Sembang Sembang Bowling

Tuesday, May 25, 2010

#57 Maklumat Tambahan PDBL2010 Musim ke-2

Salam adik kakak abang-abang sekalian,
Alhamdulillah iol kembali bersiaran setelah lama terperangkap dengan tugasan-tugasan universiti... hip hip horey.... ngeh ngeh ngeh

Terdapat beberapa perubahan format bagi PDBL2010 musim ke-2 kali ini yang semestinya bertujuan untuk menambah kehangatan dan kegelisahan setiap peserta PDBL2010. Di antaranya ialah:-

1. Peningkatan hadiah sebanyak 100% berbanding musim terdahulu... yang penting ngko bayaran bulan tetap sama RM30, maintain 5 games. Hah ade ngko jumpa penganjur2 macam kami ni kat luar sano? nan ado kan... hadiah up, bayar sama... tokey kedai emaih pun x buat lagu tu... apa-apapun exclusively utk staf USM sahaja! uols tetap di hati iol hokey....

HADIAH KESELURUHAN

Juara: RM400.00
Naib Juara: RM200.00
Ketiga: RM100.00
Keempat: 80.00
Kelima: RM50.00
Keenam: RM30.00
Ketujuh: RM30.00
Kelapan: RM30.00
Kesembilan: RM30.00
Kesepuluh: RM30.00

2. Jackpot bulanan - mmm yang nie mesti menarik... terdapat 2 jenis jackpot akan ditawarkan pada setiap bulan! Jackpot Utama bernilai RM50.00 akan ditawarkan pada setiap kali pertemuan diadakan dengan nilai rm50.00 bagi mana-mana peserta yang pertama berjaya menyamai kombinasi strike/spare/split yang akan diumumkan oleh penganjur sebelum permulaan permainan. Sekiranya tiada pemenang pada bulan tersebut, hadiah jackpot akan dibawa ke pertemuan seterusnya... untuk esok malam, 26 Mei 2010, Jackpot terkumpul bernilai RM100.00... WOW! Selamat berjaya kepada semua peserta...

Manakala, jackpot kedua ialah jackpot hangus... di mana sebanyak 5 jackpot bernilai rm10.00 ditawarkan pada setiap bulan. Peserta pertama yang menyamai jatuhan pin yang dikehendaki pada mana-mana permainan, akan mendapat RM10.00. Peserta hendaklah memaklumkan kepada penganjur sebaik sahaja mereka menyamai jatuhan pin tersebut bagi tujuan tuntutan hadiah. Ingat uols hanya peserta yang pertama menyamai jatuhan pin sahaja yang layak....

Untuk esok malam... jatuhan pin untuk jackpot hangus ialah: 161 123 111 99 145

Selamat maju jaya.. pilih la mana2 satu pinfall yang you nak. nak sapu lima-lima pun bley! uols jangan pi kedai magnum lak.. tu bukan nombor tikam tau! Haram uols men tikam2 ni!

3. Tarikh-tarikh pertandingan pula ialah... seperti berikut:-

26 Mei 2010

30 Jun 2010

28 Julai 2010

27 Oktober 2010

24 November 2010

29 Disember 2010

Setiap hari Rabu pukul 8.00 malam... apa-apa pun penganjur berhak mengubah tarikh pertandingan sekiranya terdapat keperluan!

panjangnya uols iol buat entry hari ini.. Ok la... jumpa esok malam yer... tata titu titi... ;p

Nota kaki: iol x larat nak komen... uols baca jew entry kat atas tu...

2 comments:

Tun Zainal said...

All,
Bila PJH menulis terasa blog menjadi meriah semula .... hahaha

PJH said...

Dr. Tun,
kalu ada kelapangan insyaallah... lately byk merantau! takpe mekbowling pun ade. She's doing great as well...