Sembang Sembang Bowling

Monday, April 4, 2011

#88 Sesi Pemilihan Atlit Bowling Sukan Staf Universiti Malaysia SUKUM 36

Kisah bermula pabila pembuka tanah terserempak dengan sang kancil waktu berburu... Sungguh tertarik pada kelincahan sang kancil justeru diputuskan di situlah sebuah empayar yang hebat bakal berdiri...

suker tgk kartun sang kancil masa kecik kecik lu... keluaran filem negara malaysia! sekarang dah xde... rugi budak2 zaman sekarang ni... ;p yang depa ada ben 10, ultraman, kapten tsubasa dan mcm2 lagi produk luar negara. sib bek de upin ipin satu... betul3x!

Disambung pula cerita dahulukala, diturunkan dari mulut ke mulut hikayat pahlawan berlima bergadai nyawa mempertahankan empayar melayu tersohor, kesultanan melayu melaka. seri utama panglima hang tuah berkeris lok 7 bersepuh emas berjampi sakti. Ada diriwayatkan batang tubuhnya hanya boleh dilukai oleh keris keramat taming sari yang khabarnya sudah tenggelam di sungai perak... (Dr. tun tlg pi cr sat... hangpa keturunan orang-orang besau perak!)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PEMILIHAN PEMAIN BOWLING SUKUM ke 36.

Makluman kepada semua warga kampus USM INDUK, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT.

Kelab Bowling Tenpin Staf USM dengan kerjasama Kelab Sukan Staf USM, KKSSK Kampus Kejuruteraan dan KSS Kampus Kesihatan akan mengadakan sesi pertandingan pemilihan pemain untuk ke temasya SUKUM ke-36 yang akan diadakan di UTeM Melaka pada bulan Julai nanti. Jadual Pertandingan pemilihan adalah seperti berikut:

Tarikh : 8hb. April 2011

Hari : Jumaat

Tempat : MIBC Melaka (Tempat Pertandingan SUKUM ke-36)

Sesi pemilihan akan dijalankan sebanyak 12 permainan dalam 2 sesi seperti berikut:

8hb April 2011 (Jumaat): Sesi 1 - 10.00 Pagi, Sesi 2 - 4.00 Petang

Bayaran penyertaan RM170/orang. Termasuk bayaran Permainan + Penginapan + Pengangkutan. Terbuka Kepada Semua STAF Lelaki dan Wanita USM (INDUK, Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT)

Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 4hb. April 2011.

Perlawanan akan dijalankan mengikut Peraturan dan Undang-Undang Gabungan/Persekutuan Bowling Tenpin Antarabangsa/Kebangsaan (WTBA/MTBC).

Pemain yg memperolehi percapaian yang terbaik pada sesi pemilihan itu nanti akan layak mewakili USM ke SUKUM ke-36.

Kerjasama dan penyertaan anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Majulah Sukan Untuk USM

SIla hubungi urusetia pertandingan untuk maklumat lanjut:

En Mohd Shafie Ariffin (0124730110, mshafie@usm.my),

Cik Rosni Hasan (hrosni@eng.usm.my), dan En Saiful (0139205715)
* Saduran asal daripada emel yang dihantar oleh Cik Rosni Hasan kepada semua warga kampus kejuruteraan.



gambar simulasi keadaan mekbowling, kak na abg aziz dan kak ida AED untuk 30 tahun akan datang. Simulasi imej dijana menggunakan kaedah modelling grand canonical monte carlo... abg nak semunyi dalam lab... teksiiiii

Nota kaki: agak-agak ada selection 2nd round x? Mekbowling tu mcm diva lak... mentang-mentang menang pingat emas SUKUM edisi ke-35. (pssttt... dia x tau ke pingat emas dia tu celup je kaler... bukan betoi punnn.. kui3x) ahaks... abg nak pi pajak pingat gangsa abg kat ar-rahnu! teksiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... voooommm