Sembang Sembang Bowling

Thursday, March 31, 2011

#87 Panas3x Ranking Terkini selepas 2 musim...

Salam tuan-puan sekalian...

Saya secara langsung membawa anda dari litar F1 sepang untuk perlumbaan kedua musim 2011. Seperti yang anda lihat di skrin sekarang.. sebastian vettel sedang mendahului lain-lain pelumba sambil diekori rapat oleh lewis hamilton dan eh eh... napa teksiiii mekbowling de kat dalam litar... adakah mekbowling tersilap jalan??? sebab dia cakap td nak pi Jusco... huhuhu... apa yang sudah berlaku?... bendera kuning dikibarkan menandakan perlumbaan dihentikan buat seketika! kereta keselamatan telah mengambil alih kedudukan peneraju... apa-apa pun kita kembali ke bilik berita bersama abg fink...

Hai hai peserta PDBL-3 semua... ini merupakan kali fertama PDBL-3 mendapat liputan nadi arena! walaupun bertaraf picisan... huhuhu tetap nak glam2 astro jugak... huhu. Berikut disampaikan kedudukan terkini kutipan mata setiap peserta (yg ade point jer yea... yg xde tu abg minta maap amfun byk2... cuba lagi dek non wahaha...) selepas selesai pertemuan pertama dan kedua... layannnnnn

                                 Dr. Salman      : 8 + 8 = 16
                                Cik Rosni        : 10 + 4 = 14
                                En. Azrol         : 2 + 9 = 11
                                En. Zabri         : 5 + 6 = 11
                                En. Fakar        : 0 + 10 = 10
                                En. Amzar       : 4 + 5 = 9
                                En. Azam  : 6 + 3 = 9 (nape besau sgt ni???)
                                Dr. Tun           : 0 + 9 = 9
                                Pn. Norzalilah : 0 + 8 = 8
                                En. Aziz          : 1 + 7 = 8
                                Mat Jan           : 0 + 3=3
                                En. Faiza         : 0 + 2 = 2
                                Pn. Marziana   : 0 + 1 = 1

Ranking di atas adalah berdasarkan pungutan mata sahaja. Ranking rasmi akan dikeluarkan oleh mekbowling setelah beliau selesai menganalisis data-data permainan menggunakan kaedah simulasi monte carlo (abg pun x tau ape bende tu... men taip2 jer pe yg jumpa dlm jurnal!)... kedudukan pemain mungkin akan berbeza terutama bagi mereka yang mempunyai mata yang sama. Kedudukan akan dipisahkan mengikut kelebihan jatuhan pin untuk semua permainan.


Panasss x?... AED hang panas x? Abg rossss?... ya allah fazley men semalam mcm ayam kena sembelih ( mengikut katanya setelah keciwa melihat pin-pin begitu degil semalam!) abg nak tambah mcm ayam kene penyek loghi... tapi cian lak kat kawan! tambah-tambah dia bawa adik dia yg pretti ittew... abg de can x li?... teksiiiiiiiii

Nota kaki: x sangka point abg sama ngan point dr. tun... abg hebat atau dr. tun yg x hebat? hahaha... jgn mare!

Rasanya season ni dr. man pakai limau nipis la... nnt next month abg ros tlg azan lg kuat yer... sebelum ni xde la baguih mana! kan AED? hahaha...


Wednesday, March 30, 2011

#86 RESULT SECOND MEETING SEASON 3

Kekonon malam semalam nak buat siaran lansung bagai lah kannn...
Manalah tahu kot-kot boleh lawan penyampai sukan hasbilah owang..
Mek boleh jadi, Mek Wok!! Muaahhahhhaaa...
Alih-alih.. HADOOOO!!
Berkejaran dgn anak pinak, nak hencing lah.. nak u'uk lahhh.. Macam-macam hal!!
Haihhh... Gitu lah kan kalo dak beranak pinak ni...
Siaran lansung ke mana.. ape ke mana...
Mek kena jadi babysitter plak dok mengasuh bebudak ni tengok doremon sambil makan bertih jagung!!

Malam tadi, seperti yang telah diberitahu oleh Abg Fink dalam entry sebelum ni, iaitu sesi gantian bagi bulan Mac. Sesi gantian ini adalah sesi yang terakhir untuk season ni. Jadi, bulan depan kalo ade sesape yang tak dapat hadir walaupun dengan alasan munasabah ke, munaserawak ke, no kompromi dah yer... Takde dah nak ganti-ganti.. tak koser dah!! Fenat tauuuu!!!

Malam tadi  juga, kita ada 2 org peserta baru, iaitu En. Fakaruddin dan En. Fazly. Terima kasih kerana masih lagi memberi sokongan kepada Payday. Harap-harap bulan-bulan akan datang pon, datang lah yer.. jgn hot-hot chicken shit plak... (tapi kalo tak dtg pon, ok jugak... ngeee~~~)
Dah la bulan lepas takde, tetibe bulan ni dtg bagi kejutan plak! Pulak tu dlm sesi gantian pulak! Mencik tau... Siannnnn kat Abe Sayey Mek tuhh... blh plak En. Fakaruddin mendahului 2 pin dari total point Abe sayey Mek, En. Azrol... Huh!! Bikin Fanasssssssssss jer kannn...

ek.. eh....
Alamak!
Panjang pulak mukadimah.. muahahhahaa....
Yer la.. yer laaa.. ni hah result rasmi...
Kalo tak nampak, mcm biasa.. 
klik kat gambar utk tumbesaran!!!

Dialog kak Na Abg aziz dimalam liga aritu...
"Ilaaa.. sebab ila ajaq kak na pasal tangan tu yang malam ni menjadi sikit..."
Hehehhehe... Chaiyokkk Kak Na!!!!
Sepanjang 3 musim, ini lah kali pertama kak na dapat POINT!
1 pon jadi lahhh... hehehhehe....

Bang Rossss... Ohh.. Bang Rosss...
terima lah kenyataan yer Bang Rossss.... ngee~~

Dr. Tun... Menang handicap lagi yer... hehhehehe... Peace!!

Wahhh.. AED... Hook dah MENCONGKAMMMM dah skang ni!!! Takut ai....

*I pon nak tahan teksi mcm Abg Fink lah... Nak pegi Jusco.. nak beli Mascara.... TEKSIIIIIIIII*

Tuesday, March 29, 2011

#85 Sesi Ganti PDBL-3 Mac 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua komuniti PDBL...

Adalah dimaklumkan malam ini akan diadakan sesi ganti bagi peserta yang tidak dapat hadir pada 25 Mac yang lepas. Justeru anda dikehendaki berada di Megalanes Prai pada pukul 8.30 malam. Terdapat 5 peserta pada malam ini akan beradu kepakaran untuk menentukan untung nasib (selalunye rugi jer... hehe! nasib2...) sama ada mereka mampu menempatkan diri mereka di kalangan 10 peserta terbaik bulanan.

Para peserta PDBL-3 yang berminat bolehlah menyertai sesi ganti pada malam ini bagi memeriahkan suasana di samping menyajikan gangguan mental kepada peserta-peserta yang bertanding. Jatuhan pin anda pada malam ini tidak akan diambil kira. Keputusan rasmi bulan Mac 2011 insyaallah akan diumumkan pada keesokan harinya. Jangan ke mana-mana... manalah tau geng2 ustaz bas sekolah (oppsss!... suka tengok astro ceria cenel 611. Cenel oasis 106 pun feberet gak!!!) mampu melakukan sesuatu pada malam ini untuk menafikan ranking en. Faiza dan En. Zabri... En. Rosman ade ranking ke ooi? hahaha ;p... yang herannya... AED sampi la ni xde dalam ranking. nampak tiap2 minggu dok tarik 3 biji bola ke megalanes... menang gaya per???... huuuu

Selain itu, dukacita dimaklumkan bermula pada sesi april 2011, TIADA lagi sesi ganti akan diadakan bagi mana-mana peserta yang gagal menghadirkan diri pada tarikh pertemuan yang telah ditetapkan, atas apa jua alasan. Ini adalah kerana beberapa isu yang timbul terutamanya berkaitan dengan pengurusan penganjuran serta maklumbalas daripada peserta-peserta PDBL-3 yang lain. Semoga keputusan ini tidak akan merencatkan hasrat dan tumpuan tuan-puan dalam mengejar kedudukan terbaik dalam PDBL-3.

Gegak gempita hiruk pikuk suasana pertandingan telah dirasai sepanjang hampir 3 musim PDBL berlangsung, dan saya ingin memaklumkan bahawasanya pada musim PDBL-3, liga kita telah mencatatkan peningkatan penyertaan sebanyak 23% dengan pertambahan sebanyak 5 peserta baru. Hingga kini kita telah mempunyai sebanyak 27 pemain aktif yang berdaftar. Alhamdulillah dan terima kasih di atas sokongan anda. Semoga kita beroleh sesuatu yang positif daripada penyertaan PDBL-3 ini; baik untuk meramaikan kenalan dan juga meningkatkan kemahiran permainan masing-masing! Kepada staf-staf USM Kejuruteraan di luar sana yang berminat... ayuh hangatkan liga ini pada musim yang akan datang. Insyaallah. Penting juga untuk makluman tuan-puan, organisasi PDBL sehingga hari ini merupakan organisasi yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organization). Semua yang dilakukan adalah secara sukarela dan ikhlas... Insyaallah ianya akan berterusan begini! Amin...
Nota kaki: Konpim rosman lemas... tunggu peja lak! ermm... mandrem kemenyan limau nipis mekbowling ngan Dr. Tun x jadi 25 Mac yang lepas... habis terperosok! mekasih man sebab azan 2 kali kat megalanes... habis smua lari... hahaha! Baru depa tau hang sapa... huhuhu! Dengar citer Dr. Salman score mcm Malaysia Player tu.. sejibik cam zulmazran.. tapi pekehei 106 tu? nasib ke apa???  Teksiiiiiiiii....................

Monday, March 21, 2011

#84 PDBL-3 Bulan Mac 2011 - 25 Mac 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera para peserta PDBL-3 sekalian,

Alhamdulillah pada hari jumaat nanti, 25 Mac 2011 pukul 830 malam bertempat di Megalanes Prai, semua peserta PDBL-3 akan berentap untuk memperbaiki ranking kutipan mata masing-masing. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan-puan agar dapat meng'ada'kan batang tubuh tuan-puan di gelanggang pada masa yang ditetapkan. Saya merayu agar tuan-puan dapat menghormati para peserta lain yang 'on time' agar tidak timbul suasana yang tidak selesa di kalangan para peserta terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Kesian depa bawa anak-anak kemudian pulang lewat-lewat malam... Sama-samalah kita menjaga perasaan dan keharmonian sesama insan... Hablu minannas! Ustas Borhan tolong tazkirah sikit kat depa-depa yang lambat nie... apa hukumnya orang yang tidak menepati perjanjian masa? boleh cubitttt ker??? he2

Saya difahamkan terdapat kesesakan yang teruk di persimpangan prai pada hari jumaat justeru saya menasihati tuan-puan agar sebaik-baiknya turun awal dan berjemaah di surau megamall ataupun pilihan kedua tuan puan boleh menggunakan jalan alternatif Bukit Tengah. Selepas tol juru, sila exit di persimpangan auto-city dan seterusnya belok ke kanan menghala ke Bukit Tengah (sila ikut lampu isyarat deme-deme semua yer... hijau baru jalan!). Kemudian sesampainyer anda ke lampu isyarat persimpangan flyover jalan bukit tengah... sila belok ke kiri dan terus kan perjalanan sehingga anda bertemu dengan ramp ke Butterworth. Anda akan melepasi lebih kurang 2-3 lampu isyarat sebelum bertemu dengan ramp tersebut... sekiranya terdapat kemusykilan sila beli GPS.... huhuhu




View Larger Map

hangpa sesat jugak... x tau la... korek2 nanti jibik mata tu... nnt x leh men boling da!

Seperti biasa... ucapan semangat yang penuh ikhlas... selamat berjuang! Mana yang rajin, sempat lagi berlatih dalam masa 2-3 hari ini!

Jumpa di sana!

Nota kaki: Dengar citer abg rosman karam di lautan bergelora... moga-moga x lemas... next time jgn lupa pakai jaket pelampung kalu x pandai berenang...huhuhu ;p

Teka-teki teka-tekop: apa itu GPS???


Wednesday, March 16, 2011

#83 Keputusan PDBL-3 BulanFeb 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para peserta PDBL... Semoga kita sentiasa termasuk di kalangan mereka yang mendapat rahmat dan petunjuk Illahi... Amin.

Seperti yang kita maklum pada 25 Feb yang lepas PDBL-3 telah memulakan tirai strikes dan spares yang x terkira di Megalanes Perai... resam permainan ada yang menang ada yang kalah. Yang menang tersenyum girang yang kalah dok potpet merata cakap lane x elok la.... lane kering lane banyak minyokla... yang men hook lak baling macam ular kena palu tapi x strike2 pun.... split lagi ader la... kecian kome! yang baling strait lak manjangnyer tergedik-gedik duk cari poket belah pin 4-7 dan pin 6-10 (macam si rosman n najib).... org cari poket 1-3 dan 1-2... isk deme2... banyak banyak bersabar yer... istighfar banyak2 macam ustaz2 pusat islam walaupun kalah xde ranking tetap mantain kool... xderla nak mak esah bola orang sana sini macam mekbowling tu! Huuu... Cik Rosni lak menang nasib jer! vooolleeyyy? hahaha... Tahniah cik rosni! Cuba lagi yer ustaz borhan ustaz latipi ustaz shaqroni dan ustaz ZABRI! jangan ler sampai terlentang kat depan lane! :p

Berikut ialah keputusan penuh bagi edisi PDBL Februari 2011....


Korang leh klik kat jadual tu kalu mata korang de masalah...

Nota kaki: Saya mewakili jawatankuasa penganjuran PDBL ingin memanjangkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada saudara Rosman dan Saudari Aswani yang akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Mac 2011, Sabtu bertempat di Kubang Kerian, Kelantan... Ganah mung nikoh ngan kerabat cik siti wan kembe! make budu doh mung male pertama! Selamat berjuang saudaraku... kalu nak tips datanglah berjumpa senier2 kat kafe staf! insyaalah kami akan membantu saudara dari segi persiapan mental sebelum melayari bahtera dan juga tips2 penjagaan dan pengekalan tenaga! wahahaha.... Man jangan bikin malu yer... aku potong nnt! Tahniah sekali lagi semoga berbahagia hingga ke akhir hayat wahai sahabatku berdua...

Ni satu lagi... berbuih mulut kite orang duk nunggu turn peja... dengar citer patah hati dengar rosman nak kawin.. sampai lani x pi kafe staf! hahaha... moga bertemu jodoh yang baik nanti... Amin!