Sembang Sembang Bowling

Thursday, July 29, 2010

#68 KEPUTUSAN RASMI LIGA (BULAN MAC)

DIUMUMKAN.. KEPUTUSAN RASMI UNTUK LIGA PAYDAY BOWLING UNTUK BULAN MAC!!!!
*mek takmo lah over-over... sedang meratap pilu ni.. sebab jatuh menggelongsor... huhuuu!*

Seperti biasa, kalo tak bape nak cerah bijik mata, amik teropong, tak pon amik kanta pembesar suara... tengok lah!! tengok sampai terkeluaq bijik mata!!!


TAHNIAH!!! Kepada pemenang... (ehem! ehem!)
(nanti kalo dpt grand finale, jgn lupe menlanje yang tercinta ni.. Utang kek hari jadi...)

Kepada yang tersenarai dalam list to 10 (menang handicap jer pon...), jangan la rasa hepi lompat-lompat sampai tembus dinding yer.. u olss berehat la 2 bulan.. nanti tunggu bulan 10.. aura lemang ketupat rendang tu mengusai.. harus sakit-sakit urat u olss... ahaksss!!
jangan marah.. gurau-gurau sebelum puasa... hikss!!!

OK!!
Berikut adalah kedudukan ranking setakat 3 kali pertemuan...



Orait u olsss!!
akhir kata dari Mek Bowling dan semua ahli-ahli bersekutu Liga Bowling Payday...
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN....
DAN 
SELAMAT BERPUASA

Tuesday, July 27, 2010

#67 PDBL 2010 Musim ke-2 Pusingan ke-3


Uol semua jangan lupa yer malam nie...

PDBL 2010 Musim ke-2 Pusingan ke-3


28 Julai 2010, Rabu

8.00 malam (yuran)

8.30 (pertandingan)

@

Megalanes Perai, Pulau Pinang



@~~Jackpot RM10~~@
.
.
.
.
.

Rahsia


-91-   -115-   -151-   -188-   -222-

Kombinasi Strike/Spare/Split/Open
Grand Jackpot
.
.
.
.
.

Rahsia



Nota kaki: Jom dengar lagu Mek Iti Biarlah Rahsia.... ngeh ngeh ngeh

#66 Storm Invasion Bowling Ball Reaction Video

Sunday, July 25, 2010

#65 Beginner's Tournament every Tuesday - RMIC 27 Julai 2010

@~~HEBAHAN KEJOHANAN~~@

Beginner's Tournament every Tuesday



Pertandingan Bowling untuk Beginner siri ke-4, akan diadakan pada 27 Julai 2010, jam 8.30 malam (pendaftaran & undian) di Megalane, Seberang Perai.

Yuran pendaftaran sebanyak RM30 untuk 3 permainan.



Hadiah wang tunai menanti pemenang.....

Johan: RM200
Naib Johan: RM100
Ke-3: RM60



Jackpot*: RM160 (Strike Frame:1,5,6,9,10,11,12)



*Akan dibawa ke minggu berikutnya sekiranya tiada pemenang. Jackpot adalah hak pemain bukan penganjur.

Sekiranya penyertaan melebihi 38 orang, hadiah ke-4 akan disediakan (RM50).


Maklumat lanjut sila klik di sini.



#64 PDBL Musim ke-2 Pertemuan ke-3 28 Julai 2010

Assalamualaikum adik kakak abang-abang sekalian,

Alhamdulillah ribut pun sudah reda... kopi yang dulu bergelora kini semakin tebal busanya.. bertambah manis dan berkrim. Silap-silap lekat di misai... ngeh ngeh ngeh! Semoga PDBL2010 terus mampu menongkah cabaran yang mendatang. Terima kasih buat jawatankuasa penganjur PDBL2010 yang banyak bersabar dan bersikap rasional. Buat peserta-peserta PDBL lak.. terima kasih kerana telah memberi sokongan yang jitu. Semuanya di atas semangat ukhwah dan kerjasama sesama kita. Insyaallah akan berterusan!


jemput la minum uols.... kopi dangdut iwan ngan amelina! syuke lagu tu... lama x karoeke sambil gelek2 bende yang x berapa nak ada.. huhu!

Buang yang keruh ambil yang jernih.... kalu nak beradu sapa hebat... mehla turun ke gelanggang bowling... setakat mulut-mulut perang-perang cyber nie... x macho la! macam makcik-makcik kat kampung duk pot pet pot pet sambil nyicah pelam ngan kuah rojak mak bee (isk masam lak rasenya kat mulut nie... lama x pekena!) moh deme petang ni nyicah kat teratak mawar Kimia.

Kepada tumpangtuiii, chikaro666, saja-saja dan etc. yang tetiba muncul sewaktu ribut secawan kopi melanda... iol duk investigate IP uols. ngeh ngeh ngeh... i dah minta tolong staf PPKT tolong siasat. Iol rasa iol tahu sapa anda... ngeh ngeh ngeh. Amboi bagai na mengomel... hangat blog PDBL nie.. hangpa ni wat ramai jer.... kata orang utara. wat meriah... Apa-apa pun terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog PDBL2010.

Amacam... leh jd cam Makcik Angel Joli dalam Muvi The Salt x?

Terlajak buat posting hari ni... iol ade beberapa persoalan untuk dilontarkan kepada peserta-peserta PDBL2010... Soalan-soalannya adalah seperti berikut:-
.
.
.
.
.
.


Sudahkah adik kakak abang-abang bersedia untuk bertarung pada 28 Julai nanti?
.
.
.
.

Bola-bola bowling tu dan segala bende mak nenek peralatannya dah digilap ke belum?
.
.
.
.

Mental adik kakak abang-abang semua dah kuat ke menahan gendang perang PDBL2010?
.
.
.
.

Kalau adik kakak abang-abang dah bersedia.... ayuh kita gamatkan Megalanes Perai pada 28 Julai 2010, Rabu jam 8.00 malam (pengesahan kehadiran dan pembayaran yuran) dan 8.30 malam (pertandingan bermula).

Seperti biasa.... 5 Jackpot RM10 dan satu Grand Jackpot yang kini telah bernilai RM200.00 akan ditawarkan pada malam tersebut. Jatuhan pin bagi jackpot rm10 dan kombinasi strike/spare/split untuk grand jackpot akan dimaklumkan kemudian. Zabri men bek2 na..... ngeh ngeh ngeh!

Nota kaki: Dengar citer ada beberapa kita pergi berguru di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam bagi memperkemaskan mutu permainan bowling mereka. So kita tengokla malam tu geng2 Viet atau geng2 Local yang power... ngeh ngeh ngeh! Weh... fridge magnet jangan lupa....

Tuesday, July 13, 2010

#63 RMIC Beginner's Bowling Tournament Series 3

Arakian dimaklumkan adik-adik abang-abang kakak-kakak sekalian alam...

Pertandingan RMIC Beginner's Bowling Siri 3 akan diadakan pada 20 Julai 2010 bermula jam 830pm (pendaftaran & undian) bertempat di Megalane Prai. Yuran pendaftaran RM30 untuk 3 permainan.

Hadiahnyer....

Juara: RM200.00
Naib Juara: RM100.00
Ketiga: RM60.00

Jackpot: RM120.00 [Kombinasi Strike Frame 1, 5, 6, 9, 10 (Turkey)]

maklumat lanjut sila klik di sini. Untuk makluman, Kejohanan ini dianjurkan oleh Prof. Madya Dr. Tun Zainal dari RMIC dan PDBL tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalamnya. Sekadar mempromosi pertandingan yang dianjurkan oleh kawan-kawan!

Psst ---> Dr. Tun paling busuk pun Pelita Autocity... ngeh ngeh ngeh

Jom bersama-sama memeriahkan pertandingan. Warga USM anda dialu-alukan untuk menyertai kejohanan ini.

Nota kaki: Iol sedih melihat penarikan diri beberapa peserta PDBL semata-mata tidak berpuas hati dengan sistem handicap yang digunapakai sekarang. Iols rasa penarikan diri bukan merupakan jalan yang terbaik untuk memurnikan lagi komuniti bowling di kampus kejuruteraan kita ini. Semoga peserta-peserta terlibat dapat menimbang kembali keputusan mereka demi memastikan kesinambungan kemeriahan aktiviti bowling di kampus kita ini.

Berbalik kepada agenda asal PDBL hanyalah untuk menyuburkan aktiviti bowling di kampus kita ini serta menambaik sillaturahim staf-staf daripada pelbagai jabatan, saya menyeru agar semua peserta-peserta terus memberi sokongan yang sewajarnya. Hormati sistem yang sedia ada dan ruang penambahbaikan akan sentiasa terbuka di masa hadapan, Insyaallah.

Kadang-kala dalam kehidupan tidak semestinya apa yang kita katakan adalah betul dan yang betul itu pula tidak semestinya popular. Baik bagi kita mungkin tidak bagi seratus yang lain... moga-moga kita semua dapat merenung kata-kata ini. Mungkin PDBL sudah menjadi terlampau kompetitif bagi sesetengah golongan sehingga kita alpa dan kehilangan nilai-nilai intrisik di dalam menjaga hubungan sesama manusia. Minta dijauhkan... Amin. Segala yang baik dari Allah swt, tuhan sekalian alam segala dan segala kelemahan pastinya datang dari kami sebagai penganjur, manusia yang fana (bukan ebby fanaskova uols!). Selamat maju jaya untuk semua! 

Monday, July 5, 2010

#62 The Return of Abg Pink

Salam Sejahtera semua peserta PDBL2010 tuan-puan adik kakak avang-avang sekalian alam... alhamdulillah iol telah kembali bersiaran setelah sekian lama memencil diri dari dunia perbowlingan selama sebulan lebih mengikut kiraan masa yang secara lebih kurang... bukan merajuk berkecil hati cuma iol sibuk bertempur di dalam arena sukan yang lain... alhamdulillah semuanya telah kembali normal.


Jangan makan hati uols... i bukan pulang sorang... ngeh ngeh ngeh!

Kembalinya Azamitri Topikova (x mcm Ebby Fanaskova Sinar FM ke nama nie?... kering idea per? yang penting va va kat belakang.. terasa iol nie adik beradik ngan maria sharapova negh ngeh ngeh.. volleh?...) ke lapangan blog ini pastinya telah mengundang resah dan gundah gulana di kalangan peserta-peserta PDBL2010 kerana ini menandakan beliau akan menyambung perjuangan beliau di dalam arena bowling.. ngeh ngeh ngeh... mana-mana yang dah ade point kat carta pujaan itu... tunggu yer... iol kick out uols sorang-sorang! ngeh ngeh ngeh...

Sepanjang ketiadaan iol di kampus, iol ade kedengaran beberapa isu berkenaan dengan sistem handicap yang digunapakai di dalam Liga PDBL2010... Iol menerima dengan dada yang terbuka (bidangkah dada iol?... huhuhu) sebarang kritikan dan komen terhadap sistem handicap yang sedang digunapakai sekarang kerana iol percaya tiada sistem yang sempurna di atas muka bumi yang ebby fana ini... eh ebby lagi. ngeh ngeh ngeh...

Untuk pemahaman semua, iol memohon semua peserta PDBL2010 membaca entry #58 berkenaan sistem handicap yang digunapakai... sistem tersebut telah dibincangkan dan diperhalusi sewaktu mesyuarat jawatankuasa penganjuran PDBL2010 Musim ke-2 yang pertama. Sistem ini telah diubahsuai daripada sistem handicap yang digunapakai dalam Liga Mutiara Pulau Pinang. Kelainan dibuat ke atas sistem handicap ini bagi menjadikan persaingan kejuaraan PDBL2010 lebih menarik dan berwarna-warni serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Perbezaan gender tidak menjadi keutamaan kerana sistem ini memberi nilai handicap berdasarkan nilai jatuhan purata bulanan di mana ianya kelihatan lebih terbuka dan adil. Bowling bukan merupakan permainan fizikal seperti sukan-sukan yang lain seperti bolasepak, badminton dll. yang memungkinkan wanita akan kelihatan 'inferior' (dengan izin.. wow.. macam dalam dewan rakyat plak... he2). Bowling memerlukan fokus, konsistensi dan kekuatan mental yang mana kedua-dua gender mempunyai kemampuan yang hampir sama. Suka iol untuk merujuk kepada pertandingan epik di antara Shalin Zulkifli (Wanita - Malaysia) dan Tore Torgesson (Lelaki - Norway) yang berkesudahan memihak kepada Shalin...

Sistem handicap PDBL2010 mungkin bukan yang terbaik tetapi jika tuan-puan dapat menghormati sistem tersebut... Insyaallah perjalanan PDBL2010 akan menjadi lebih berwarna-warni dan lancar. Jawatankuasa Penganjur PDBL2010 tidak akan melakukan sebarang perubahan kepada sistem yang sedang digunapakai sekarang kerana menghormati PDBL2010 musim ke-2 yang sedang berlangsung dan cuba berlaku adil terhadap semua peserta-peserta PDBL2010.

Sebarang komen atau cadangan mahupun kritikan bagi penambahbaikan sistem handicap akan disemak semula pada permulaan musim ke-3, Insyaalalh.. dengan izin-Nya!

Nota kaki: Tahniah buat pasukan bowling wanita USM yang telah merangkul pingat Emas dan juga Opah yang telah merangkul pingat Gangsa kategori individu bowling wanita SUKUM35 yang lalu. Juga sekalung tahniah untuk pasukan bolatampar lelaki USM yang telah melakukan kejutan meraih pingat Gangsa walaupun tidak diberi sebarang harapan pada permulaannya. Impossible is nothing... Jumpa lagi SUKUM36 di UTEM, Melaka! Insyaallah... make sure UTEM sediakan patung si kancil yang mencukupi untuk pemenang pingat Perak & Gangsa seperti mana UMT lakukan sewaktu SUKUM34 yang lalu (Comel patung kuda laut tu... ade dlm lemari iol ngeh ngeh ngeh). USM ni bajet sangat laa... gold medallist jew dapat Lang Gemilang... Perak & gangsa.. nan ado! sedey sgt2! hukhukhuk...

Betul ke iol dengar ade orang sanggup baling ke longkang semata-mata mengejar hadiah2 jackpot ittew?... mmm macam2 strategi deme2 semua nie yer... janji hepi Okies! Play by rules ngeh ngeh ngeh... as long as you are not violating the system/rules imposed by Jawatankuasa Penganjur PDBL2010, please feel free to do so... :p 


Thursday, July 1, 2010

#61 Keputusan Rasmi Liga Payday Boling (30/6/2010)

*Klik Gambar utk tumbesaran*

Keputusan ini muktamad... Harap tiada lagi sok sek kat belakang...
Handicap diberi berdasarkan purata (avg) keseluruhan permainan setiap pemain pada bulan lepas, iaitu pada bulan MAY

Walaubagaimana pon dengan melihat keputusan liga pada bulan ini (Jun), pemain yang mendapat purata keseluruhan permainan (tanpa handicap) yang tertinggi, akan dikira semula handicap utk liga pada bulan Julai. Which is, korang tak kan pakai handicap yang sama lerr... ade faham???

Untuk En. Fazly yang takde handicap tu.. sebab kena denda.. Sapa suh tak mai bulan lepas?? Nasib lah kennss... Tapi tetap mantoppp! last last minit dapat jugak point.. WALAUPON!!! hahahahah (memang jaguh industan ke ape ni, menang last minit!)

Ape²pon.. berapa pon handicap yang u ols dapat... we olss pemain VASITI ini tetap dalam ranking teratas okeyyY!! Wahhhh... stetment kasik letoppp nehhh!!
hahahhaha.. noxxx!! i ol rindu kat u ols laaa!! 
takkan demam urat tak kebah2 kot lagi nyah!!

Dan ini pulak adalah jumlah kutipan mata utk setakat 2 kali pertemuan.
Kak Ana tetap mendahului carta pujaan...
Sape2 dapat potong kak ana bulan depan.. 
i kasik tabik spring kat u olss!! ahaksss!!

Dan untuk bulan ini, Jackpot masih mengekalkan nilai yang sama seperti bulan lepas.. (kes tak buat meeting la ni... ) Walau apa pon, tetap ada yang dapat Jackpot (RM10) untuk bulan Jun. Main utk Jackpot jaa. bukan utk ranking dah... hehehhe...
123 = Zabri
161 = Zabri 
145 = Yunus
111 = Fazly
99 = Zabri
sume main ta ya pa wau jer niii.. tahu sangat!!! 
nasib korang baik la malam tu.. sebab Pengerusi Berkutu kita tak datang.. Demam urat katanya... Kalo tidakkkk... harus u ols - u ols semua kena tempikkk sebab main tipu!!!
*larikkkkkkkkkkkkk!!!