDBL2010 musim ke-2 kali ini yang semestinya bertujuan untuk menambah kehangatan dan kegelisahan setiap peserta PDBL2010. Di antaranya ialah:-

1. Peningkatan hadiah sebanyak 100% berbanding musim terdahulu... yang penting ngko bayaran bulan tetap sama RM30, maintain 5 games. Hah ade ngko jumpa penganjur2 macam kami ni kat luar sano? nan ado kan... hadiah up, bayar sama... tokey kedai emaih pun x buat lagu tu... apa-apapun exclusively utk staf USM sahaja! uols tetap di hati iol hokey....

HADIAH KESELURUHAN

Juara: RM400.00
Naib Juara: RM200.00
Ketiga: RM100.00
Keempat: 80.00
Kelima: RM50.00
Keenam: RM30.00
Ketujuh: RM30.00
Kelapan: RM30.00
Kesembilan: RM30.00
Kesepuluh: RM30.00

2. Jackpot bulanan - mmm yang nie mesti menarik... terdapat 2 jenis jackpot akan ditawarkan pada setiap bulan! Jackpot Utama bernilai RM50.00 akan ditawarkan pada setiap kali pertemuan diadakan dengan nilai rm50.00 bagi mana-mana peserta yang pertama berjaya menyamai kombinasi strike/spare/split yang akan diumumkan oleh penganjur sebelum permulaan permainan. Sekiranya tiada pemenang pada bulan tersebut, hadiah jackpot akan dibawa ke pertemuan seterusnya... untuk esok malam, 26 Mei 2010, Jackpot terkumpul bernilai RM100.00... WOW! Selamat berjaya kepada semua peserta...

Manakala, jackpot kedua ialah jackpot hangus... di mana sebanyak 5 jackpot bernilai rm10.00 ditawarkan pada setiap bulan. Peserta pertama yang menyamai jatuhan pin yang dikehendaki pada mana-mana permainan, akan mendapat RM10.00. Peserta hendaklah memaklumkan kepada penganjur sebaik sahaja mereka menyamai jatuhan pin tersebut bagi tujuan tuntutan hadiah. Ingat uols hanya peserta yang pertama menyamai jatuhan pin sahaja yang layak....

Untuk esok malam... jatuhan pin untuk jackpot hangus ialah: 161 123 111 99 145

Selamat maju jaya.. pilih la mana2 satu pinfall yang you nak. nak sapu lima-lima pun bley! uols jangan pi kedai magnum lak.. tu bukan nombor tikam tau! Haram uols men tikam2 ni!

3. Tarikh-tarikh pertandingan pula ialah... seperti berikut:-

26 Mei 2010

30 Jun 2010

28 Julai 2010

27 Oktober 2010

24 November 2010

29 Disember 2010

Setiap hari Rabu pukul 8.00 malam... apa-apa pun penganjur berhak mengubah tarikh pertandingan sekiranya terdapat keperluan!

panjangnya uols iol buat entry hari ini.. Ok la... jumpa esok malam yer... tata titu titi... ;p

Nota kaki: iol x larat nak komen... uols baca jew entry kat atas tu...

Tuesday, May 18, 2010

#56 : SECOND SEASON!!

HOLAAAAA!!!!
ATAS PERMINTAAN RAMAI...
DENGAN INI DIUMUMKAN....


AKAN BERMULA PADA
26 MAY 2010
JAM 8.30 MALAM 
MEGALANE BOWLING CANTRE.


*KEPADA PESERTA DIMUSIM PERTAMA YANG MASIH BERMINAT UNTUK MENYERTAI, SILA ISI BORANG PENYERTAAN DAN BESERTA DENGAN YURAN PENYERTAAN SEBANYAK RM20 KEPADA URUSETIA PERTANDINGAN SEBELUM 26 MAY 2010.

*BAYARAN DIKENAKAN PADA SETIAP PERTEMUAN ADALAH SEBANYAK RM30. DIBAYAR KEPADA BENDAHARI PERTANDINGAN SEMASA HARI PERTANDINGAN PADA SETIAP BULAN.

*LIGA MUSIM KEDUA INI AKAN BERMULA PADA 26 MAY 2010, JUN, JULAI, OKTOBER, NOVEMBER & DISEMBER (GRAND FINAL) (*tarikh tertakluk kepada pihak penganjur dan akan diberitahu dari semasa ke semasa*)

*MUSIM KEDUA INI, HANDICAP AKAN DIBERI KEPADA PESERTA YANG LAYAK SAHAJA DAN TERTALUK JUGA KEPADA BUDIBICARA PIHAK PENGANJUR.

*LAIN-LAIN FORMAT DAN SYARAT PENYERTAAN AKAN DIBERITAHU DARI SEMASA  KE SEMASA DI DALAM BLOG INI.




Tuesday, May 4, 2010

#55 Gambar Grand Finale PDBL2010

Uols some of the photo.. the rest with PJA! boleh koling2 dia k...



PB: One more please....
Wani n Kak Na Library: sembang apo tu? jual avon ka?
Faiz: Wahai Geliga hikmat tunjukkan beta siapakah gerangan juara?
Fazli: eh fahmi... enterframe jew.. x muat ayah dalam gambar kang!
Mekbowling: Eh menendang-nendang pula baby nie... time bgambaq la dia nak betul parking!



Fazli: Eh cik rosni nie.. td anak aku nie dia lak enterframe.. owhh pleaseee! keciwa...
Cik Rosni: hi uols semua... ade mak kisah mak enterframe ke out of frame ker...
PJA: Menongkat dagu lak ayg nie... kalah la tue! ahaks... 
Mekbowling: Best mak cakap hah... walau mek x menang bagai! mek tetap mng sorakkk gittew!

Nota kaki: Itulah sebahagian daripada kemeriahan pada malam penutup grand finale PDBL2010. bagi staf-staf kampus kejuruteraan USM yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertai musim kedua yang akan dimulakan sekitar Julai 2010. Insyaallah!

Pesanan penaja: PJA, malam nie corot lg ker?... ahaks.. jahat jari jemari nie.. meh iol pukul jari jemari ittew... hahaha

Sunday, May 2, 2010

#54 Laman Sesawang Rasmi USM SUKUM35

Heni tetibe terdetik rasa hati untuk menGOOGLE kat kunci SUKUM35 dan wallaaaaaa.... tetibe jew the most anticipated website of the year appear (ye ker?.... ahaks)! nak tengok macam mana upernyer?... sat ek sabau...

Tarra....

klik imej untuk tumbesaran

Untuk ke laman rasmi SUKUM35 sila klik di sini.

Yang penting ade Lang Merahhhh gitew! ahaks... Tahniah di atas kesungguhan dan daya inisiatif yang telah diambil oleh jawatankuasa penganjuran untuk meng'online'kan laman sesawang rasmi ini! Tapi yang pelik nyer napa GOOGLE sebelum nie link ke laman nie x de? musykil2... sebab tengok tarikh download dokumen tu ade bulan Mac ada Februari... any idea? tapi yang penting tarikh the last updated was on 28th April 2010 (klik gambar kat bwh and uols semua tgk kekotak merahhh ittew!)... maksudnya selepas iol komen2 berapi hetu... siap bersilat bagai!

Tapikan iol tetap nak cadang satu lagi kat jawatankuasa penganjuran nie.. iol dapati xda link ke web SUKUM35 kat laman web rasmi USM! iol rasa bende ini perlu kerana ia merupakan event utama USM gak al-maklum lah... hampir 2 minggu menjadi tumpuan delegasi atlit dan pegawai universiti seluruh Malaysia! Boleh buat kot lepas nie... taruk jew logo, klik ngan tikus iol nie hah daa sampai ke laman rasmi SUKUM35! maklumat di hujung jari gitew! EKSPEN 2010 pun ade promo bagai... kemon ler abang! tambah nanti ek!  (dah ada iol tgk kat main web usm.. after lunch hour!) abaikan la ngomel2 iol nie yer...




klik imej untuk tumbesaran

x kisah lah orang2 berkenaan baca ke x... alhamdulillah laman sesawang dah wujud! Kalu iol terkasar bahasa iol minta maaf k! PEACE! Yang penting penganjuran tahun ini berjalan lancar dan lebih meriah! Kalu pak menteri KPT turun tu kot2 bleh dpt pujian yang berbunyi macam nie la uols.... 'Saya menyifatkan penganjuran SUKUM35 kali ini merupakan yang terbaik dalam sejarah Penganjuran SUKUM semenjak 34 edisi yang lalu.. tahniah USM'

hah x ke uols bangga kalu Pak Menteri cakap macam tu?... Apa-apa hal pun chaiyo2 seluruh warga penganjur + sukarelawan SUKUM35! Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi! Melodi uolsssssssss...

Tapi yang best lagi... kalu uols GOOGLE SUKUM35 setakat hari ini 3 Mei 2010, jam 10.55 pagi... jam kat PC iol k ahaks... Rekod carian menunjukkan blog paydaybowling.blogspot berada di kedudukan 5 & 6! apo cerito jang? takpe ler... same2 ler kite promo event kat universiti sendiri. Lagipun satu sen pun x luak! Mohler sama-sama meriahkan kampus USM sempena SUKUM35 nanti.... kami akan menyambut kedatangan anda dengan penuh keceriaan. Semoga beroleh pengalaman yang indah bersama SUKUM35!


klik imej untuk tumbesaran

Nota kaki: iols penat.... maybe travel ke sana ke sini kot kebelakangan ini! takper.. i nak cari spirulina ahaks!